Sebagai negara yang majoriti rakyatnya penganut agama Buddha sudah tentu mencari makanan halal di Bangkok menjadi isu penting kepada muslim tourists.
Kepada yang tahan makan biskut, susu kotak dan instant noodle berhari-hari tentulah hal ini remeh sebab convenience store seperti 7Eleven merata-rata tapi yang jenis celik mata nak makan nasi mungkin ada masalah. Biasalah di mana-mana negara yang penduduk islamnya adalah minoriti mesti ada cabaran sikit. Cabaran yang tak seberapa tu janganlah kita jadikan halangan untuk melihat kejadian alam. Allah suruh kita berjalan supaya kita dapat melihat alam ciptaanNya, mensyukuri nikmat dan belajar mengenai suku dan kaum yang berlainan supaya kita lebih menghargai.
Yang ini sesi balas dendam di kedai makan Ali Selatan dekat Masjid Darul Aman setelah 2 hari tak makan nasi. Selain yang di atas aku juga order tomyam dan teh o. Makan dengan bersungguh-sungguh last kopek sebelum balik.
Nak senang mencari makanan halal di negara asing carilah masjid kerana disitulah berkumpulnya komuniti islam.
Di antara tempat yang menjual halal food di Bangkok adalah:
1) Chatuchak Market - di jam besar tu. Makanan yang aku order berharga 200b! Sila rujuk blogpost sebelum ini.
2) Sekitar Masjid Darul Aman di BTS Ratchadewi. Sila ambil tangga kiri menuju ke Thanon Phetchaburi. Jalan terus dan melintas simpang empat kemudian lintas lagi ke kiri. Sepanjang jalan tu ada banyak restoran makanan islam. Masuk juga Soi 7 yang menuju ke masjid tu.
3) Sekitar Phra Atiet Pier berdekatan Khao San
4) Di food court Siam Paragon
5) Tingkat 5 MBK Centre
6) Food court Terminal 21
7) Kalau nak rasa makanan Arab di BTS Nana
Cukuplah kot, harap membantu.
2 Comments
Kalaulah berpeluang menjejak kaki di bumi Gajah Putih dengan impian hendak merasa Tomyam asli baik punya.
ReplyDeleteThailand food mmg terbaik. Especially pulut dengan ayam goreng for breakfast!
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.