Kempen mempromosikan 12 sub sektor pelancongan negeri Melaka merupakan salah satu usaha kerajaan negeri Melaka untuk menarik kedatangan pelancong untuk menginap lebih lama di negeri penuh bersejarah itu. Ini bukan sahaja dapat menjana peluang perniagaan dalam industri pelancongan malah memastikan ia menjadi penjana pendapatan utama dalam ekonomi negeri, seterusnya menawarkan lebih banyak peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.
Pernah menjadi sebuah pusat perdagangan yang masyhur di Asia suatu ketika dahulu, Melaka cuba mengekalkan kehebatan itu di dalam bidang pelancongan pula. Makan angin dengan Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka adalah suatu aktiviti yang mesti dibuat oleh para pelancong yang ke sini. Bermula dengan sebuah bot kayu pada tahun 1985, kini sungai ini dilalui oleh 40 bot pelancong setelah diambil alih oleh Kerajaan Melaka pada tahun 2005.
Ini adalah kali kedua aku naik river cruise. Kali pertama di waktu pagi tetapi kali ini dimalam hari. Pada pendapat aku menyusuri sungai di petang hari lebih menarik sebab dapat melihat rekabentuk bangunan baru dan lama beserta lukisan di dinding ketika matahari semakin condong ke barat. Selain itu, di waktu petang juga ramai orang berehat sambil minum di kafe-kafe sepanjang sungai. Hahhh rasa macam di Italy pulak.
Kapten bot kami perempuan. Perempuan memang hebat! Jangan ko cuba nak menafikan. Tour guide pula seorang yang sangat berpengalaman dalam industri pelancongan negeri Melaka iaitu Encik Bernard Kenneth Goonting yang berdarah kacukan Belanda, Inggeris, Cina, India dan Portugis. Osah banyak eh. Berusia 56 tahun, beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pergaulan bersama pelancong tempatan dan asing sehingga mampu memberi kata ucap selamat (greetings) dalam 60 bahasa. Adehhh...aku belajar cakap omputeh dari tadika pun tak pandai pandai lagi. Kalau ada orang sponsor aku duduk UK selama 6 bulan di tempat yang takde Melayu kan best? Balik nanti confirm aku bercakap macam Mr Bean hahaa..
Sambil bergerak di permukaan sungai tu beliau bercerita tentang sejarah Melaka dan nama tempat-tempat yang kami lalui seperti Kampung Morten. Cantik kampung tu. Ala...kita lalu je mana mana kampung di Melaka ni, boleh dikatakan kesemuanya kelihatan cantik. Kawasan rumah kemas, bersih. Rumah juga cantik bercat. Masih banyak rumah yang dikekalkan rekabentuk asal sekurang-kurangnya di bahagian depan.
Usaha mencantikkan sungai ini telah dilakukan semenjak 8 tahun yang lalu dan usaha memberi pendidikan tentang kebersihan sungai masih berterusan hingga kini. Kejayaan industri pelancongan sangat penting bagi negeri Melaka kerana negeri ini mempunyai sumber asli yang terhad. Bak kata orang tanah sekangkang kucing. Memandu kereta jauh sikit dah masuk ke negeri lain. Pandai pandai je aku ubah perumpamaan karang marah pula Karam Singh Walia. Mana dia eh? Dah lama tak nampak.
babaiiiii...
Kami turun di Hard Rock Cafe sebelum meneruskan lawatan ke Jonker Street yang famous tu. Satu perkara yang menarik di Melaka ni, kebanyakan tempat pelancongan mengenakan caj/tiket masuk yang tidak terlalu tinggi, biasanya RM10 seorang. Tujuannya supaya lebih ramai pelancong dapat merasai sendiri pengalaman menyusuri Sungai Melaka dan menikmati pemandangan yang indah. Mereka mahu repeat customer.
Diatas kegigihan mereka untuk mempromosikan Melaka River Cruise ini, tidak hairanlah produk pelancongan yang ini merupakan yang terlaris pada tahun 2013. Terlajak laris gittewww !
p/s Bermalam di hotel di Melaka akan dikenakan caj warisan sebanyak RM2 bagi setiap bilik.
1 Comments
satu-satunya pengembaraan di Melaka yang belum pernah saya rasai.
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.