Double Tree by Hilton Johor Bahru | A comfortable and hassle free hotel



Double Tree by Hilton Johor Bahru telah memulakan operasinya pada 1 Julai 2014 yang merupakan jenama Double Tree by Hilton yang kedua di Malaysia. Terletak di tengah-tengah wilayah Iskandar, hotel ini menawarkan pilihan kepada pelanggan bisnes dan santai yang mahukan hotel berkelas tinggi dan memenangi anugerah perkhidmatan cemerlang. Jenama Double Tree by Hilton sangat teliti dengan hal-hal kecil yang sebenarnya memberi impak kepada perniagaan mereka.

Terletak kurang lima kilometer dari Johor-Singapore Immigration Checkpoint dan 25 kilomeer dari Senai International Airport. Lokasinya yang strategik memudahkan kita untuk ke shopping malls, pusat kebudayaan dan sejarah. Diantara tempat-tempat yang menarik senang diakses dari hotel ini adalah:

City Square                         0.5km
Sultan Ibrahim Building.    1.0km
Johor Zoo.                           1.5km
Daiman Bowling.                14.0km
Legoland Theme Park         28.0km   



Hotel ini menawarkan 335 bilik termasuk 52 suite equipped with the signature Sweet dreams by Double Tree, in-room work space, 40" LCD TV and walk-in rain shower. Toiletteries pula dari CITRON Honey & Coriander by Crabtree & Evelyn. Kita yang perempuan ni cerewet sikit bab penjagaan muka dan badan ni kan?

Wifi sampai ke bilik, janganlah risau nak update location korang. Tetamu yang menyewa excutive rooms and suites diberi kelebihan untuk akses Executive Lounge where complimentary breakfast, evening drinks and canapes are served.

There are 10 versatile and modern function including wedding events consultation centre. Best lah kalau buat kenduri kahwin kat sini. Chocolate chip cookies di dalam tin yang kelasss bergaya boleh dijadikan door gifts.

Ada cerita kelakar di dalam bilik ni. These two kampung girl tergagau-gagau mencari suis untuk menurunkan blinds. Hohohooo....bilik ayaq transparent ! Habis segala suis kami tekan sampai call receptionist hahahaa... apalah motif buat bilik ayaq begini weh? hahaaa... tak abih lagi nak gelak. Kalaulah masa tu emergency nak memerut terpaksalah yang seorang lagi keluar bilik dulu.


I LOVEEEE bedding ni. Linennya best ! Baru pulak tu. Kalau kat rumah aku, baru je tukar cadar putih tak sampai setengah hari ada ajelah yang tenyeh mulut berkari atau tangan berlumur coklat haishhh...

 haaa...kampung girl ini dah jumpa suis

Axis Lounge @ lobby

Outdoor pool di tingkat 13. Fitness centre yang dibuka 24 jam sehari turut menawarkan steam room and whirlpools. Fitness centre mengadap ke swimming pool juga. Sambil exercise sambil...eh?

Akak ko feeling ala ala model muahahhaa...


Hotel ini menyediakan empat ruang makan dan hiburan yang inovatif :

Makan Kitchen
The all-day dining restaurant yang menyediakan makanan tempatan yang popular. Boleh tengok mereka masak secara live.

Tosca
Restoran dan bar Itali di poolside tingkat 13, dengan pemandangan Selat Johor.

The Food Store
A cafe style atmosphere, a perfect place for casual meetings or indulgent afternoon tea. A wide variety of freshly made pasteries and sandwiches available throughout the day.

Axis Lounge
Tempat yang sesuai untuk relax dan berjumpa pelanggan.



Setiap tetamu yang datang akan dihadiahkan dengan their signature warm chocolate chip cookie. Ya Allah memang sedap sangat biskut ni. Aku checked-in dah malam pun dapat merasa. Saiznya besar sikit daripada muka tapak tangan aku. Tebal pulak tu. Kawan aku siap mintak dua, tamak haloba sungguh. Menyesal aku tak ikut perangai dia. Resipinya ada tertulis di belakang pembungkus tu tapi the way chef tu bakes that cookie yang penting diketahui. Mesti rasa !



Untuk info yang lebih lanjut mengenai DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU sila rujuk www.johorbahru.doubletree3.com 

DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
No. 12 Jalan Ngee Heng,
Johor Bahru,
80000, Malaysia
TEL: +60-7-2686868
FAX: 60-7-2686888
Check-in: 3:00 pm Check-out: 11:00 am

Nanti aku update presidential suite pula ya.


Post a Comment

5 Comments

  1. I masuk bilik lewat. Masuk2 bilik je, roomate cakap, dinding toilet see through tak boleh nak tutup. And I was like, "Oh shit!" Terus gelabah cuba semua suis yg ada, haha!

    ReplyDelete
  2. But this one much better than hotel yg i duduk di HCM hari tu, main tutup dengan curtain aje dari luar. Nak buat 'bisnes' pun tak tenteram 😄

    ReplyDelete
  3. Haa! Sama la dgn satu hotel kat mana entah. Ada tingkap kayu tapi boleh buka/tutup dari sebelah luar, bukan saja dari dalam sebab tak ada selak.

    Memang tak tenteram hidup, haha!

    ReplyDelete
  4. nasib baik hari tu dapat corner suite, so kamar mandi terletak dalam bedroom. Dengarlah saja cerita friends yang lain jokes pasal kamar mandi yang transparent tu.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.