Canopy Walkway at Poring Hot Springs






Hari semakin petang, anak-anak dah gelisah nak mandi-manda di Poring Hot Springs. Masa pertama kali mereka ke sini dulu ialah pada tahun 2008, dah lama sangat. Yang tiga orang tu masih bersekolah rendah lagi.




Sebelum mandi-manda kami emak bapaknya beriya-iya nak naik jambatan gantung yang setinggi 40m (setinggi bangunan 8 tingkat), yang tertinggi di Malaysia, dan sepanjang 175m. Jauhnya dari pintu masuk utama lebih kurang 800++m. Dekat jer tu hohooo…sebelum mendaki ke Canopy Walkway at Poring Hotsprings kena bayar tiket lagi. Janganlah ko kelentong takde kamera sebab kat atas nanti ada lagi satu guard post, yang mengelat bayar tiket kena bayar juga di sini. Kalau tak sia-sia je lah ko mencungap-cungap sampai ke jambatan gantung tu. Yang ada masalah jantung, darah tinggi dan ada height phobia dilarang naik ke sini.

Dari tempat jualan tiket nak naik ke Canopy Walkway kena mendaki dalam 30 minit jugaklah. Jangan paksa diri sangat rileks rileks sudah. Bila penat berhenti sekejap ambil nyawa nafas. Sangat syiok tau naik jambatan gantung tertinggi di Malaysia ni, berbuai-buai phewwww...hahahaa. Very interesting!





Tak teringat lansung nak mengambil gambar memandang ke bawah

Jambatan gantung in kan, akan membuat jantung berdebar-debar sebab ia berayun bila orang depan mendajal. Sabar je lah aku dengan anak bujang aku tu. Yang seorang lagi tu penakut. Dahlah tinggi atas langit, bila bergoyang-goyang tu kusssss semangat! Hahahaa…..



Hanya enam orang sahaja dibenarkan melaluinya pada satu-satu masa dan terdapat empat canopy walkways yang kita perlu lalui. Sangat seronok!



Selepas itu kami turun semula semula ke hot springs. Anak-anakku fokusnya hanya satu, nak bermain water slide tetapi malangnya kawasan tersebut telah ditutup pukul empat petang. Kesian budak-budak tu. Nasib baik memang ada tertulis kalau tidak saya nak argue dengan penjaga tu, katanya satu parent. Apo nak buek takdo joki. Jika diuruskan pihak yang mengira untung rugi perniagaan agaknya sampai ke malam pun beroperasi di waktu cuti persekolahan yang panjang ni.



Hendak tak hendak terpaksalah mereka mandi di kolam mandi yang biasa itu jer. Kalau nak yang private pun ada tapi tak pasti kena bayar ke tidak. Kolam air panas untuk merendam kaki tu penuh dengan pengunjung. Almaklumlah cuti sekolah.





Ketagihlah tu dah lama sangat tak pergi training, sibuk dengan bolasepak U12 aje


Canopy walkways ini termasuk di dalam Kinabalu Park. Satu perkara yang aku perasan, susah untuk melihat sampah bertaburan di taman-taman Kinabalu. Para pelancong terutama dari negara lain sangat menghargai keindahan flora dan fauna kita. Bila melihat orang luar lebih sayang dengan taman kita hati jadi geram bila rakyat tempatan sendiri yang membuang sampah merata-rata. Sayangilah alam kita! Think of our future generations.

Mari tengok video rakaman Murphy Ng ni


Canopy Walkways is definitely great tourists attraction in Sabah!

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.