Pasar Filipina penamat lawatan






Selepas keluar dari homestay kami naik ke sebuah kelab golf untuk bergambar dan kemudian ke tanah tinggi di seberang jalan pula. Inilah kali pertama kami ke sana, nak tahu juga bagaimana pemandangan Gunung Kinabalu dari resort tersebut.


Terdapat sebuah resort yang besar di sini, Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa. Dari sini ketinggiannya kelihatan sama dengan Gunūng Kinabalu tetapi agak jauh kedudukannya. Kiranya kalau kita mengambil gambar tak puas hatilah, kocik bona gunung tu. Jika ada rezeki lain kali kami tetap akan bermalam di Mesilou. Aku dah survey homestay yang lebih tinggi, biar lebih sejuk sampai berasap mulut hahaa... Nak ber-winter sonata belum mampu.

 Seorang pekerja ladang sedang memunggah hasil pertanian untuk diniagakan di Pasar Kundasang

Kelab Golf di Mesilou. Subhanallah.


Pemandangan dari Homestay Bensin. Kami buat photo stop di sini setelah turun dari Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa

Hantu kom kom pun ada dalam van aku ni hahahaa….macam macam hal budak-budak ni. Gambar riang ria tidaklah bermakna semuanya terlalu mudah. Ada juga masa suara menjadi tinggi, ada maso jari bergarit nak mengotip hahaa...soba jo lah den.

Dalam perjalanan turun singgah sebentar di Pasar Nabalu membeli cenderahati untuk anak buah gegirl yang seorang.

Kami singgah solat di Masjid Likas.Cantik masjid ni.


 Di pintu masuk

 
 Di ruang tengah. Mungkin waktu solat Jumaat dan Hari Raya ruang ini turut penuh

 Ruang solat utama. 

Sakit pulak mata aku bila melihat pelancong mengambil gambar sambil terkinja-kinja dan berpeluk di dalam rumah Allah ni. Aku rasa setiap tour guide atau tour leader patut memberitahu adab etika ketika berada di rumah ibadat orang lain. Yang lebih malangnya semua mata hanya melihat dengan perasaan jengkel tanpa mampu menegur (termasuk aku). Aku pergi temple takde pulak terlonjat-loncat depan berhala diorang.
 
 Berfoto sebentar di Signal Hill.

Sesampai sahaja di bandar Kota Kinabalu kami terus makan tengahari di gerai yang berdekatan Philipines Market, dekat laut. Ada orang tu nak sangat makan ikan bakar kan, amekaww kena RM90! Anak-anak pakat gelak jer. Dahlah nasi diletak di atas pinggan plastik beralas plastik juga. Di sini mereka membasuh meja dengan air sabun bercampur limau dan serai. Serai yang dah dititik tu dihentak hentak ke meja mungkin bertujuan untuk menghalau lalat. Bagus cara ni.

 Nasib baik tak ada yang nak makan udang, kalau tak... nanges! hahaha...Dulu kan aku pernah makan kerang sepiring dan sotong seekor kena RM43.
 


Akak ni berniaga kuih cucur jawa di pasar basah. Kuih cucur dia lembut dan secukup rasa, murah pulak tu ...empat singgit. Aku pernah try buat kuih ni tapi tak menjadi, tak kerinting pun tepinya...leper macam dada dot dot dot.

Eh lupa nak bagi tau, kalau nak rasa roti canai yang garing dan lembut di Kundasang boleh makan di Restoran Razika di pekan Kundasang tu.


Berehat sebentar menunggu yang lain membeli-belah di pasar kraftangan. Bila melepak di sini mesti ada saja orang yang datang berjualan terutama si penjual handphone. Original katanya...tak nak aku, white balance kameranya tak balance.

Kemudian menghantar seorang Cik Kiah ni ke kedai Jamilah di Sinsuran. Biarkan dia mencuci mata dan shopping jewellery di situ. Aku tak berasa nak membeli apa-apa…yang dibeli dulu pun dok tersimpan dalam almari. Kemudian sebagai penamat lawatan sebelum naik van singgah sebentar ke Pasar Filipina membeli-belah barangan kering. Dapatlah aku membeli ikan bilis kopek yang sangat murah. Dah lama sangat tak membeli ikan bilis putih siap berkopek tu semenjak harganya RM45 sekilo. Macam hargo omeh! 

Tamat sudah percutian kali ini. Everyone happy dan nak datang lagi. Itulah aku dah kata dulu, Sabah is the world's theme park!



Post a Comment

0 Comments