Ini berita paling baik di permulaan 2015!
sumber gambar : fb group
Kadar baru bayaran passport Malaysia:
(i) Permohonan biasa (12 tahun hingga 59 tahun) RM200
(ii) Warga emas (60 tahun keatas) RM100
(iii) Kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM100
(iv) Pelajar mengikuti proram ijazah di luar negara dibawah 21 tahun RM100
(v) Jemaah haji RM100
(vi) Orang Kelainan Upaya GRATIS
Baguslah tu sebab aku rasa tempoh 2 tahun tu menambah beban kerja staf Jabatan Imigresen Malaysia, tak berhenti-henti orang datang sampai habis nombor. Dah lah kek Seghomban ni kemain sompit pejabat eh. Passport 2 tahun tu bukannya kita boleh guna sampai 2 tahun pun... bila dah tinggal 6 bulan kena buat lain. Buang masa, buang karan, buang duit! Tu belum termasuk masa yang terbuang cari parking lot dan bayar parking lagi. Nak buat yang 5 tahun dengan membayar 300 hengget kena berfikir banyak kali jugak, rm300 tu...berpeluh ketiak juga nak dapat. Alhamdulillah... terima kasih kepada kerajaan yang mendengar keluhan kami (dan staf juga heheh..)
Eloklah dengan kadar baru ni, kebanyakan orang berjalan keluar negara setahun sekali je time cuti sekolah. Nak bodek anak suruh belajar rerajin. Menteri Indonesia ni pula sejak Air Asia QZ8501 terhempas dah tak bagi tambang terlampau murah sebab syarikat penerbangan tak boleh nak buat flight maintenance katanye...walhal kotak hitam belum dijumpai semasa dia buat statement, belum tahu lagi sebab musabab kapal terbang malang tu terhempas. Takpelah, kita pergi negara lain. Dah takde jodoh.
Yang peliknya kenapa guna perkataan GRATIS?
Bukankah kita ada PERCUMA?
Adakah sebab pelanggan Jabatan Imigresen Malaysia (cawangan Kelana Jaya) ramai di kalangan orang Indonesia?
Atau Jabatan Imigresen Malaysia nak melawak? tapi tak kena tempatnya kerana ini kenyataan rasmi. Kat blog dan media sosial yang lain bolehlah suka suki guna bahasa pasar.
Nampak remeh tetapi BAHASA JIWA BANGSA.
#jabatanimigresenmalaysia
#imigrasi
#kadarbarupassport
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.