Lawatan ke Kilang Jeruk Madu Pak Ali



Tidak lengkap lawatan ke Pulau Pinang sekiranya tidak membeli jeruk seperti buah pala dan mangga. Ia sangat sinonim dengan negeri yang digelar Pulau Mutiara itu. Lawatan terakhir semasa di Penang anjuran bersama Majalah Santai dan Tourism Malaysia Pulau Pinang ialah ke kilang Jeruk Madu Pak Ali di Simpang Ampat. Ini kilang yang kedua selepas yang pertama tu dah tak mampu menampung kapasiti pengeluaran.



Orang dulu-dulu di kampung suka makan jeruk buatan sendiri hasil tanaman sekeliling rumah. Aku dulu pun pernah belajar buat jeruk mangga masa sekolah rendah. Chef tu rakan sekelas aku masa darjah enam yang baru aku jumpa semula baru-baru selepas 28 tahun terpisah hahaa...dok Kolumpo je pun dia.

Perniagaan Jeruk Madu Pak Ali telah dimulakan semenjak tahun 1985 lagi tapi belumlah ada registered trademark. Masa tu dibuat secara kecil-kecilan sahaja dengan menjualnya di pasar malam, pasar tani, stesen teksi dan bas. Kini setelah kematian Haji Ali Haji Omar pada 7 Mac 2014, anaknya Alias yang menerajui sepenuhnya perusahaan ini.

Menurut Encik Alias mereka telah merancang untuk memproses jeruk berskala industri ini sejak enam tahun yang lalu dan mendapat sokongan penuh daripada beberapa agensi kerajaan terutamanya untuk mengatasi lambakan buah di Perlis. Kiranya Jeruk Pak Ali ni penyelamatlah. Penat worrr pegawai FAMA nak fikir cara untuk tidak membuang hasil pertanian ni. Membazir kudrat dan duit petani. Dengan adanya pusat pemprosesan jeruk secara besar-besaran ramai pihak yang mendapat manfaatnya. Contohnya, pihak kilang tempah jeruk daripada pengusaha ladang sekian sekian. Buah pulak kekadang bermasalah, ada yang tak masak serentak jadi pengeluaran tak cukup. Jadi pihak ladang yang tak cukup produk ni akan membeli pula dari pihak lain termasuk orang kampung yang mengusahakannya secara kecil-kecilan. Ada rantaiannya maka dapatlah orang lain menumpang tuah juga.

Jeruk pertama yang mereka jual adalah buah kelubi. Aku tak beli yang dijual di sini tapi pernahlah makan dan pengalaman aku asik dapat yang kelat je, potong betul! Mereka juga membeli buah-buahan yang hampir pupus daripada orang kampung tanpa mengira jumlahnya tapi yang ini kita susah nak dapat sebab cepat habis, terlajak laris kekdahnya. Dengan sebab itu juga mereka tidak mengiklankannya sebab tak nak ko mengharap karang meleleh pulak air liur anak ko...hahahaa

Walaupun jualan setahun telah mencecah 1427 tan dan jualan bulanan kadang-kala sehingga 200 tan,  almarhum Pak Ali telah berpesan kepada anaknya supaya bahagian pemotongan buah tidak menggunakan mesin moden. Kenapa agaknya? Tujuannya semata-mata untuk memberi pekerjaan kepada masyarakat sekitar. Allahu...mulianya hati beliau. Kalau ada ahli keluarga korang nak kerja sini bolehlah cuba memohon sebab mereka akan membuka kilang ketiga. Staff benefits boleh tahan bagus dengan insentif pengeluaran setiap tiga bulan, pakej umrah, bonus, takaful selain kwsp dan socso yang wajib dibayar majikan. Mereka bermula dengan hanya enam orang pekerja tapi kini telah bertambah melebihi seratus orang; dan di seksyen pemotongan buah sahaja berjumlah....tengok je lah di dalam gambar ni (tak termasuk yang pakai apron putih tu ;D)

Ada beberapa seksyen di kilang ni tetapi kami cuma sempat melihat bahagian pemotongan buah dan packing sahaja sebab dah petang. Depa pun nak balik dah oii..

Almarhum Pak Ali ni sebenarnya buta huruf tetapi mampu bertutur lima bahasa. Semuanya disebabkan tugasnya sebagai kelasi kapal suatu masa dahulu. Dalam pada buta huruf pun mampu menggunakan autocad. Kalau ada terdengar khabar angin yang mengatakan syarikat ni telah diambil-alih oleh orang lain selepas kematian Pak Ali biarkan sajalah cerita fitnah tu, tak perlu nak sampai meyampai. Ingat senang ke nak bagi 'baby' kita kat orang? Susah payah nak memajukan syarikat ni dulu sebelum berjaya mana orang tahu. Biasanya orang nampak bila dah berjaya saja. Time turun naik tangga pejabat tertentu minta bantuan dan sokongan orang tak nampak. Time nak selesaikan masalah buah yang tak cukup orang tak tahu. Takkan semudah itu nak dijual kepada orang lain. Tanyalah kepada mana-mana peniaga tulin takkan semudah itu.

Sesiapa yang biasa makan jeruk tentu boleh rasa perbezaan rasa jeruk keluaran Pak Ali dengan yang lain. Jeruk Pak Ali tak membuatkan kita batuk sebab mereka tak menggunakan gula sakarin atau orang panggil ibu gula. Mereka menggunakan gula pasir, air masak bertapis, cuka epal, madu, teknologi MARDI dan digabungkan dengan resipi nusantara. Mereka juga menggunakan konsep makanan sihat- buah jeruk boleh dibuat koktel, sirapnya boleh diminum begitu sahaja. Mereka juga mempunyai sijil penarafan halal dan kebersihan. Takdelah orang tua tua je makan jeruk sekarang ni sebab orang muda pun dah suka.

Di kilang kedua ini mereka juga menyediakan sebuah kedai yang luas dengan pelbagai barangan makanan. Selain daripada jeruk di kedai ini juga terdapat hasilan makanan halal daripada syarikat lain. Kira one stop centre lah, belacan Pulau Aman pun ado. Sedap belacan ni. Belacan adalah satu ciptaan yang hebat, busuk masa mentah tapi menjadi penambah selera bila siap dihidangkan. Jus pala pun ada, botol kecik boleh terus diminum manakala yang besar kena bancyh dengan air. Kalau tak beli produk buah pala bila mai Penang macam belum sampai Penang la noo... Sekarang mereka menjual produk baru yang dimasak di kedai iaitu kuih peneram, makan panas panas gittewww..

Selain kedai besar di kilang ni terdapat beratus vendor lain dimana 60% daripadanya berniaga di Pulau Pinang. Yang dekat pasar Chowrasta tu paling tinggi sales. Lokasi pun strategik tengah bandar di kawasan pelancongan pula tu. Mereka semua ni lah penyumbang kepada jumlah jualan tahunan yang tinggi tu.

Pernah aku bertanya tuan kedai di Chowrasta, apa hubungan encik dengan Pak Ali?
Tak ada apa-apa...saya penjual cina yang pertama menjual produk Pak Ali, katanya.

Owhhh patutlah lain bona ghupo eh dengan anak Pak Ali ni hahahaa...jangan marah ya Encik Alias. Itulah kan, kalau produk bagus ramai je yang berminat nak menjual.

Kepada sesiapa yang nak membeli-belah di kilang Jeruk Madu Pak Ali tu bolehlah pergi ke:

Pak Ali Food Industries Sdn Bhd
Lot 420-421, 652-655
Kawasan Perindustrian IKS, Perda Tasek
14120 Simpag Ampat
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
Tel/Faks : 04 5883781 / 5022664
E-mel : pakalifood@gmail.com


Post a Comment

2 Comments

  1. Waaa... bestnyer kalau dpt buat lawatan ke sini... bagus laaa ade niat bantu penduduk tempatan... itu sbnrnya yg bantu murahkan rezeki pak ali ni...

    ReplyDelete
  2. belacan pulau aman ni dari syarikat saya keja nii..hehe
    dri Daya Maju Bintang Enterprise..mmg belacan kami sedap dan mendapat permintaan ramai dari pelanggan.. kami juga pembekal abgi syarikat-syarikat besar seperti Hang Tuah, Adabi, CKC, Jeruk MadU Pak Ali, Brahim's Food, dan banyak lagi..
    jemputlah lawatan ke kilang kami pula yang dulu asalnya di Pulau Aman namun kini berpindah di Bukit Minyak, Pulau Pinang untuk meluaskan lagi pasaran kami...
    no pej : 04 505 7137
    atau saya selaku admin eksekutif nur shahida sulaiman 017 5386631

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.