Kembara Kraf Selangor 2014 - part 3



Kita sambung lagi eksplorasi produk kraf di negeri Selangor. Sesungguhnya tanpa lawatan terancang sebegini banyak industri kecil dan sederhana tidak diketahui umum. Masa trip ke homestay Pulau Pinang tahun lepas kami dibekalkan dengan biskut cip coklat yang super sedap. Hasilan negeri Selangor juga.



Kami ke Creative Cottage di Amcorp Mall, Petaling Jaya, untuk berjumpa dengan seorang pengusaha yang mempromosikan kraf sebagai aktiviti keluarga. Mereka juga mengajar folk art, menstensil, mengecat seramik, fabrik dan kaca selain dekorasi kek. Peralatan untuk menghasilkan kraf tersebut juga turut dijual.

Bermula semenjak tahun 2002, mereka masih aktif mengajar individu yang berminat sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.

Zahir Yusof
Creative Cottage
Lot 352, Level 3 Amcorp Mall
18, Jalan Persiaran barat
46050 Petaling Jaya
Selangor
Tel/faks : 03 7955 5909
E-mel : info@creativecottageonline.com



 
sumber di sini

Dah tulis buku dah pun dianya..


Seterusnya melawat pembuat batik ekslusif Alana Ilham. Superb idea mereka ni!


Alana Ilham
No.10, Talan Kosas 2/10,
Taman Kosas,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan
Tel :  +603 4285 5655

Banyak dah kilang mencanting batik yang aku pergi, selain Noor Arfa Batik yang famous dengan design meletops tu ada juga yang mengusahakannya secara kecil-kecilan tapi menghasilkan pulangan yang besar-besaran. Mereka berjualan secara online!

Salah satunya adalah Alana Ilham di Ampang. Beroperasi di rumah dua tingkat je you tapi dieksport ke luar negara. Mereka telah berniaga sejak 3 tahun yang lalu menggunakan teknik tradisi dengan rekaan moden. Cuba ko tengok kat website AI hmmm...sangat cantik design mereka. Moden, aku suka. Menurut bosnya untuk pasaran Amerika Syarikat rekaan yang diminati adalah separuh tradisional. Mereka juga ada tukang jahit sendiri so kalau nak tempah boleh bagi ukuran saja.

Selain batik AI juga menjual baju kurung moden dan baju melayu.


Kaftan AI cantik-cantik belaka.

Sunris-emily memegang corak batik yang memenangi Piala Seri Endon 2013. Cemana eh nak dapat idea hebat camni?

Selain kain pasang dan baju siap, cekak rambut, brooch, rantai pun boleh dijadikan aksesori menarik dari kain batik. Yang ni boleh dipanggil produk hiliran ke?


Alana Ilham a batik soiree.



Program Kembara Kraf Selangor adalah anjuran majalah Gaya Travel dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Unit Pelancongan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang bertujuan untuk mempromosikaan produk-produk kraf di negeri Selangor. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran program ini.

Post a Comment

0 Comments