Hari semakin petang, anak-anak dah gelisah nak mandi-manda di Poring Hot Springs. Masa pertama kali mereka ke sini dulu ialah pada tahun 2008, dah lama sangat. Yang tiga orang tu masih bersekolah rendah lagi.
Sebelum
mandi-manda kami emak bapaknya beriya-iya nak naik jambatan gantung yang
setinggi 40m (setinggi bangunan 8 tingkat), yang tertinggi di Malaysia, dan sepanjang 175m. Jauhnya dari pintu masuk utama lebih kurang 800++m. Dekat jer tu hohooo…sebelum
mendaki ke Canopy Walkway at Poring Hotsprings kena bayar tiket lagi. Janganlah
ko kelentong takde kamera sebab kat atas nanti ada lagi satu guard post, yang
mengelat bayar tiket kena bayar juga di sini. Kalau tak sia-sia je lah ko
mencungap-cungap sampai ke jambatan gantung tu. Yang ada masalah jantung,
darah tinggi dan ada height phobia dilarang naik ke sini.
Dari tempat jualan tiket nak naik ke Canopy Walkway kena mendaki dalam 30 minit jugaklah. Jangan paksa diri sangat rileks rileks sudah. Bila penat berhenti sekejap ambil nyawa nafas. Sangat syiok tau naik jambatan gantung tertinggi di Malaysia ni, berbuai-buai phewwww...hahahaa. Very interesting!
Tak teringat lansung nak mengambil gambar memandang ke bawah
Jambatan
gantung in kan, akan membuat jantung berdebar-debar sebab ia berayun bila orang
depan mendajal. Sabar je lah aku dengan anak bujang aku tu. Yang seorang lagi
tu penakut. Dahlah tinggi atas langit, bila
bergoyang-goyang tu kusssss semangat! Hahahaa…..
Hanya
enam orang sahaja dibenarkan melaluinya pada satu-satu masa dan terdapat empat
canopy walkways yang kita perlu lalui. Sangat seronok!
Selepas
itu kami turun semula semula ke hot springs. Anak-anakku fokusnya hanya satu,
nak bermain water slide tetapi malangnya kawasan tersebut telah ditutup pukul empat
petang. Kesian budak-budak tu. Nasib baik memang ada tertulis
kalau tidak saya nak argue dengan penjaga tu, katanya satu parent. Apo nak buek takdo joki.
Jika diuruskan pihak yang mengira untung rugi perniagaan agaknya sampai ke
malam pun beroperasi di waktu cuti persekolahan yang panjang ni.
Hendak
tak
hendak terpaksalah mereka mandi di kolam mandi yang biasa itu jer.
Kalau nak yang private pun ada tapi tak pasti kena bayar ke
tidak. Kolam air panas untuk merendam kaki tu penuh dengan pengunjung.
Almaklumlah cuti sekolah.
Ketagihlah tu dah lama sangat tak pergi training, sibuk dengan bolasepak U12 aje
Canopy walkways ini termasuk di dalam Kinabalu Park. Satu perkara yang aku perasan, susah untuk melihat sampah bertaburan di taman-taman Kinabalu. Para pelancong terutama dari negara lain sangat menghargai keindahan flora dan fauna kita. Bila melihat orang luar lebih sayang dengan taman kita hati jadi geram bila rakyat tempatan sendiri yang membuang sampah merata-rata. Sayangilah alam kita! Think of our future generations.
Mari tengok video rakaman Murphy Ng ni
1 Comments
bestnye. belum ada kesempatan lagi nak ke sabah ni lah
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.