Musim cuti tiba lagi....musim kenduri-kendara pun tibalah juga. Bagi mereka yang masih mengamalkan memasak secara gotong-royong masa nilah nak mengeratkan silaturrahim. Bagi yang tak tak berkesempatan, nak mudah atau tak kenal orang sekeliling caterer jadi pilihan. Senang, mak pengantin boleh melaram dengan bulu mata palsu hahaa..
Oleh kerana permintaan tinggi maka berkembang-biaklah pemberi khidmat catering sekarang ni. Ada yang sedap tak kurang biasa biasa saja walaupun dekorasi meja pengantin fuiyohhhh.... Cousin aku sampai ceret-beret... kenapalah keluarga belah perempuan tu tak buat sesi 'berbalas pantun' dengan caterer tu... menganiaya orang betul! Kesian diorang masa majlis keraian di rumah pengantin lelaki keesokannya. Hilang happy mood.
Kali ni aku nak recommend catering yang sedap di Seremban. Aku nak beritahu ni pun selepas tiga atau empat kali aku merasa masakan mereka yang konsisten sedap. Kira semua lauk sedaplah. InsyaAllah next week akan merasa lagi. Servis pun baik, lauk berhidang. Kalau nak cuba boleh contact no dibawah. Tak tahulah mereka boleh bagi servis sampai kawasan mana. Setakat Bangi atau Kajang boleh kot.
CATERING YANG SEDAP DI SEREMBAN
Rohani Event Catering (NS 0000870-P)
019-3722266, 019-3252529, 091-2544335
Selain masakannya yang ada rasa, makanan dihidang dan tempat duduk diaturkan oleh petugas. Majlis kelihatan terurus, tak adolah tecangak-cangak mencarik mejo.
Selain masakannya yang ada rasa, makanan dihidang dan tempat duduk diaturkan oleh petugas. Majlis kelihatan terurus, tak adolah tecangak-cangak mencarik mejo.
Update 7 September 2015
Dhuha Maju Catering
1434, Persiaran Semarak 4, Taman Panchor Jaya, 70400 Seremban, NS
Tel: M. Asri 019-6218969 / Rubiah 017-8870167 / Ruzaimi 012-9172329
My komen: Aku dah beberapa kali merasa masakan mereka, memang sedap! Terutamanya lauk kampung Negeri Sembilan ni. Kuih muih pun secukup rasa.
Bee Zee One Catering
92-93 Jalan Nyior Hijau 4, Taman Nyior, 70100 Seremban, NS
Tel : 06-7641099 / Azizan Ahmad 012-6954444 / Serbiah Shariff 019-6694064
My komen : Ini first time merasa. Aku makan kari daging, gulai daging masak lemak cili api (osah sodap eh), acar buah kering serta kuih seri muka, kuih talam apa ntah warna purple dan bubur pulut hitam. Nak komen kenalah merasa macam-macam kan? Gulai semuanya sedap secukup rasa dan empuk cuma aku rasa bubur tu agak kurang sedap sikitlah. Aku pernah rasa yang lebih umphhh daripada tu. Kuih seri mukanya berlainan sebab mereka menggunakan sagu mata ikan di bahagian bawah.
Tak menyesallah tempah makanan dengan mereka. Kita nak tetamu puas hati kan?
MAKANAN/MINUMAN PENCUCI MULUT SEDAP
Trend sekarang selepas makan ada pencuci mulut pulak. Ada yang menyediakan gerai-gerai makanan ringan, ada yang sediakan gerai kopi dan ada yang sediakan kaunter cendol. Punyalah sedap minum cendol time panas terik.....terasa turunnya ke dalam perut. Sejukkkkkk je.
1. Cendol Songkok Tinggi
Di Seremban ni selain Cendol Leman Dawi ada satu lagi penyedia cendol yang sedap dipanggil Cendol Songkok Tinggi. CST ni cuma beroperasi melaui tempahan ke majlis keraian sahaja. Memang sedap cendol dia, sesedap cendol Kuala Pilah.
Di Seremban ni selain Cendol Leman Dawi ada satu lagi penyedia cendol yang sedap dipanggil Cendol Songkok Tinggi. CST ni cuma beroperasi melaui tempahan ke majlis keraian sahaja. Memang sedap cendol dia, sesedap cendol Kuala Pilah.
Cendol Songkok Tinggi (NS 0131995-T)
Kg Jiboi Baru, Seremban, Negeri Sembilan.
Mohd Isa bin Puteh 014-3297548
Hj Daud bin Hj Othman 019-2420626
Shaharudin bin Juri 014-2635028
2. Cakoi panas
Call akak Ruslina untuk tempahan... 013 6137475 .
2. Cakoi panas
Call akak Ruslina untuk tempahan... 013 6137475 .
Cakoi panas Senawang.
Ini bukan iklan berbayar, ikhlas aku bagi tau. Semoga orang yang memasak dari hati ini murah rezeki. Cuma, kalau kita tak dapat makan di rumah kenduri anggap je lah tak ada rezeki. Betulkan niat kita datang untuk memenuhi undangan/berziarah. Pastilah tuan rumah mahukan yang terbaik untuk tetamu mereka.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.