2014 yang cemerlang berjalan!






2014 yang cemerlang berjalan! Berakhir sudah tahun 2014, betapa pantasnya masa berlalu.


2014 merupakan tahun yang cemerlang dalam ekplorasi percutian aku di Malaysia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah memberi peluang untuk menjelajah destinasi percutian di Malaysia. Terima kasih daun keladi, lain kali jemputlah lagi.Aku bangga dapat bersama-sama menyemarakkan kempen Visit Malaysia Year 2014.

Begitu banyak tempat yang tidak terpapar di dada akhbar, brosur pelancongan atau tidak mendapat promosÄ« yang cukup. Dengan adanya media sosial dan blog capaian promosi menjadi lebih jauh sehingga ke seluruh dunia. Butang translate pun aku sediakan di sebelah kanan tu…tak kisahlah anda orang Arab ke...omputehs ke… suruh je google alih bahasakan. Dan, aku telah berjaya melawan ketakutan denganflying fox dan repelling. Repelling di PNB Ilham Resort memang membuatkan aku kecut perut. Tingkat 9 tu beb!

Trip ke luar tidaklah banyak, sekadar:

Februari … Bangkok-Kanchanburi-Pattaya. Bangkok manjadi base. Next year insyaAllah nak cover Ayuttaya pula. Lagi satu, nak try naik khlong.

Mei … Bandung. Walaupun dah pernah ke sini tapi aku telah ke tempat yang baru. Aku tak percaya yang aku telah berjaya mendaki Gunung Papandayan! Satu achievement untuk amatur seperti aku ni.

Jun … rombongan Cik Kiah ke Ho Chi Minh City. Aku berjaya menambah dua lagi tempat lawatan baru. Taklah bosan sangat.

Ogos ... Singapore (part 2 belum publish)

Itu je yang termampu…alhamdulillah. Mudah-mudahan 2015 memberi peluang yang lebih banyak dan lebih baik. Amin ya Allah.

Post a Comment

0 Comments