Legoland Malaysia Resort



Legoland Malaysia Resort | Hai uolllssss... Anak-anak kita dah penat setahun belajar kannnnn...tak kisahlah apa pun result exam mereka nanti, apa kata kita reward mereka dengan membelanja masa kita dengan mereka ke Legoland Malaysia Resort di Johor? I tell you, awak tengok muka anak-anak yang exited tu, priceless!! Orang yang suka memberi je yang faham tentang kepuasan menggembirakan orang. Kita cipta kenangan bersama mereka supaya suatu masa nanti ada cerita yang kita boleh kenang bersama.


LMR menggabungkan Legoland Park, water park dan hotel yang mensasarkan kanak-kanak berusia 2-12 tahun.

Bagaimana hendak ke sini?
Legoland Malaysia resort terletak di Nusajaya (selatan Johor) dan hanya 10 minit dari Singapore Tuas Second Link, 15 minit dari bandaraya Johor Bahru dan 20 minit daripada Lapangan Terbang Senai.




Miniland Kampung

Setiap rumah dibina dengan menggunakan kira-kira 10,000 LEGO bricks dengan saiz 13x3m. Kalau dah 100 jam diperlukan untuk membina sebuah rumah kampung, sudah tentu bahagian ni jangan sampai terlepas pandang. Tengok perinciannya. Untuk melengkapkan pemandangan, Gunung Kinabalu, air terjun dan lautan pun dicipta. Rumah Minangkabau ado tak agak eh? Kono poi tengok sendiri.

Yang terkini....peminat Star Wars please come! Rugi kalau tak tengok

The Millenium Falcon in LEGO® Star Wars™ Miniland Model Display, made entirely out of LEGO®. (these three photos are from Legoland's fb)

LEGO Star Wars Miniland Model Display telah dilancarkan pada 6 September sempena ulangtahun kedua Legoland Malaysia. Dibina oleh pelbagai peringkat pereka dan pembina model, juruteknik animasi dan pakar lanskap, model yang dipersembahkan juga dilengkapi dengan bunyi, gerak dan pencahayaan yang sangat baik untuk dinikmati seiisi keluarga.

 Seperti biliknya yang bertema pintu tandas pun sama tapi toilet yang sama level dengan cafe hotel ni tiada paip. Bidet pun takdok huhuu.. Surau juga berada di aras yang sama.

 Bela ayam ni lagi baik. Dahlah tak berak merata bertelur pun banyak


Trip Santai Travel. Thank you ST dan Tourism Johor. And Legoland too.

Yang paling kita suka dah tentulah The Legoland Water Park! Terdapat 20 rides untuk kita bersuka ria dengan anak-anak wauuuuu...!! Yang paling seronok dah tentulah Joaker Soaker, Build-A-Raft River dan LEGO Wave Pool. Kepada yang tak nak mandi tu boleh saja sewa private cabanas yang didatangkan dengan tuala, minuman dan mainan Duplo.

LEGO Themed Hotel
Terdapat 249 bilik hotel bertema Pirate, Adventure dan Kingdom.

Kepada yang ingin merasai suasana menjadi lanun you can opt for Pirate themed room (ada yang fully themed dan deluxe). Kita akan berada di kabin lanun dengan cadar, langsir, wallpaper and even Polly, a LEGO parrot.

Bilik bertema Adventure pula memang adventure-lah dengan hidden treasure lelabah, cicak, kala jengking dan binatang liar yang lain. Pencinta binatang sesuai duduk sini.

Kingdom Suites pula untuk feeling bagai putera dan puteri. Segala perhiasan ala ala raja...dah ko nak jadi raja kan? Bolehlah beraja di mata bersultan di hati kat bilik ni hahaa... 

Kesemua bilik dilengkapi dengan katil bersaiz king dan ruang berasingan untuk anak-anak siap dengan bunk bed, pull out trundle bed and entertainment unit. Di hotel ni kita sewa bilik biasa je dah cukup sebab luas dan selesa. Kiranya boleh duduk 2 dewasa + 3 anak atau 3 dewasa + 2 anak. Bilik kecik pun aku boleh buat jadi muat inikan pula bilik besar hohooo.... be creative babe! Nanges room service.


Post a Comment

3 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.