Renaissance Johor Bahru Hotel merupakan hotel gaya hidup berbintang lima yang baru beroperasi semenjak bulan Mei 2013 yang lalu. Terletak di bandar Permas Jaya berdekatan dengan kotaraya Johor Bahru dan CIQ ke Singapura selain hampir dengan pelabuhan dan kawasan perindustrian Pasir Gudang.
Salah sebuah bilik with pool view. Bedlinen tu sangatlah best!
Nampak tak kereta aku bersusun kat luar tu? konon...😛
Diantara fasiliti yang disediakan oleh hotel yang mempunyai 345 bilik
ini ialah 42 inci flat screen tv dengan siaran satelit. Sesampai aje
di bilik tersedia kuih tradisional sebagai kudapan di petang hari. Hmmm....hotel berkelas sangat
tahu menghargai makanan dan nilai budaya setempat.
Terdapat
empat buah restoran di Hotel Renaissance Johor Bahru iaitu Cafe BLD
untuk hidangan sepanjang hari, Restoran Wan Li untuk masakan kantonis
kontemporari, The Chocolate Cake Company bagi hidangan kek, roti dan
pastri yang segar dan panas serta R Bar, sebuah bar yang sofistikated di
lobi hotel. Kuih bakul pelbagai perisa yang dimasak di sini ada sijil
halal tau.
Tak nak bercerita banyaklah kali ni. Tengok gambar pun boleh agak betapa selesanya hotel ni.
Temasek di hujung sana
Biasanya kita makan di hotel tertentu kerana makanannya yang sedap dan cara persembahan yang menarik. Di hotel ternama juga seringkali chef sendiri yang melayan kita. How is it ma'am? hah gittew dia tanya... Nak tambah boleh? aku pulak yang bertanya :))))
Renaissance Johor Bahru adalah tempat pertemuan yang dilengkapi dengan pakej tailor made. 12 function rooms and ballrooms yang lengkap memberi pilihan kepada anda untuk mengadakan majlis korporat atau persendirian. Bagi tahu saja nak majlis yang bagaimana pandailah mereka uruskan. Hotel hebat ini membantu meletakkan Johor Bahru dipeta dunia kerana ia juga berada dibawah jenama Marriot International yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Kalau ualls stay sini sila jangan missed breakfast. Dengan pilihan yang banyak... local or international, peminat k-pop juga pasti teruja sebab ada Korean food. Roti canai Renaissance terbaik! Garing di luar lembut di dalam (dah tekak Melayu berselera mamak nak buat macam mana... 😁).
Apa lagi yang best? Servis tip top.
Renaissance Johor Bahru Hotel
2, Jalan Permas 11
Bandar Baru Permas Jaya
81750 Masai
Johor
Tel : 607 3813333
Faks: 607 3813500
www.jbrenaissance.com
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.