Menaiki Hop On Hop Off Bus ke Rumah P. Ramlee



Pernah tak kita rasa masa terlalu singkat tetapi banyak tempat yang kita nak lawati semasa melancong? Tak tahu jalan satu hal, kekadang guna gps pun berpusing-pusing juga tak jumpa tujuan.



Sekarang ada cara terbaik untuk kita cover banyak attractions iaitu dengan menaiki bas Hop On Hop Off. Dimulakan di Kuala Lumpur kini dibawa pula konsep yang sama ke Pulau Pinang. Memang sesuai sangatlah di Pulau Pinang sebab terlalu banyak tempat yang menarik boleh kita kunjungi. Mengguna pakai servis sepertimana di kotaraya besar seperti London (ai dah merasa naik), Paris, Barcelona dan Edinburgh, bas HOHO dibuat sedikit pengubahsuaian berdasarkan sistem jalanraya dan cuaca negara ini.
 
http://cdn.onlypenang.com/wp-content/uploads/2014/10/penang-hop-on-hop-off-bus-610x376.jpg
 sumber : http://cdn.onlypenang.com

* Servis bas HOHO bermula jam 9 pagi hingga 8 malam dengan 5 bas melalui jalan bandar dan 5 bas lagi jalan pantai dengan jarak sekitar 30 minit setiap bas. Bas ini boleh memuatkan sehingga 60 orang penumpang dalam satu satu masa tetapi hanya 27 orang dibenarkan berada di ruang terbuka di tingkat atas. Ruang terbuka ni lah best terutamanya kalau kita naik awal pagi atau petang. Berangin dan senang nak mengambil gambar.


* Kita boleh hop on hop off di 33 hentian yang telah ditetapkan untuk melihat kira-kira 60 tempat yang menarik sepanjang perjalanan bas ini. Tiket boleh didapati di Gurney Drive atau Chowrasta Market dan boleh digunakan selama 24 jam. Pepandailah korang adjust time so that you can cover the two routes.

* Seorang pemandu bas dan seorang pembantu pemandu pelancong disediakan dalam setiap bas. Bahasa perantaraan yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Setiap penumpang pula akan diberikan sebuah Tour Guide Book yang menyenaraikan tempat-tempat menarik di Pulau Pinang, shopping, penginapan dan restoran atau gerai makan yang terkenal di kalangan pelancong. A must eat kekdahnya. Dengan adanya buku tu ia dapat membantu kita untuk roam the city.


Nak tahu route bas HOP-ON HOP-OFF yang sebenarnya?

 PENANG HOP-ON HOP-OFF will travel on the following route in circle (CITY ROUTE)

From Persiaran Gurney → JalanBaganJermal → Jalan Gottlieb → JalanKebunTeh → JalanUtama → Jalan Macalister → JalanResidensi →Jalan Scotland → Jalan Air Hitam → Jalan Bukit Bendera → Jalan Ayer Hitam →JalanDatoKeramat → Jalan Penang → Jalan Transfer → Jalan Sri Bahari → JalanDr Lim Chwee Leong →LebuhCarnavon → Jalan Kg Kolam → LebuhChulia → Pengkalan Weld → JalanTun Syed Barakbah → Lebuh Light → Jalan Masjid KapitanKeling → Lebuh Farquhar → Jalan Sultan Ahmad Shah → JalanLarut → Jalan Burma → JalanPangkor → JalanKelawai → JalanPemenang and back to Persiaran Gurney.

PENANG HOP-ON HOP-OFF will travel on the following route in circle (BEACH ROUTE)

From Persiaran Gurney → Jalan Tanjong Tokong → Lebuhraya Gelugor →Jalan Tanjong Buhgah → Jalan Batu Ferrenghi → Hassan Abas → Jalan Sultan Ahmad Shah → Jalan Larut → Jalan Hutton → Jalan Penang → Jalan Burma → Jalan Pemenang and back to Persiaran Gurney.

Harga Tiket:

FOREIGNER24 HOURS48 HOURS
Adult StandardRM 45.00RM 79.00
*Disable / Student / ChildRM 24.00RM 43.00
Children Below 5 YearsFREEFREE
*Passenger must present Student Card / Child must be between 5 to 12 years old

*MALAYSIAN24 HOURS48 HOURS
Adult StandardRM 19.00RM 32.00
**Disable / Student / ChildRM 12.00RM 20.00
Children Below 5 YearsFREEFREE

*Passenger must present Mykad.
**Passenger must present Student Card / Child must be between 5 to 12 years old


Tak mahal pun tiketnya...hanya RM19.00 seorang. Ko bergasaklah turun naik bas selagi larat dengan harga tu.

haa tengok kemain seronok lagi diorang ni


Walaupun bas HOHO melalui banyak tempat tarikan pelancongan seperti Bukit Bendera dan Kek Lok Si Temple, kami cuma singgah di rumah kelahiran P. Ramlee. Masa sampai tu pun tuan rumah (penjaga galeri P. Ramlee) tak bangun lagi hehee...punyalah awal kami datang.

Rumah yang beralamat Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang ini telah dibina oleh bapanya bersama pakciknya Rejab, pada tahun 1926. Ia masih dalam bentuk asal dengan tandas dan bilik air di bahagian luar. Ingat tak cerita yang kena beratur nak masuk toilet tu? hahaha...kelakar kan? Tengok banyak kali pun tak bosan.

Mengikut sejarahnya, selepas habis pantang 44 hari P. Ramlee dibawa berpindah ke rumah neneknya di Kampung Jawa pada tahun 1929.






Gambar di dalam Galeri P. Ramlee

Aku sangat suka berada di dalam galeri ni. Mungkin tak lengkap tetapi begitu banyak artikel mengenai beliau, tak sempat nak baca sampai habis. Tentang kehidupannya, karier seni beliau, anugerah yang diterima, gambar isteri dan anak-anaknya dan alatan muzik yang pernah digunakannya. Gambar dua hari sebelum beliau meninggal pun ada. Sedih seyyy tengok gambar-gambar tu. Ada seorang artis tu fuiyohh seksi dan cantik di zaman mudanya. Aku rasa dengan keadaan dia sekarang dia pun tak suka gambar buat berdarah hidung tu ditayang-tayang kepada umum lagi. Tapi ...susah jugak kot kalau nak dikeluarkan sebab dia sebahagian daripada sejarah tu. The living legend!

Pernah tak baca buku kisah P. Ramlee yang diceritakan oleh almarhum Nasir? Ada kontroversi sikit buku tu tapi baca sajalah untuk pengetahuan sendiri. Kawan seperfilemannya, Aziz Satar, pun dah meninggal dunia. Lama kelamaan tiada lagilah siapa yang boleh menceritakan kepada kita secara live tentang kisah hidup P. Ramlee ni.

Waktu lawatan Galeri P. Ramlee
Selasa hingga Ahad  10.00 pagi - 5.30 petang.
Jumaat (rehat)         12.00 tengahari - 3.00 petang
Isnin                       TUTUP (kecuali cuti umum dan cuti sekolah)

Harga tiket : PERCUMA
No telefon : 04 2817484


Jangan lepaskan peluang ke sini. Senang je nak pergi dengan menaiki Hop On Hop Off Bus ke Rumah P. Ramlee.

Post a Comment

3 Comments

  1. saya nak tanya..dah beli tiket contohnya kita berhenti kat rumah p.ramlee tu..lpastu bas tu tggu atau jalan terus..atau dpa bagi masa masa kt sana.

    ReplyDelete
  2. saya nak tanya..dah beli tiket contohnya kita berhenti kat rumah p.ramlee tu..lpastu bas tu tggu atau jalan terus..atau dpa bagi masa masa kt sana.

    ReplyDelete
  3. Hai Atiqah Aziz!

    Bas tu akan jalan so kita tunggu next bus. Sebelum turun tanya dulu EAT the next bus

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.