Assalamualaikum.
Allah kurniakan kita dua mata, dua telinga dan satu mulut. Perhati, dengar dan kurangkan berkata-kata, begitulah kita sepatutnya (payah jugak kalau lawan bercakap pun banyak mulut hahaaa....). Aku selalu perhatikan sesetengah daripada para peserta tidak lokek bersedekah. Ada sekali tu seorang jutawan yang tawaduk mengajak bersama 'anak muridnya' memasukkan duit ke dalam peti derma masjid di sebuah negara. Di setiap masjid yang kami singgah dia akan berbuat demikian. Sudah pasti dilihat oleh anak-anaknya. Jumlahnya taklah besar sangat tetapi dia istiqamah. Aku fikir patutlah dia kaya.
Aku rasa malu sendiri dan belajar sesuatu. Keluarkanlah juga singgit dua bila kemana-mana. Tak semestinya di masjid, mungkin kepada kanak-kanak yang bekerja. Nak lawan syaitan memang susah tapi aku berkata dalam hati eleh, masa bayar beli baju tadi ringan je tangan membayar.
Allah juga kadangkala membalasnya dengan pantas cuma kekadang kita yang tak perasan. Kali ni aku nak bercerita tentang keajaiban bersedekah. Dalam perjalanan pulang semalam ada penumpang yang duduk di belakang kami menghadiahkan 3 bekas nasi beriani dan coklat Kit Kat kepada kami semasa aku menunggu giliran membeli makanan dari cabin crew. Allahuakbar, sebak rasa hati. Duit 'yang pergi' diganti dengan nilai RM51, berganda-ganda banyaknya! Subhanallah! Alhamdulillah.
p/s ...tapi tak sangguplah den nak 'bersedekah' sampai rm300 kepada syarikat teksi semata-mata nak balik rumah dari airport. Lebih baik lena sebentar di ruang yang disediakan bersama traveller lain dan pulang menaiki bas selepas subuh esoknya.
Kepada yang masih belum tahu, sekali-sekala aku juga ada membawa orang yang mahu melancong secara berkumpulan ke Indonesia dan Vietnam selain Sabah dan Sarawak. Biasanya group tersebut seramai 12-15 orang. Pernah juga sehingga 20 orang. Mereka pula terdiri daripada saudara, kawan, kawan kepada kawan dengan pelbagai latar belakang. Yang bergelar jutawan pun ada.
Allah kurniakan kita dua mata, dua telinga dan satu mulut. Perhati, dengar dan kurangkan berkata-kata, begitulah kita sepatutnya (payah jugak kalau lawan bercakap pun banyak mulut hahaaa....). Aku selalu perhatikan sesetengah daripada para peserta tidak lokek bersedekah. Ada sekali tu seorang jutawan yang tawaduk mengajak bersama 'anak muridnya' memasukkan duit ke dalam peti derma masjid di sebuah negara. Di setiap masjid yang kami singgah dia akan berbuat demikian. Sudah pasti dilihat oleh anak-anaknya. Jumlahnya taklah besar sangat tetapi dia istiqamah. Aku fikir patutlah dia kaya.
Aku rasa malu sendiri dan belajar sesuatu. Keluarkanlah juga singgit dua bila kemana-mana. Tak semestinya di masjid, mungkin kepada kanak-kanak yang bekerja. Nak lawan syaitan memang susah tapi aku berkata dalam hati eleh, masa bayar beli baju tadi ringan je tangan membayar.
Allah juga kadangkala membalasnya dengan pantas cuma kekadang kita yang tak perasan. Kali ni aku nak bercerita tentang keajaiban bersedekah. Dalam perjalanan pulang semalam ada penumpang yang duduk di belakang kami menghadiahkan 3 bekas nasi beriani dan coklat Kit Kat kepada kami semasa aku menunggu giliran membeli makanan dari cabin crew. Allahuakbar, sebak rasa hati. Duit 'yang pergi' diganti dengan nilai RM51, berganda-ganda banyaknya! Subhanallah! Alhamdulillah.
p/s ...tapi tak sangguplah den nak 'bersedekah' sampai rm300 kepada syarikat teksi semata-mata nak balik rumah dari airport. Lebih baik lena sebentar di ruang yang disediakan bersama traveller lain dan pulang menaiki bas selepas subuh esoknya.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.