Pada tahun 2010 sebuah hotel bajet (dorm stay) yang dikenali sebagai Casa Georgian telah diperkenalkan oleh Koperasi Sekolah (P) St George. Objektif penubuhannya adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menerokai bidang hospitaliti dan menyuburkan budaya keusahawanan di sekolah berprestasi tinggi tersebut. Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk memaksimakan penggunaan asrama sepanjang tahun disamping menjana pendapatan untuk koperasi sekolah.
Casa Georgian - Penginapan bajet di Georgetown, Pulau Pinang dengan tagline Home Away From Home bermula secara rasmi pada tahun 2011. Projek ini dikendalikan sepenuhnya oleh para pelajar dibawah seliaan tiga orang guru. Mereka bukan sahaja menerima pelancong tempatan malah dari luar negara. Kejayaan projek ini telah memberi inspirasi kepada sekolah-sekolah serantau Asean sehinggakan mereka kerap menerima tetamu yang meliputi pegawai koperasi, pendidikan dan para pelajar dari negara luar.
Sambutan meriah sempena kedatangan media
Penyewaan asrama sekolah ini dibuka sepanjang tahun kepada tetamu wanita dengan kapasiti 100 orang pada hari persekolahan dan 300 orang pada musim cuti persekolahan. Walau bagaimanapun tetamu lelaki adalah tertakluk kepada kelulusan pihak pentadbiran sekolah. Sekolah pompuan you... kalau yang datang macam Anuar Zain mau riuh rendah pula asrama tu nanti.
Jangan risau, tiada restriction nak balik asrama pukul berapa pun sebab ada pengawal keselamatan. Untuk ke sini boleh menggunakan bas awam. Paling penting wifi pun ado..... mati kutu kalau tak boleh online zaman sekarang nih.
Cuma ada dua syarat yang dikuatkuasakan kepada para penginap iaitu:
1) hanya makanan halal dibenarkan dibawa masuk
2) TIDAK dibenarkan beronggeng (partying), menonggang (drinking) dan bakar paru-paru sendiri (smoking)
Ada tiga jenis bilik yang disediakan iaitu:
1) Superior (RM15 seorang)
- Bed and breakfast
- Kipas
2) Deluxe (RM30 seorang)
- Bed and breakfast
- Selimut
- Kemudahan membuat kopi/teh
- Bilik air di dalam
- Kipas
3) Suite (RM45 seorang)
- Bed and breakfast
- Selimut
- Kemudahan membuat kopi/teh, mineral water
- Bilik air di dalam
- Pendingin hawa
- Tuala mandi
Kemudahan lain:
1) Makan tengahari/malam hanya RM5 seorang
2) Sewa dewan sekolah hanya RM50 sejam
3) Lain-lain : gimnasium, kerusi urut, pakej pelancongan yang dicaj mengikut per bas
4) Sekolah in juga ada pasaraya sendiri. Hebat deh!
Sekolah yang banyak melahirkan orang-orang hebat ini masih mengekalkan kecemerlangannya dari segi akademik dan kokurikulum. Mereka ada kumpulan orkestra, nasyid, silat dan sukan.
Suasana persekitaran yang kondusif membantu memudahkan pembelajaran. Kita nak melepak pun senang. Buat team building best nih.
Cenderahati yang dijual hasil kerja tangan para pelajar di sini
Apa yang menyebabkan dorm stay ini istimewa?
* Pilihan tepat untuk para guru dan pelajar yang biasanya mempunyai bajet terhad
* Padang yang luas untuk aktiviti luar dan kem bina semangat
* Kawasan redup dilengkapi kerusi meja untuk diskusi kumpulan kecil
* Surau yang berasingan juga disediakan
* Bilik rehat untuk berehatlah! hahaa... teringat bilik rehat kat sekolah aku dulu
Bagaimana untuk dihubungi:
SMK (P) St George
Jalan Macalister
10450 Pulau Pinang
Tel : +6042295855 / +6042296203
Faks : 04-2295886
Latitud : 5.4218220000
Longitud : 100.3079350000
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.