Keindahan Gunung Papandayan di Garut



Salam sejahtera semua!

Hari ni 12 Mei I melakukan aktiviti yang paling menarik di Garut, mendaki gunung untuk menikmati keindahan Gunung Papandayan, gunung berapi aktif yang terletak di Garut, Bandung. Sejak empat tahun yang lalu berhajat ke sini kini baru ada rezeki. Rezeki ayam bolehlah nampak di kaki ye tak?


 
Petang semasa sampai di Cipanas sibuklah aku mencari pakej ke sana tapi tak ada sebab hari Isnin. Kalau weekends memang ada so boleh share transport. Ikhtiar terakhir kena naik motor dan harga sewanya pulak lebih mahal dari tiket flight aku ke Bandung. Kecewa den, tu belum termasuk tiket masuk dan kos servis guide lagi. Ah! Lain kalilah nampaknya. 😢
 
Malamnya datang seorang pakcik ni sembang-sembang di lobby. Aku rasa dia dah tahu aku nak ke Gunung Papandayan so dia offer naik motor 250k rupiah dan katanya guide dalam 100k rupiah, boleh tawar harga katanya. Yang harga dia pulak dapat dikuranglan 20k rupiah aje. Terima ajelah dah itu aje pilihan yang ada.
 
6.25 pagi kami bertolak. Perjalanan ambil masa sejam setengah lebih kurang. Tak jauh mana pun …. 20km je tapi jalannya hmmmm…. Pemandangan menakjubkan dengan padi sawah dan padi bukit. Ada juga yang ditanam di lot-lot kecil tepi jalan macam di Bali. Suhu di sini agak sejuk.
 
Sampai di Cisirupan, ambil guide di rumahnya then naik motor lagi 7km naik keatas. Jalannya huiyaiiii….bergegar badan, tak payah beli mesin gegar punggung yang diiklankan kat tv tu lagi 😄. 7km baru sampai ke parking lot, nak tengok kawah gunung berapi kena naik lagi 2300 meter. Parking lot tu pulak dah ke bawah sebab yang dulu dah rosak akibat letusan tahun 2002. Kalau yang lama tu kita kena berjalan dalam 10 minit je untuk sampai ke kawah.


Tanduk rusa


Ada 10 kawah besar yang aktif di atas gunung, campsite pun ada. Antara kawah-kawah tu Kawah Belaganama, Kawah Seeng, Kawah Pengantin, Kawah Gas, Kawah Danau, Kawah Es, Kawah Manuk, Kawah Racun, Kawah Emas. Dalam banyak-banyak ni Kawah Emas yang paling besar dan Kawah Danau yang terbaru hasil letusan 2002. 
 
Air sungai yang terhasil dari gunung ni ada empat warna bemula dengan warna perang, hijau, putih dan jernih. Gunung Papandayan ni pula tingginya 2622m dan aku berjaya naik sampai kawah baru yang setinggi 2300m! So unbelievable! Baru je aku bercerita yang aku ni tak pernah naik gunung. 

Nak ke puncak jalannya agak landai berbatu bersesuaianlah untuk pendaki amatur macam aku ni tetapi perjalanan turun agak bahaya jugak.  Aku sendiri pun dua kali jatuh, sekali sempat tahan dengan tangan (sakit ok) sekali lagi terduduk sebab batunya bergerak. Guide den pun jatuh inikan pulak den. Jalan ni berkeadaan natural yang mana kalau hujan lebat jalannya akan beralih ke lain. Sangat hebat perasaan bila dah berjaya mendaki gunung walaupun taklah setinggi mana. Okaylah tu kan sebagai permulaan. Takrif kejayaan kitakan tak sama. Pada akulah, walaupun lebih jauh jaraknya nak ke atas tapi lutut taklah terseksa macam turun 1.2km ke Kawah Domas di Gunung Tangkuban Perahu dulu. Trekking di Kinabalu Park pun aku rasa lutut dan betis ni seksa gak.
 
Di waktu pagi tu berkabus tebal so tak nampak apa yang ada di bawah gunung, bila dah pukul 11.30 pagi barulah nampak daerah Garut. Kalau nak bermalam di campsite perlu menggunakan khidmat guide juga dan jalannya di sebelah kanan selepas kawanan kawah tu. Masa berjalan naik kami bersekali dengan seorang pakcik yang mengangkut dua buntil baja di bahunya. Kebun dia ko nak tahu di mana? nun di sebalik gunung. Gigih betul dia.... haishh kesian pulak. Teringat seorang Indonesian di kampung aku, katanya pada mak, kalau di sini susah susah pun boleh dapat rm100 sehari kak.. kalau di kampung saya rm15 aja. Lubuk duit sebenanya negara kita.

Enjoy gambars yang tak seberapa ni ya…!


Menderu-deru asap keluar dengan bau sulfurnya. Kalau tiba-tiba meletus without warning jadi sate lah aku.

Masyaallah masyaallah masyaallah subhanallah

 Bersauna sat

Sulfur







Kawah baru akibat letusan tahun 2002 



Berdekatan dengan car park ada sebuah kolam air panas untuk mandi-manda. Surau pun disediakan.

Tak sangka aku dah sampai ke atas Gunung Papandayan!

Post a Comment

0 Comments