Di Pulau Pinang terdapat beberapa penempatan awal kaum Cina yang dibina mengikut suku bangsa mereka yang berhijrah dari Fujian, China. Penghijrahan secara besar-besaran orang dari tanah besar China ke Tanah Melayu (kemudiannya Malaya dan kini Malaysia) pada ketika itu adalah disebabkan pemerintahan dinasti Manchu yang semakin lemah genggamannya mengakibatkan kesusahan, penyakit dan penderitaan yang begitu teruk di sana. Tu tak kira lagi masalah ketagihan candu yang teruk di waktu itu.
UNESCO World Heritage Cities | Chew Jetty in Pulau Pinang
Para pendatang ini telah membina rumah di atas air sejak beratus tahun yang lalu sesuai dengan pekerjaan mereka di dalam bidang pelayaran dan sebagai kuli. Di awal kurun ke 19 dan 20, perdagangan di Tanah Melayu semakin rancak dan tersebar luas seantero benua menggamit kedatangan imigran Cina kerana pelabuhan memerlukan ramai pekerja. Dedulu semuanya manual tak macam sekarang segala jenis jentera berat digunakan dipelabuhan, siap dengan mesin pengimbas sekali. Canggih sebegitupun barang-barang haram boleh terlepas, camano tu? Kalau nak senang faham bayangkan keadaan Malaysia sekarang yang penuh sesak dengan pendatang Indonesia, Myammar, Nepal, Bangladesh, Vietnam, Filipina...bla...bla...yang dari Afrika tak tahu apa kerjanya, kat kilang takde pun. Begitulah hebatnya kamajuan negara kita ni sejak dulu. Nama Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sudah terkenal sejak lama dulu lagi.
Yang berpandangan luas dan jauh kemudiannya meningkatkan diri dengan bekerja sendiri sebagai pengusaha feri yang memindahkan barang dari kapal ke pelabuhan. Kapal besar kan tak boleh rapat sangat ke pantai, mereka telah melihat peluang di situ. Usaha gigih ini membolehkan mereka membawa keluarga pula berpindah ke negara ini dan berkembang-biak di sini serta membawa bersama budaya asal mereka. Dalam buku From poor migrant to millionaire - Chan Wing 1873-1947, My Story - by Tan Sri Lim Goh Tong dan muzium peranakan pun ada cerita sejarah ini.
Terdapat lapan clan jetty di Pulau Pinang yang dinamakan bersempena dengan nama keluarga mereka iaitu Lim, Chew, Tan, Lee, Yeoh, Koay, Peng Aun dan Mixed Clans. “Chew” adalah yang paling terkenal dan hanya Chew Jetty sahaja yang dibuka kepada umum. Kawasan kampung air Chew Jetty ini bermula dari tepi jalan Gat Lebuh Armenian sehingga ke tepi laut. Chew Jetty atau Sneah1 Chew1 Kio2 dalam Hokkien adalah kampung air terbesar yang dibina sejak pertengahan kurun ke-19 di negeri Pulang Pinang yang sangat jauh berbeza dari sekarang. Setiap satu kampung air mempunyai kuil kecil untuk menyembah Dewa Laut. Pada setiap tahun upacara penyembahan Temple Deity dan "Tee Kong" (God of Heaven or Sky-God ) berlansung pada hari ke sembilan kalendar Lunar yang menarik ribuan pengunjung untuk melihat sendiri tarian singa dan naga.
Kampung air Chew Jetty sentiasa menerima pengunjung dari pelbagai negara
Sehingga kini aku masih musykil bagaimana rumah-rumah di kampung air dibina secara tradisional. Kalau sekarang ni guna piling, dulu?
Kampung air yang terbesar, Chew Jetty, adalah penempatan pendatang Cina dari tenggara tanah besar China, dari Tung Aun District, Xin Lin She Village, Quan Zhou Prefecture of Fujian Provice. Mereka bekerja di laut jadi apabila berhijrah mereka mula membina rumah di pesisir pantai. Bermula dengan 10 keluarga kini penduduknya kira-kira 1500 orang. Kalau pergi di siang hari macam tak ramai orang je. Namun begitu ramai juga yang telah berpindah ke darat dan tinggal di rumah yang lebih besar serta selesa. Rasanya di sini juga ada homestay. Seronok juga agaknya sesekali tinggal di sini untuk mendapatkan pengalaman baru .
Terdapat juga beberapa keluarga yang menjual cenderamata di sini dengan harga yang berpatutan.
Bunga atau burung?
Pulau Pinang kaya dengan warisan budaya pelbagai etnik seperti Cina, Eropah, India, Cina, Jepun, Siam, Aceh dan Arab. Bagaimanapun banyak kampung tradisional yang telah dimusnahkan demi pembangunan sama seperti di negeri maju yang lain. Tu yang banyak wujud 'rumah mampu tengok' jerrr...
Sayang sangat kalau semua warisan bangsa nak dicagarkan demi kemajuan. Macam mana solusi terbaik eh? Kalau semua yang lama hendak dimusnahkan kerana dikatakan mundur, kita buat juga kepada ahli politik boleh? kita simpan yang baya baya KJ je hahaaaa...ada yang sentap kang.
***Lawatan ke Chew Jetty adalah anjuran Destination Malaysia sempena program 100th Year Commemoration of the Battle of Penang.
Juga, ada cerita di sini Dinner with the Russian.
2 Comments
Tempat-tempat sebegini patut dikekalkan, "living history" gitu, bukan sekadar tertulis dalam buku.
ReplyDeleteBaca buku then melawat tempat tersebut baru boleh feel, kan Malaysia Tercinta?
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.