Melihat Seni Kaligrafi di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam



Masa aku duduk di Shah Alam dulu tempat lepak yang paling hot ialah Kompleks Shah Alam. Hahaa..itu aje yang ada dan paling dekat dengan rumah, boleh berjalan kaki. Kemudian barulah naik Plaza Massalam dan lain-lain tapi aku tak boleh nak pergi sebab takde transport. Motor kapcai office ada tapi tak berani nak bawa jejauh takut kena tahan dengan polis. Side mirror takde, cukai jalan takde, lesen pun tak ado hahaa...tapi adalah sekali bawa jauh sket sampai Pantai Dalam huhu.. shhh abah den tak tahu tu.

Sekarang macam-macam ada di sana. Selain istana Sultan Selangor yang kita tak boleh suka suki masuk, Kompleks Taman Seni Islam merupakan suatu tempat untuk kita belajar tentang kaligrafi dan pembuatan Al Quran kitab junjungan.

Ada galeri, penulisan al quran, seni khat dan pengajian. MasyaAllah banyak perkara baru aku lihat di sini.


Yayasan Restu atau Restu Foundation yang memiliki Kompleks Taman Seni Islam ditubuhkan diatas kesedaran bahawa peri pentingnya mengekalkan kesenian Islam. Mereka juga mengembangkan kesenian Islam ke negara-negara di Asia Tenggara dan beberapa bahagian lain di dunia dengan cara menghebah dan mengajarkan teknik pembuatannya kepada dunia.

Yayasan Restu telah menghasilkan enam buah quran yang disalin sepenuhnya dan diwarnakan selain produk-produk lain yang berkaitan. Nak mewarna bukan senang beb, ada 7 lapisan yang menggambarkan 7 ayat didalam surah Al Fatihah. Semua corak dan warna mempunyai maksud tersendiri yang berkaitan dengan negeri dan negara Malaysia seperti bunga, bangunan lama dan batu bersurat Terengganu. Kertas pula diimport dari Jerman.

Menurut sejarahnya Al Quran mula disalin di zaman Khalifah Abu Bakar kerana setelah 70 orang sahabat Rasulullah syahid di medan perang. MasyaAllah besar betul jasa khalifah ni. Tanpa arahan dia teraba-rabalah kita dalam kegelapan lagi agaknya. Al Quran yang asal dikatakan kini berada di Tashkent, Uzbekistan.



Setiap bulan Syaaban replika jubah Nabi Adam akan dipamerkan. Kemetot betul kita ni berbanding manusia di zaman nabi-nabi dulu. 



Ruang utama galeri.


Replika pedang. Yang asli disimpan di negara-negara tertentu.

Di dalam kompleks ini dibina satu ruang yang menggambarkan rumah Rasulullah SAW. Ada yang terasa sebak di sini. Betapa kecilnya rumah Rasulullah, betapa sederhananya baginda. Walaupun iserinya kaya tetapi tidak sedikitpun baginda baginda bermegah dengan kekayaan harta dunia. Orang tertarik dengan Islam kerana akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW tapi kita?





Seronok melihat seni kaligrafi di Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam.


Tahu tak apa maksud khat?

Khat bermaksud seni tulisan. Terdapat beberapa jenis khat yang digunakan di sini seperti:1) Khat Nasakh
2) Khat Thuluth
3) Khat Riqah
4) Khat Kufi
5) Khat Farisi
 
Bagaimana dengan persediaan sebelum menulis khat?

Untuk menulis tulisan khat batang pokok resam digunakan. Saiznya pula mengikut saiz jari kita. Kita pilih-pilihlah mana saiz kayu yang sedap dipegang ya. Hujung kayu resam dipotong serong sepanjang dua inci dan diasah dengan kertas pasir untuk melicinkannya. 10 inci batang resam mampu menulis sehingga 30 juzuk Al Quran. Benang sutera pula digunakan sebagai bekas dakwat. Para penulis khat memerlukan latihan selama dua tahun sebelum mahir sepenuhnya.


Kertas akan dilakar dengan pensil terlebih dahulu diikuti dengan dakwat hitam.

Ini pula bahagian untuk melekapkan emas tulen. Waduh waduhhh boleh sakit pinggang menghadap benda ni. Kerjanya mesti berhati-hati. Emas yang berlebihan akan dikumpul dan digunakan semula.

 

 

Sangat besar tanggungjawab orang yang menulis dan memeriksa naskah al quran. Tak boleh ada kesilapan lansung.


Oleh kerana staf di sini mampu menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi maka adalah beberapa orang yang dipancing negara lain. Biasalah tu kan, dimana-mana syarikat pun berlaku fenomena pekerja berhijrah. Nak nak pulak yang demand tinggi tapi pekerja berkemahiran tertentu tak ramai.



Tekun. Poning kepalo cikgu mengajar kitorang... kejap kejap panggil hahaa... Nak menulis mengikut lakaran pensil dengan badan sekali bergerak hihiii..

Ko rasa patut tak si penulis khat ni dihantar ke kelas j-Qaf atau KAFA? hahaha...




 Setiap hari Isnin dan Jumaat diadakan pengajian Al-Quran bersanad setiap pagi di sini.


Kepada yang berminat untuk menghadiri pengajian di Yayasan Restu bolehlah hubungi mereka di nombor 03 55119001/2/3 atau fb: facebook.com/keluarga ribatul-quran.

Pengajian yang ditawarkan ialah:
1) Kelas Bahasa Arab
2) Pengajian Al Quran
3) Kelas Tahfiz Al Quran
4) Kelas Tafsir Al Quran
5) Kaedah Pengajian Iqra dan Tajwid










Kalau berminat dengan ayat Al Quran sebegini boleh membuat tempahan dengan pihak galeri.

Nilai quran tulisan tangan bersaiz begini dijual pada harga RM25,000 dengan 12 lapisan warna dan ianya memang ada pelanggan tetap dari golongan kaya dan bangsawan. Mereka ni datang kekadang mengejut aje dan terus kata, i nak yang ni.. haa itu pun... yang tu bungkus dua! Duit berkepuk.

Jangan pula ada yang berprasangka buruk dengan mengatakan agama dijual lah atau apa apa saja sebab di mana-mana negara dalam dunia tetap akan ada beberapa golongan masyarakat. Yang sangat kaya, yang kaya, sederhana, miskin dan fakir. Sudah pasti hiasan dinding ini hanya mampu dimiliki golongan kaya dan super kaya. Kita kita ni beli quran biasa pun dah cukup. Yang penting dibaca dan diamalkan. Tak perlu jealous dengan kemampuan orang lain.

Kompleks Taman Seni Islam Selangor merupakan pusat pengembangan seni Islam yang dijadikan sebagai pusat penjanaan berlandaskan nilai-nilai ajaran al-Quran. Ianya beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad jam 09.30 pagi - 05.30 petang. Hari Isnin tak buka ya, karang frust pulak. Alamat lengkapnya ialah:


Kompleks Taman Seni Islam 
No. 2A Pesiaran Damai, 
Seksyen 10
40100 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5511 9001/2/3
Faks: (+603) 5512 3788
Email: admin@restu-art.com

Ada projek infaq al quran juga di sini, diletakkan di ground floor rasanya. Ambil je lah beberapa pun dan masukkan duit ke dalam tabung yang disediakan. Nasib kami baik sebab 'cikgu' khat belum balik lagi jadi dapatlah minta tolong depa tuliskan nama kami di al quran tu. Hulurlah sket, dua tahun diorang nak mahirkan diri.

 

Post a Comment

3 Comments

  1. fungsi bangunan ini dibina untuk apa eh?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..saya pelajar daripada kolej yayasan Pahang nak tanya kalau kalau kami boleh membuat lawatan Dan interview untuk menyiapkan tugasan kami, brkenaan dengan tulisan khat...

    ReplyDelete
  3. Adik boleh berurusan dengan Yayasan Restu.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.