Tips untuk mendapatkan tambang murah Air Asia ! Awak dah tengok ke belum jualan murah Air Asia Free Seats yang sedang berlansung sehingga 16 November ni? Aku taklah berminat sebenarnya sebab dah ada 3 trip tahun depan tapi kan....ramai pulak up status memasing ooiii aku dah dapat! Kejap lagi oooiii aku dapat paling murah..! gilalah puak puak ni. Meracun je kerjanya.
Jadi, sebagai seorang yang hanya mampu berjalan dengan tiket murah aku pun tergedik-gediklah mengadap website Air Asia Free Seats itu. Entah ke mana nak dituju aku pun tak tahu.
Nak ke Australia belum mampu... setakat ni aku pergi ke negara yang currency value lebih rendah daripada Malaysia jer... Brunei dan London tu kisah lama.
India? Nak pergi seorang kurang berani disebabkan kes gang rape tu tapi India memang teringin sangat nak pergi. Aku tengok tengok juga Kochi.
Indonesia? kalau boleh tak nak mengulang tempat yang sama buat masa ni...Padang dan Makassar belum teringin, yang lain-lain dah pernah sampai.
haish payah... payah...payahlah sebab tak berhajat pun nak join the crowd. Kalau memang dah plan nak kemana-mana tu aku redha aje tersengguk-sengguk di 'waiting room'.
Akhirnya chose Kunming. Cadangnya dari Kunming nak bergerak ke Chengdu atau Guilin atau Guangzhou tapi lama sangat pulak dalam keretapi. Lagipun tak dapat tiket paling murah depart from the three cities. Bajet kecik kannnn? (hoi PKNS cepatlah buat penukaran hakmilik aku tu...kenapa la lambat sangat?). Finally Kuala Lumpur-Kunming-Kuala Lumpur. Lambat lagi weh... 2016 baru nak terbang.
Beli je tiket dulu. Macamana nak pergi, naik apa, menginap di mana, halal food, ke mana nak dituju...itu kita fikir kemudian. Jomlah uolls kita pergi sekali!
Meh aku share tips untuk mendapatkan tambang murah Air Asia:
1. Jualan murah tiket penerbangan Air Asia akan start tengah malam dan hampir pasti traffic akan sosak amek sampai ekau patah hati. Sekarang Air Asia bagi priority kepada Big Card holder tapi aku punya tak boleh masuk pun...mengapakah? Kekadang mereka asingkan jualan tiket domestik dan antarabangsa jadi taklah sesak sangat. Mengikut pengalaman akulah kan, ko bangun awal sebelum solat subuh. Pukul 5-8 pagi selalunya smooth aje. Berapa banyak tiket ko nak beli? Waktu ni terbaik.
2. Aku suka business style Air Asia ni... kebanyakan urusan kita boleh buat sendiri. Untuk menjimatkan masa kita beli saja tiket dahulu... shuttle bus, insurance, luggage, meal kita add-on kemudian.
3. Dah ko nak tambang murah kan, janganlah bayar guna credit card sebab AA caj sampai RM16, bapak mahal! Please use your debit card ok?
4. Sebelum buat semua yang di atas sila buat beberapa plan melancong. Maksudnya laluan ke beberapa tempat dan beberapa tarikh yang sesuai. Tak dapek poi sini poi situ. Harga promo untuk laluan yang hot cepat habis. Jangan ingat Air Asia nak bagi sekapal harga murah pulak... ajaran sesat tu. Mungkin dalam 30% saja dan harga akan semakin meningkat. Kalau bukan time jualan murah macam ni elok juga check harga premium airlines yang lain. Mungkin lebih berbaloi sebab lengkap dengan makan dan 30kg luggage allowance!
5. Aku susah jugak nak mencari kawan untuk sama-sama pergi ke sesuatu tempat. Kalau aku dah tanya tapi tak ada yang berminat atau response lambat sangat, aku beli je dulu tiket sendiri. Yang penting aku nak dapatkan harga value for money, yang makcik pakcik kayo biar dia beli kemudian. Takda masa nak tunggu weh.
6. Ada ramai suami yang sporting di luar sana. Ada je yang bagi keizinan untuk si isteri berjalan asalkan berteman jadi plan awal dengan kengkawan. Elok minima 4 orang senang nak naik teksi.
Minta izin in advance so bila ada sale terus grab. Kalau laki jo jenis kita minta izin hari ini time makan malam lagi dua hari baru dia approve, cara ini sangat perlu hahaaa...
Aku bukan peminat totok Air Asia tapi dah dia je yang paling dekat dengan rumah aku dan memenuhi keperluan budget travelling selain kurang mengganggu tugas hakiki. Korang bercuti kerja sebulan 8 hari kan? Aku selalu cuti 4 hari je... tugas sebagai home manager tak memungkinkan aku untuk transit lelama di mana-mana destinasi. (tapi kekadang aku cuti 4x4x4 hahaa.... cover terus untuk dua tiga bulan).
Eh cepat pergi beliiiii...terlajak laris!!
4 Comments
Dapat tiket ke Kunming tu pada harga berapa?
ReplyDeleteP.S. Fuh! Baru perasan dah dpt balik nama domain! Cool!
Memang takde rezeki untuk saya,time ada free seat tiada duwit nak buat tempahan.
ReplyDeleteRaW,
ReplyDeleterm183 return :)
Abdur,
jangan kecewa. Ada lagi selepas ni.
belum pernah naik air asia lagi....ingat nak cuba awal tahun depan ke langkawi...
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.