Tips Melancong Untuk Para Ibu



Aku selalu mendapat soalan ni.... kak, anak ko ramai, macam mana akak boleh selalu melancong?



Husband kan ada.......

Itulah yang selalu aku jawab hahaaa....kenapa ko tak ajar husband ko masak?;DDD

Sebelum tu aku nak clarify yang aku ni bukanlah semuanya melancong dengan duit sendiri. Banyak lokasi di Malaysia ni yang aku dapat pergi kerana dijemput orang. Ada yang kata aku ni beruntung sebab selalu dijemput tapi fikirkan juga, bagi aku yang fokus kepada blog pelancongan dan pengembaraan aku jarang buat story untuk hal lain seperti food review, product review seperti mekap and so on. dan aku juga tak mampu nak attend events seperti yang korang pergi tu disebabkan kekangan masa dan jarak. Den bukannya duduk dokek Kolumpo. Jadi apa yang korang dapat aku tak dapat begitulah juga sebaliknya. Alhamdulillah...bersilaturrahim itu membuka peluang yang lain.

Kali ni aku nak share tips melancong untuk para ibu. Bukannya nak menunjuk pandai cuma nak bagi tahu apa yang aku buat sekarang. Kalau puan-puan atau tuan-tuan di luar sana ada cara yang lebih baik silalah share di sini. Semua orang boleh baca untuk kebaikan bersama.

Aku nak tulis nī pun sebab ada orang bagi alasan tak nak berjalan sebab :

Lecehlah nak berjalan sebab anak kecil lagi...

Penatlah, aku packing aku jugak unpacking...

Nantilah budak-budak besar sikit..

Aku setuju memang leceh tapi seronok! itulah kenangan yang kita nak bawa bila tua nanti. Percayalah cakap aku. Kalau ke pantai seronok bawak budak, bia deh memokak ke pantai tu hahaha....poning kepalo den terjoghit joghit kek ghumah ni ha. Bawalah mereka masa kecil ni, bila dah besar nanti nak pergi kenduri sebelah rumah pun bersungkit. Aku bawa anak sekecil tiga bulan ke China dan sepuluh tahun yang lalu pernah juga ke Langkawi masa umur anak 56 hari + 2 other kids. Boleh jer.

Pernah dulu aku balik kerja dah tengah malam, anak-anak di kampung dan husband pula balik kampung lagi satu. Masa minum tengah malam tu sensorang di rumah menitik air mata aku. Masa tu aku fikir suatu hari nanti bila suami dah tak ada, anak-anak pulak semua dah bekerja sunyinya hidup iskkkk... rumah aku ni dah biasa bising sebab tu kengkawan anak aku rajin datang sini.

Okaylah mari aku berikan Tips Melancong Untuk Para Ibu tak kisahlah nak pergi sendiri ke atau sekeluarga. Ambil mana yang sesuai untuk diri sendiri.

1) Jangan lupakan tugas hakiki sebagai ibu. Sebelum aku pergi aku akan masakkan sesuatu sama ada sambal ikan bilis dengan tempe ke...sambal sreng ke... kek ke ... untuk mereka makan sementara ayahnya balik. Nasi dah kupesan pada husband supaya dijerang sebelum pergi kerja. French fries, nuggets dan telur ayam sentiasa ada walaupun selalunya dibeli sebulan sekali je. Buatlah apa yang anak kita suka. Kalau rajin sejukbekukan lauk yang siap dimasak dalam bekas kecil supaya mereka boleh panaskan satu bekas untuk sekali makan. Kalau dengar anak aku makan mi Maggi time aku tak ada janganlah pula mengata aku macam-macam ya...ada seorang anak aku tu dia memang menunggu je maknya tak ada sebab nak kenduri Maggi. If mak in the house tak merasa.

Begitu juga kalau kita melancong sekeluarga, di tempat yang agak susah mendapat makanan halal bawalah cereal 3 in 1 tu dan sambal  goreng atau apa-apa je lah. Yang rajin boleh masak nasi atau bubur untuk dimakan dengan sambal buat alas perut. Kalau boleh makan yang berat sikit di waktu pagi. Yang tak bolehnya....janganlah korang masak bubur dalam jug kettle. Semasa daftar kita dah bagi passport Malaysia ya ibu ibu....malu!

Sambal sreng yang mengalami pengubahsuaian resipi. Kata Chef Wan memasak itu seni. Sebotol ni bolehlah tahan dalam tiga hari kalau yang seorang itu masih berada di asrama.

Anak aku ada 5 pasang baju sekolah setiap seorang jadi aku dah seterika kesemuanya termasuk baju kerja husband seperti selalu. Tak ada masalah bab tu. Kepada yang tak ada masa nak menyiapkannya sendiri you can privatized it ke laundry hahaa... yang penting semuanya ready sebelum pergi.

2) Kerja packing dan unpacking memanglah penat tapi lebih baik kita yang uruskan semua. Minta anak-anak pilih baju dia sendiri. Kalau kita minta kekasih hati buatkan bimbang spender pun tak jumpa nanti hahaaa...tu belum lagi ko nak cari benda sekecil thumb drive. Aku rela uruskan sendiri. Aku akan susun mengikut hari atau acara contohnya yang nak dipakai pada hari terakhir letaknya di bawah sekali.

3) Apa sahaja pekerjaan yang baik akan mendapat pahala. Oleh itu janganlah kita sengaja memilih tidur di mix dorm pulak ye. Bercampur sebilik dengan adik-beradik lelaki perempuan pun tak boleh inikan pula orang lain. Dah terang lagikan bersuluh.

4) Ada orang suka berjalan mengikut hati di sesuatu tempat. Bagi aku pula yang biasanya bercuti 4 hari 3 malam di tempat baru segalanya aku pre-plan untuk mengoptimakan masa dan memudahkan orang yang ditinggalkan. Aku dah book hotel untuk hari pertama sebab telah membuat kesilapan semasa ke Yogyakarta dulu huhuuu...jauh akak berjalan dik hikssss

Dari nama hotel, kemana tujuan pada hari tersebut, nombor telefon embassy (contohnya) aku rekodkan dan buat satu salinan untuk orang yang tinggal. Kalau ada apa-apa masalah they will roughly know where I'm.

Kalau kita mengikut pakej yang diuruskan oleh orang sekampung sekalipun silalah AMBIL TAHU flight apa, pukul berapa, nombor baru untuk dihubungi, kalau boleh nombor kawan dia sekali, menginap di mana bla..bla... Kalau yang pergi tu golongan veteran, ajarkan mereka menggunakan telefon. Juga, ajarkan mereka menggunakan tandas duduk dengan bidet jika mereka tidak biasa. Jangan sampai basuh punggung dalam bath tub pulak uwekkkkkk..!!!

5)  Lakukan sedikit research walaupun kita melancong dengan pakej. Sekurang-kurangnya kita tahu what to expect. Mungkin juga kita nak tambah aturcara berdasarkan pengalaman kawan kita.

6) Jika pergi dengan suami jangan biarkan dia pegang semua duit. Pertama, bimbang dicopet. Kedua, kalau kita terpisah nangis woooo kalau sesen pun tak ado. Kalau ke eropah tu peganglah dalam 50 euro ke sebagai persediaan.

7) Ambil business card hotel terutama jika negara tersebut tidak menggunakan English sebagai bahasa pengantar. Walaupun jika tahu tempat yang nak dituju sebutan kita dan mereka mungkin berbeza. Ini pengalaman aku di Vietnam dan China.

8) Paling penting, penunjuk arah kiblat. Di handphone canggih korang mesti ada kan? aku pakai 3310 jadi kenalah bawa kompas kiblat tu. Kalau sejadah korang tebal boleh bawa sarung bantal buat alas dahi. Sekarang aku bawa telekung travel yang dibeli di Bandung sebab walaupun nipis tetapi tak jarang dan tak panas. Murah banget pulak tu. Paling mudah pakai baju muslimah terus- solat friendly.

9) Jangan shopping sampai lupa ko kena reserve duit untuk bayar airport tax (di Indonesia). Simpan juga duit kot kot beg ko terlebih berat. Sapo nak nolong? Orang lain pun terlajak shopping juga. Aku dulu bila kastam Malaysia suruh bayar tax, aku tunjuk purse dan kata saya ada 10 pound saja puan huhuhuuuu.... miskin betul masa tu. Pengalaman itu mematangkan manusia.

10) Sesetengah negara memerlukan visa, berikan masa yang cukup untuk apply dan siap kerana tempohnya berbeza mengikut negara. Di asia tenggara Myanmar masih menguatkuasakan penggunaan visa ini. Sila lawati website mereka untuk keterangan lanjut.

11)  Ambil travel takaful. Kalau tambang pergi masa kita hidup ni RM200 je, tambang balik 'siap berbungkus' mencecah RM20 ribu dari Vietnam. Aiyooo hidup susah mati lagi susah. Kawan aku ada bentangkan di sini part 1 dan 2. Walaupun dia speaking London korang mesti boleh faham punyer.

12) Akhir sekali berdoalah yang baik-baik.  Mudah-mudahan yang pergi dan yang tinggal selamat.  Semoga perjalanan melihat bumi Allah dipermudahkan dan kita mendapat manfaat daripadanya.


Post a Comment

0 Comments