Kembara Kraf Selangor 2014 - part 2



Mari kita sambung kisah lawatan kami ke tempat pengeluaran hasil kraf yang unik di Selangor. Aku sangat suka berkongsi perkara sebegini sebab aku yakin ramai lagi yang tak tahu bahawa industri kecil dan sederhana ini mendatangkan pulangan yang besar walaupun ada di antara syarikat ini tidak mempunyai website.

D'or Rue Pewter, Batu Caves

Perniagaan piuter D'or Rue telah dimulakan pada tahun 1994 dengan berinspirasikan masyarakat majmuk Malaysia dan sejarah panjang negara ini. Setiap satu design yang dicipta melambangkan apa yang ada di negara bertuah ini seperti wau, tengkolok, bunga raya, tepak sirih dan pelbagai lagi yang dibentuk dengan halus dan berseni.

D'or Rue specialize in print casting for fashion accessories and corporate gifts,  tetapi mereka juga mengeluarkan kraf fabrik. Mempunyai pengalaman berniaga selama 20 tahun, mereka juga mengadakan kelas latihan, membuat dan memasarkan produk yang telah siap. Menurut Puan Hanizah Zainudin sistem latihan mereka telah diamugerahkan Kategori A oleh Kementerian Sumber Manusia. Mereka juga boleh mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap I, II dam III bagi program logam, dan jahitan. Diatas rasa tanggungjawab dan ingin maju bersama-sama mereka mengadakan kelas latihan secara percuma kepada usahawan lama yang ada lesen dan kedai.

Campuran timah dimasukkan ke dalam acuan yang berputar lalu dibiarkan selama beberapa minit.
Sesungguhnya aku ingatkan dah tak ada bijih timah lagi di Malaysia ni sebab selalu keluar berita 'lombong tinggal' tapi masih banyak lagi rupanya. Seratus tahun dulu beribu orang dari tanah besar China datang melombong di Tanah Melayu. Masa tu aku rasa tak perlu lesen lot. Kaya raya dah mereka ni di Malaya.

Kemudian campuran timah yang telah membeku ini dikeringkan beberapa ketika.

Pin dipasang satu-persatu oleh tenaga mahir di sini. Sakit pinggang kojo ni wehhh...selepas ini ia dicuci sebelum disadur untuk menguatkannya.  

Cangkuk handbag. Biasa aku nampak makcik kayo guna benda ni.



Harga piuter berbeza mengikut design dan peratusan timah yang digunakan. Di sini sekitar 60-80% timah di dalam produk mereka manakala di syarikat tersohor yang lagi satu ittewwww kandungan timahnya sehingga 99%, sebab tu lah harganya pun mahal.


Jika ingīn menempah apa-apa produk dengan design baru jumlah minima 300-500 diperlukan. Masa yang akan diambil untuk menyiapkannya sekitar 2 minggu ke sebulan. Manakala tempahan ekslusif perlu mengambil kira upah untuk rekaan design baru dan acuan selain keuntungan dari tempahan yang sedikit itu. Ia juga boleh dipakejkan dengan kotak yang cantik.

Selain daripada itu mereka juga mengadakan khidmat sulaman dan hard press.

Untuk menjadi rakan niaga mereka modal yang diperlukan hanya RM1,000 sahaja. Mereka akan membekalkan barangan dan kita menjualnya dengan keuntungan sehingga 50%. Bisnes paling mudah adalah mencuci aksesori dengan membeli ubat pencuci berharga RM15 sebotol.

wakakkaaaa....ko tengok baby tu....poning kepalo eh omak asik buek kojo yo

D'Rue juga bekerjasama dengan MK Land Berhad untuk melatih orang asli membuat kraf untuk pihak mereka. Selain memberikan kemahiran ia boleh menambah pendapatan orang asli tersebut.

Jika dulu memakai aksesori yang elegan hanya gaya golongan kaya, kini D'or Rue memastikan semua golongan masyarakat mampu memilikinya.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

D'or Rue Sdn Bhd
43 & 43M, 45 & 45M, Jalan SBC 1
Tamna Sri Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor
Tel : 03 61841667/62
Faks : 03 61841799
Emel : dorrue@gmail.com


Hassan Besi Enterprise, Gombak
Keris, yang merupakan senjata tradisi pahlawan Melayu semakin hilang ditelan zaman. Namun, Pak Hassan merupakan seorang pandai besi dalam pembuatan senjata-senjata Melayu yang terdiri daripada keris, parang, pedang, tombak, pisau dan sebagainya, masih mempertahankan industri ini agar tidak hilang tradisi senjata Melayu yang sememangnya terkenal di mata dunia.      


Campuran logam dipanaskan dengan suhu tertentu kemudian diketuk lalu dipanaskan lagi. Jika terlebih panas ia akan membentuk sesuatu yang dipanggil tahi besi.


Bermula dengan membuat parang secara-kecilan di kampung kini Pak Hassan sudah terkenal di kalangan vip kerana rajin menyertai pameran yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Gambar diatas adalah sebilah keris yang dipanggil Pendekar Gombak yang indah berukir. Mengikut cerita orang tua tua, orang yang mengamalkan ilmū kebal pun akan kalah dengan tembaga. Betul ke ada orang kebal?


Yang comel kiut miut di atas dipanggol Tumbuk Lada. Saiznya sebesar kredit kad saja. Dulunya dibawa kaum wanita bila keluar rumah dengan memegangnya di dalam selendang. Perempuan dedulu berpakaian sopan tidaklah seperti yan digambarkan dalam Puteri Gunng Ledang yang berkemban sokmo. Logiknya kalau dah duduk celah hutan (kampung) takkanlah nak berkemban...habihlah bintat badan digigit dek nyamuk. Nyamuk pun geram, belum lelaki durjana lagi. Yang berkemban tu dah teradaptasi dengan filem Hollywood.

Manakala yang satu lagi tu kerambit kecil yang diletakkan di sanggul. Menjual kerambit secara terbuka bahaya oooo...boleh kena saman/penjara. Bahayanya kerambit ni kerana ia digunakan untuk memutuskan tendon. Bagus perempuan dulu dulu sentiasa beringat. Kita ni kalau tertinggal handphone macam nak hilang nyawa hahaaa...


Begini cara memegangnya...hanya hujung jari yang dimasukkan supaya mudah bertindak
Untuk pengetahuan anda semua, kerambit telah dipatenkan oleh orang Amerika. Sayangkan, harta kita tapi si Amerika juga nak mengaku hak dia. Takkanlah semua benda kita nak patenkan sedangkan ia sesuatu yang biasa bagi kita. Sama kisahnya dengan Tongkat Ali yan jadi tongkat milik Amerika. Kalau orang lain ni mesti dah berdemonstrasi.
Di sana ejaannya tetap sama tapi slang 'kerembet'. Ngeh. Ia dipasangkan di but komando US. Selain US tentera Swiss turut menggunakannya. The best part is, yang mengajar mereka cara-cara menggunakan kerambit ni ialah seorang guru silat Melayu yang terkenal. Malaysia boleh!! Bangga uollsssss..

Ini yang dinamakan tahi besi tadi. Ada orang percaya ia boleh mematahkan sihir. Pada pendapat aku, boleh saja kalau nak berikhtiar asalkan jangan meletakkan kepercayaan seratus peratus nanti mensyirikkan Allah pulak. Syirik adalah salah satu dosa besar yang tidak diampunkan Allah.

Mai pilih! mai pilihhhh!

Ada senjata yang diperbuat dari kayu kemuning hitam yang ditakuti haiwan. Hanya orang asli sahaja yang dikatakan boleh membawanya keluar dari hutan. Lemang besi pun ada, juga milik orang asli.

Korang biasa tak sebut, 'aku seligi ko kang...'. Seligi adalah lembing. Sekarang baru aku faham maksudnya...aku tikam ko kang! Hahaa...edu-trip sungguh.


Umur Pak Hassan dah 64 tahun. Usahanya untuk menjaga dan meneruskan warisan Melayu kini dibantu anaknya. Nampak tak nombor telefon dia tu? 012-6446144... pandai-pandai koranglah ye nak buat apa..
     

 Program Kembara Kraf Selangor adalah anjuran majalah Gaya Travel dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan Unit Pelancongan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang bertujuan untuk mempromosikaan produk-produk kraf di negeri Selangor. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran program ini.

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.