Mi udang sedap di Pulau Aman



Program Jom Jelajah Koperasi Pulau Pinang 2014 yang aku ikuti tempoh hari turut melibatkan Koperasi Seri Aman Pulau Pinang Berhad. Untuk ke Pulau Aman kita perlu menaiki bot dari jeti Batu Musang (Batu Kawan) dengan tambang RM6 pergi dan balik untuk dewasa. Sat je pun naik botnya.... di jeti ni heboh orang berkata laksanya sedap. Kena try juga nanti ni.


Pulau Aman yang dikatakan dimiliki oleh dua beradik mula didiami pada tahun 1817 dulunya dihuni oleh 1000 orang penduduk dengan pecahan 75% Melayu dan 25% Cina tetapi kini hanya tinggal sekitar 300 orang Melayu sahaja di sini. Yang lain-lain telah berhijrah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Ramai yang berpindah ke tanah rancangan felda semasa program itu diperkenalkan pada tahun 1960an.

Terdapat sebuah sekolah rendah di sini dengan 28 orang murid dan 13 orang guru. Untunglah cikgu cikgi ni... mana mana cikgu yang kena transfer sini sohih takmo pi tempat lain dah. Less students means less headache.Takdo poning kepalo nak semak karangan kan? heheh... Selain itu terdapat juga kemudahan asas lain seperti masjid, tabika, klinik desa, dewan serbaguna dan bengkel selain chalet, hotel bajet dan 20 buah homestay. Hotel bajet dikendalikan oleh Persatuan Nelayan Pulau Aman. Aktiviti pelancongan telah mendatang pendapatan tambahan kepada para penduduk dengan nilai purata RM40,000 setiap bulan.

Apa yang menariknya di sini?

Terdapat beberapa tempat bersejarah di Pulau Aman seperti Makam Purba, Gua Lanun, Gedung Peluru, Telaga Emas dan Batu Payung. Terdapat banyak pokok sukun di sini dengan sebatang pokok sukun pulut berusia 120 tahun yang telah ditanam oleh Tok Awang Akib pada tahun 1890. Pokok itu telah disahkan oleh MARDI sebagai pokok sukun yang tertua di Malaysia.


Pulau Aman terkenal dengan belacan, mee udang dan kuih kapit yang dihasilkan secara tradisional. Bertuah sungguh rasanya dapat melihat sendiri cara pembuatan belacan yang tak enak baunya tapi sedappp rasanya.

Bahan utama untuk menghasilkan belacan adalah udang geragau dimana tiga kati udang boleh menghasilkan 10 ketul belacan dengan berat 300g seketul. Udang tersebut akan dicuci dengan air laut kemudian dijemur supaya kering sedikit. Seterusnya udang ditumbuk sehingga hancur, esoknya dikeping-kepingkan dan ditumbuk kembali lalu direpoikan sebelum dibentuk menggunakan mesin. Proses keseluruhannya memakan masa tiga hari.


 Rusa masuk kampung

 perghhh....wajib cuba!! Sila google untuk mendapatkan resipi mee udang istimewa

Di bawah ini adalah sebuah bangunan bekas tempat simpanan peluru di Pulau Gedung yang tak berpenghuni. Di zaman perang dahulu bangunan itu  dijadikan gedung ubat dan peluru. Dengan menyewa bot berkapasiti 12 penumpang berkadar RM150 sebot, kita akan dibawa mengelilingi Pulau Aman dan Gedung, melihat ikan ternakan sangkar dan melihat dolphin! Aku dah cerita dah tentang ikan lumba lumba di sini. Cuba tengok balik. Aku dah berkempen semenjak cuti sekolah hari tu lagi, bila hang nak pi?


Untuk memenuhi masa ketika anda di sini ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti
memancing, meredah hutan, mencari siput dan berkayak. Sila hubungi nombor yang aku bagi ni jika terdapat sebarang pertanyaan ye...

Chalet Pulau Aman 04-39797961/016-4137159
Memancing di sangkar ikan- Hj Yaacob 019-4090945/Rozi 019-4015570
(kat sangkar ikan tuuuu kalau tak tersangkut juga tak dapek den nak nolong)


Pulang dari Pulau Aman kami dibawa ke Georgetown melalui jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (jambatan kedua Pulau Pinang) sepanjang 24km. Jambatan yang menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. Harus korang naik jambatab baru ni.

Off to Georgetown, bye bye Pulau Aman!

Post a Comment

0 Comments