Kalau ada yang bertanya, apa yang menarik di Pulau Pinang? Selain statusnya sebagai Unesco heritage cities yang banyak sejarah jawapannya dah tentu ...
makan makan dan makan!
Peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang ialah pekerja restoran dan gerai mestilah anak tempatan. Aku sangat SETUJU sebab selain aspek kebersihan, malaysian hospitality mesti ada kerana Pulau Pinang @ Penang adalah sebuah destinasi percutian dan perniagaan yang terkenal.Kepada yang berniat mahu bercuti di Pulau Pinang aku cadangkan berada di sana sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam barulah puas mencuba pelbagai jenis makanan. Cendol, laksa, mee goreng mamak, mee ketam, pasembor, char kue teow, roti canai, nasi kandar dan berbagai-bagai lagi. Itu belum termasuk makanan yang khas untuk non-muslim. Pergi beramai-ramai lagi seronok, boleh mencuba lebih banyak makanan. Itu tak termasuk Jeruk Pak Ali yang istimewa kerana tidak menggunakan gula sintetik.Korang boleh rasa perbezaan rasa jeruk yang menggunakan ibu gula dengan yang menggunakan gula pasir.
Perniagaan makanan seperti nasi kandar sangat terkenal di negeri ini dan ianya diusahakan secara turun temurun. Kalau nak disenaraikan memang banyak tetapi bukanlah semuanya menepati selera. Kata 'geng mamak' yang sama-sama ke Penang hari tu Nasi Kandar Beratur di sebeah Masjid Kapitan Keling soheh sedap!
Seorang peniaga sedang menyiapkan teh tarik di Pasar Chowrasta
Peniaga pasembor yang sudah berniaga sejak 40 tahun yang lalu. Pilihan di gerai ini lebih banyak berbanding gerai lain di Gurney Drive.
Nasi milani di Restoran Kapitan di area Chulia Street juga.
Nasi milani di Restoran Kapitan di area Chulia Street juga.
Nasi milani di Restoran Kapitan sangat sedap hinggakan aku yang sedang berusaha menurutkan berat badan ni pun tak boleh tahan nafsu makan. Licin pinggan kitorang haaa... nasi dah habis sambung makan roti naan cheese dan ayam tandori pula haishhh...dugaan betul.
Yang terkilan sikit aku belum dapat merasa char kue teow yang sangat sedap. Banyak lagi makanan yang perlu dicuba nih dan banyak juga lagi cerita Penag yang belum habis. Nanti aku sambung ya.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.