Jawapan kepada blogpost Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong



Bukan main lagi blogpost www.muizmisri.com hari tu ek? Ni akak nak memberi jawapan kepada blogpost Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong. Tulisan sendeng tu jawapan aku. Dijawab dengan tenang selepas beberapa bulan. Hari tu bukan main berapi lagi adik-adik yang belum berkahwin (aku rasa lah) memberi response. Orang yang dah berkahwin mungkin boleh memberi pendapat yang lebih aummmm sebab dia sudah melalui pengalaman berkeluarga yang melibatkan emosi.

Orang suka berjalan ni cool je tau. Ehem. Jemput baca ya...

Ada betul ke dengan fakta dibawah?

Semakin ramai wanita berkerjaya, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk melancong.

Terima kasih kepada penerbangan tambang murah seperti AirAsia, wanita begini sudah mula terbuka matanya. Soalnya sekarang, seronokkah berkahwin dengan si dia yang ketagih melancong?

Walaupun kami menggalakkan anda bercuti, berikut adalah 7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek yang gila melancong.


1. Dia tidak kisah dengan penampilan
Bila dia ke tempat kerja, dia bersolek ala kadar. Di rumah, dia selesa dengan baju kelawar 3 tahun dulu yang koyak di ketiak. Di jalanan dia sudah biasa berbaju T tidak bergosok dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya yang tidak bersikat disembunyikan di sebalik anak tudung. ebanyakan wanita sebegini hanya wangi dan cantik di pejabat. Tetapi selekeh di rumah.


Ni jawapan/komen aku:


Wah sedapnya mengata...pengalaman sendiri ke encik?


Masa anak dara dulu memanglah mekap up-to-date, ikut trend. Kekadang warna merah lebam  sampai bos kata macam perempuan kabaret kihkihkih... (mohon terasa my old friend). Bila dah 'laku' ni kita ikut saranan Nabi iaitu berhias hanya untuk suami. Ke pejabat mekap ala kadar asalkan looks presentable sudahlah. Bila keluar negara tetiba kita akan naik pangkat menjadi duta kecil Malaysia jadi kami tak mahu dilihat selekeh walaupun hanya memakai jeans dan t-shirt. Koranglah suka pakai baju yang tak bergosok tu.


Sebelum travel aku dah gosok semua pakaian so takdelah baju berkedut kedut macam muka orang berumur seratus tahun. Pernahlah empat hari tak sikat rambut sebab sikat tertinggal. Tak kuasa nak beli. Sikat dengan jari jerrr macam iklan kat tv tu. And, aku pakai perfume ok sebab akan berjalan sampai lotih litak dek berjalan seharian. Karang muntah pulak orang yang duduk sebelah aku. Perfume saiz kecik tu sentiasa dibawa. Kalau habis boleh refill di Bandung, 10k rupiah aje.


Pernah husband aku kata, "patutlah mama ko dapat selalu berjalan, leher baju dah kembang pun dipakai lagi". Kembang je kot? hahah.... sekarang aku tak pakai dah, dah buat balut buah nangka. Berdesing telinga ai :D



Aku pakai baju kelawar memalam je sebab husband pernah sound anak dara kami, "itu baju tidur nak ooiii.." . Di siang hari aku pakai elok elok dalam rumah macam orang nak pergi clubbing hahaa..

2. Dia Tidak Romantik

Mahukan isteri romantik yang tidur di lengan anda sewaktu bersama-sama menonton TV? Elakkan awek kaki melancong. Rata-ratanya kurang feminin, dan tidak iri hati pun dek kelembutan pelakon Korea. Jika mereka mahukan apa-apa, mereka akan berterus-terang. Tidak pujuk rayu, tiada madah berhelah. Tetapi layanannya kepada anda adalah seperti layanan tokei Cina di kedai hardware. Jika dia dilanda kesedihan, dia tidak perlukan anda. Dia sudah biasa berdikari. Dan dia tidak perlukan kata-kata manja dan lembut dari anda. Kalau dia keluar rumah dengan kereta tanpa izin anda, jangan terkejut. Si dia sudah biasa mengembara tanpa merujuk sesiapapun.

Ya, aku tak suka berkias, cakap je straight to the point dengan adab kan senang. Lambatlah nak faham berkias-kias bagai nih. Penipu je cerita Korea tu...dalam keretapi pun boleh bergaduh sakan sambil kita berdiri di tengah. Muka pun fake kena siang dek doktor. Tempat duduk yang kami suka berlainan so macam mana nak romantik tidur di lengan? 

Izin, aku dah minta in advance. Even masa baru kahwin 17 tahun dulu aku dah minta izin untuk menjamu ahli keluarga aku makan kalau mereka datang bertamu. Sikit sikit nak minta izin aiyoooo...letihlah. Ingat, islam itu indah dan mudah tapi jangan dipermudah-mudahkan. 

Walaupun kami independent we still need someone to talk to. Kalau korang si suami buat dek je...tak ambil tahu perasaan kami, penat lelah kami, nanti kami tinggalkan kamu. Bila bersedih mengadu kepada Allah adalah lebih baik. Mengadu kat manusia ni belum tentu masalah akan hilang. Apa apa pun two ways communication is a must. 

Pernah aku panggil husband dengan lembut seperti yang dinasihatkan ustazah dalam tv tu, 

"baangggg..." 

Ko nak tahu apa dia balas? "haa nak mengono lah tu!". Cehhh! Dia ingat aku nak suruh dia buat kerja rumah. Aiseyyy malaslah nak romantik. Walaupun aku tak romantik, aku hidangkan nasi dia, teman dia makan...


3. Egonya Melangit

Jika anda mahu suara anda dipatuhi, jangan kahwini perempuan yang suka mengembara. Dia mahu bebas. Dan dia terbiasa membuat keputusan sendiri di jalanan. Bila anda menahan keputusannya, dia akan bermasam muka. Dia sudah biasa membuat keputusan tanpa dihalang oleh apa pun, kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi.

Sebelum membuat keputusan dalam soal rumahtangga, anda perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Bukan apa, dia fikir dia lebih bijak dari anda. Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumahtangga di Taman Tun?

haha... yang ni kira egois ke? Aku tak suka orang yang lambat membuat keputusan. Kalau mintak izin pagi ni tapi lagi dua malam baru nak tanya: pergi dengan siapa? berapa hari? naik apa? adehhh letihlah weh. Itu baru soal selidik belum approval lagi...berapa lama nak tunggu deyyy? Terlepaslah tambang murah kalau macam ni. That is why kena minta izin in advance

Suami perlu merujuk kepada kami si traveller sebab apa? sebab... kami wanita ni multi-tasking. Kami banyak pengalaman. Kami boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Sambil memasak washing machine bergerak sekali. Sambil tengok tv kain selesai dilipat, diseterika. Sambil menyapu boleh siapkan anak. Sambil update blog boleh suapkan anak. Walaupun kami bekerja seperti anda tetapi kami boleh memasak, basuh baju, bayar bil, ulang alik hantar/ambil anak di sekolah/pusat tuisyen/padang bola, swimming pool dan lain-lain. Bila nak melancong kami boleh uruskan segala-galanya dari book tiket, hotel, transportation, route, itinenary, lawatan, makan bla...bla... Korang mampu? Bila kami di perantauan hari hari call atau mesej anak bertanyakan aktiviti seharian. Susuk badan je hilang dari pandangan tapi suara tetapppp boleh didengar dalam rumah. Ko ada? 

Pernah dulu masa trip Yogyakarta-Solo, aku minta orang rumah baca itinerary yang aku dah sediakan dengan harapan dia boleh back-up kalau kertas tu atau handphone hilang. Sangat detail dengan apa, dimana, kenapa, bagaimana, siapa... penat worrr buat research bersengkang mata sampai rupa pun macam panda. Dia baca sambil lalu je. Aku pun cakap, "kalau saya ada plan nak jual awak ni awak pun tak sedar agaknya..". Sentap mokcik. 

Sebab itulah kami perlu dirujuk. Di mana-mana organisasi pun urusan penting akan dirujuk kepada orang yang lebih pakar dan berpengalaman. Kami si traveller adalah pakar tersebut.


4. Belanja Tinggi

Ya, dia mungkin tidak kisah dengan make-up MAC atau beg Prada. Tetapi jangan pula anda sangka yang anda dapat berjimat. Jika hadiah ulangtahun pasangan lain cuma beg tangan baru beratus ringgit, bersedia untuk menghabiskan berbelas ribu untuk si kaki travel.

Setahun sebelum ulang tahun, dia akan mengingatkan anda tarikh ulangtahun dan sudah mula membelek buku pelancongan Lonely Planet. Sewaktu anda kusut memikirkan bil yang perlu dibayar, dia pula hanya sibuk merancang aktiviti di destinasi lawatannya kelak.

Dan kalau ramai isteri sudah teruja dengan pakej membeli belah di Langkawi, dia hanya menguap bila anda katakan yang cuti hujung tahun ini destinasinya di Pekan Kuah.

Sumpah! shopping di Pekan Kuah bosan giler hahaaa.. tak mencabar lansung. Aku travel bajet je sensorang... tak minta duit sesiapa pun. Apalah salahnya bawa wife melancong setahun sekali? Wife sendiri kan..bukan wife orang lain. 

Sometimes aku cari duit celah almari ke... bawah rubber mat kereta ke.. untuk bawa anak-anak berjalan. Kegembiraan anak-anak kegembiraan ku jua. Biar makan di gerai tepi jalan asalkan anak dapat stay di hotel yang ada swimming pool. Betul tak ibu ibu bapak bapak? Minat melancong perlu diperturunkan kepada anak-anak supaya mereka boleh belajar tentang budaya, kepelbagaian ragam manusia dan menghargai alam. 

Nak tunggu orang bawa travel entah bila masanya, lebih baik aku plan sendiri sambil menunggu rezeki jatuh dari langit. Kalau ada orang invite kita ikut je lah jika ada kelapangan masa, boleh buat modal update blog ni sambil sama-sama berkempen untuk Visit Malaysia 2014 dan Malaysia Year of Festival 2015. Itu kalau orang invite lah, bolehlah semuanya ditanggung beres. Kalau berjalan diatas tanggungan sendiri "antarkan saya ke losmen aja pak" gittewww... Belanja tinggi ke? 


5. Anda Membosankannya

Makan malam di restoran angkasa Menara Kuala Lumpur hebat? Fikir sekali lagi. Untuk si kaki travel yang sudah membuat terjunan bungee jumping di New Zealand, menawan ombak di pantai Sydney dan menaiki belon panas di Istanbul, tiada apa yang hebatnya dengan makan malam di menara atas bukit. Jika anda anak bendang yang sudah biasa makan nasi 3 kali sehari, anda akan membuatnya bosan. Lidahnya sudah mengenal roti Perancis, sushi Jepun dan kopi Arabica. Jadi makan nasi lemak sotong di rumah sambil bermain X-Box di hujung minggu memang tidak cocok dengan jiwanya. Dia suka bebas di luar, bukan dipenjara di rumah.

Aku belum berani buat bungee jumping lagi. Setakat ni baru try repelling, mendaki gunung dan berkayak aje. 

Aku memang tak makan nasi pepagi dan aku tak hidangkan suami serta anak-anak nasi pepagi kecuali weekends. If you love them don't overfeed them. Rakyat Malaysia mempunyai masalah obesiti yang paling tinggi di Asia. Buat apa nak makan nasi? bukannya bekerja di bendang atau buat bangunan. Dahlah duduk dalam aircond dari pagi sampai ke malam. Bebudak sekarang pun dah pandai, kalau dihidang nasi setiap hari dia kan tanya...selain nasi takde ke? 

Kopi Arabica kan sedap? Oh ya, bajet untuk makan di restoran tersebut lebih baik bagi aku guna untuk ground arrangement di mana-mana tempat aku nak pergi nanti. 



6. Dia ramai kenalan lelaki

Apabila anda ambil keputusan berkahwin dengan awek kaki melancong, bersedialah untuk membuang rasa cemburu. Dia mesra dengan semua. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Bertahun di jalanan menyebabkannya petah berbicara. Dia juga ada ramai kenalan lelaki yang bersama-sama mengembara dengannya. Hobinya itu cinta pertamanya. Dan anda cinta keduanya. Jadi jangan halang dia untuk berjumpa atau bercakap dengan sesiapapun tentang cinta pertamanya itu. Jadi pendam sahaja rasa sakit hati anda itu.

Aku mudah mesra dengan semua orang so tak perlu cemburu. Kalau aku diam sokmo there maybe something wrong somewhere. Dengan senyuman dan sapaan tak pasal pasal ko akan dapat info berguna nanti. Rugi ke untung?

7. Bersedia untuk ditinggalkan

Jika syarikat anda jatuh bankrap atau kereta anda rosak sewaktu tarikh kembaranya hampir tiba, nasib anda bakal semakin parah. Dan hati anda bakal patah. Si dia yang suka travel takkan mengorbankan apa yang telah dirancangnya. Jika anda berkahwin dengan dengannya, bersedialah untuk melepaskan si dia pergi bercuti seorang diri. Si dia tidak perlukan anda. Dan si dia tidak menunggu sesiapapun. Baginya anda tidak ubah seperti beg bagasinya sahaja — jika hilang, masih boleh diganti semula. Beg ‘bagasi baru’ yang bakal dicarinya nanti mungkin lebih baik.

Amboiiii.... kereta rosak hantarlah ke bengkel takkan nak suruh aku repair kot? Takkan nak cancel trip pulak selepas setahun mengumpul maklumat, search sana google sini...call orang tu...tanya orang ni... nak batalkan? 

Saya perlukan dia tapi saya tak mahu menunggu sesiapapun. Zaman 'over protective' dah berlalu. Ya, dia terpaksa bersedia untuk ditinggalkan... sekejap.


Apa kata anda? Beranikah anda kahwini awek si kaki travel?

Kahwin je lah apa yang nak dirisaukan? Berdua itu lebih baik. Apa yang nak ditakutkan dengan kami yang ada serba sedikit pengalaman ke negara asing? haishhh kecik benarlah jiwa ko ni. Kalau tak nak rasa tertekan jom ikut melancong sekali. 

Dan kamu suami, kalu tak nak ikut atau tak suka melancong janganlah larang kami nak berjalan dengan kengkawan. Kamipun perlu rehat dan refresh. Kami rindu zaman kami anak dara, ke sana ke mari tanpa perlu memikirkan perkara lain. Doakan kami selamat diperantauan sudah memadai (eh, tolong top-up duit sekali hahah..)

....nasib baik suami saya sangat memahami...alhamdulillah.



Sumber: Malaysia Backpackers Club









Post a Comment

9 Comments

  1. Maaf, saya tak boleh terima langsung komen balasan di atas. Kena ada contoh bergambar baru boleh percaya dan terima.

    Contohnya: "Di siang hari aku pakai elok elok dalam rumah macam orang nak pergi clubbing hahaa".

    Hahahaha!

    ReplyDelete
  2. Saya setuju, jawapan mestilah lengkap bergambar, wakaka

    Contohnya, duit celah almari

    ReplyDelete
  3. Cuba snap gambar kat almari mak, mesti ada hahaa..

    ReplyDelete
  4. Pemberi jawapan sah tidak ada ilmu agama dan nyata bukan isteri solehah

    ReplyDelete
  5. ye ke anon?

    Susah ye nak jadi isteri solehah. Bukankah isteri yang baik itu menjaga solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan dan taat kepada suaminya selagi tidak disuruh melakukan maksiat?

    ReplyDelete
  6. mcm mana pula keadaan istri yg travel dgn kekawan dn student lelaki?..maslh kt sini bukan lelaki xnk ikut..tpi tak diajak dn dilarang ikot sbb travel hnya untk kekawan..honeymoon untk suami istri.

    ReplyDelete
  7. Hai Hanis!

    Pendapat saya, jika travel dengan student lelaki disebabkan tugas mungkin suami tidak sesuai turut serta. Orang yang bekerja sambil melancong terikat dengan itinerary tertentu yang mungkin akan menyebabkan si suami rasa terasing. Daripada dia ditinggalkan bersendirian di hotel atau kena berjalan sendiri adalah lebih baik tak ikut.

    Travel dengan kengkawan pula, biasanya dengan yang sekepala. BFF atau suami belum tentu travel buddy yang best. Berjalan ni nak happy, nak release stress. Kalau bergaduh di jalanan hmm...

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.