My short trip to Sarikei



Penduduk tempatan menyebutnya 'Sarikai'. Tak banyak yang aku ketahui tentang sebuah daerah di Sarawak ni yang sebenarnya menyumbang 80% daripada pengeluaran lada hitam Sarawak. Peratusan yang tinggi itu jugalah yang membolehkan Malaysia menjadi pengeksport lada hitam yang kelima terbesar di dunia. Selain daripada itu nenas, pomelo dan avocado juga banyak ditanam di tanah yang berasid di sini. Setiap kali makan black pepper sauce mesti aku teringatkan negeri Sarawak.

Sejarah Sarikei ni direkodkan sejak kurun ke 19 lagi, di zaman James Brooke dulu. Pada tahun 1856 pekan Sarikei pernah dibakar disebabkan penentangan terhadap kerajaan Brooke. Aku rasa mana-mana rakyat yang bermaruah pun tak mahu tunduk kepada penjajah.

Untuk sampai ke Sarikei boleh menggunakan kereta, bas atau bot. Masa aku pergi hari tu aku bertolak dari Sibu. Nak ke Sibu pulak boleh menggunakan jalan darat dari Kuching umpamanya atau kalau dari Kuala Lumpur boleh naik our World's Best Low Cost Airline or our airline with World's Best Cabin Crew (bangga woiii !). Aku ni bangun awal siap meronda ke bandar Sibu pepagi tu, dengan ulang-alik ke hotel sempat repair sandal lagi kat Central Market Sibu hehee... letih worrrr so dalam van tidurlah. Tapi... sepanjang satu setengah jam perjalanan tu entah berapa kali terjaga sebab jalannya still under repair work, terhentak hentak ko. Penat berjalan adalah jauh lebih baik daripada penat terperap kat hotel.

Pernah terfikir nak merasa tinggal di rumah panjang? This is the authentic one... siap tengkorak segala. Ada juga rumah panjang moden siap langsir sepesen je warnanya. Ada juga yang tingkapnya menggunakan kaca hitam yang sekeping tu dan bertiang tinggi. Enam tahun duduk di Sarawak dulu tak pernah sekalipun aku dibawa melawat ke rumah panjang (long house). Tengok dari jauh pun tak pernah rasanya.

Kali ini aku ke Rumah Nyuka, sebuah penempatan kaum iban di Lubok Lemba, Ulu Sarikei. Orang iban ramai terdapat di Kapit, Tatau dan Selangau. Di utara ramai orang Bisayak atau orang ulu. Longhouse diberi nama mengikut nama tuai rumah. Dari jalan besar ke rumah panjang ni dalam 8km jugaklah, dalam hutan dan ladang. Oleh kerana di Sarawak ada banyak suku kaum jadi rumah mereka pun ada perbezaan bentuk sikit. Lawatan ke sini mengubah terus tanggapan aku tentang rumah panjang. Luarannya nampak tak menarik tapi luas sebenarnya, tu tak termasuk dapur yang bersaingan tapi juga dibuat memanjang seperti rumah utama, yang saiznya sebesar rumah teres setingkat kat semenanjung ni -cuma tak ada bilik- with western toilet! Jangan ko ingat diorang membuang di sungai lagi.

Owh...ada tips ni. Kebiasaannya tetamu yang datang ke rumah panjang akan dijamu tuak. Kita yang muslim ni memanglah tak minum tapi janganlah ko tepis pulak. Cara menolak dengan sopan dan tidak mengecilkan hati tuan rumah adalah dengan menyentuh gelas dan bawa jari tu ke mulut. Senyumlah sket noks. Inshaallah mereka faham.... dah biasa dengan pelawat.


 Bahagian hadapan rumah

Di serambi

Asalnya rumah ini cuma mempunyai 33 keluarga tapi sekarang dah ada 46. Yang tinggal di sini semuanya ada kait mengait. Dah 60 tahun rumah ni wujud. Ia dibina dengan menggunakan kayu ... kayu...alamak lupo dah den tapi kayu yang keras tak dimakan anai-anai tulah. Syok pulak melepak kat anjung ni takdelah panas sangat walaupun tengahari. Duduk pulak atas tikar anyaman sendiri yang halus buatannya. Semasa berbual dengan tuai rumah tu, ada beberapa orang kaum ibu yang baru balik dari ladang. Mereka ni menanam padi huma dan getah selain lada hitam. Padi ditanam hanya untuk kegunaan sendiri sahaja.

 Buah lada hitam yang baru dituai


For more value, lada hitam diproses menjadi lada putih


Dulu dulu perhubungan di antara kampung/rumah panjang adalah melalui radio shortwave yang ke udara pada masa yang telah ditetapkan- klasik gittewww. Pernah pihak radio kerajaan hendak menamatkan perkhidmatan percuma tu tapi dibantah oleh penduduk kampung sebab bukan semua signal telefon sampai ke sini, bukan semua juga ada handphone dan yang paling penting yang tinggal ramai dah tua, keypad pun dah tak berapa nampak. Cara perhubungan sebegini adalah dengan meminta wakil menghububgi stesen radio kemudian sampaikanlah mesej tu...mak sakit ke, nak buat kenduri ke..nak jemput orang kampung sinun ke sini ke ... dan mereka akan mendapatkan sesiapa yang boleh berbahasa Melayu atau bahasa lain mengikut daerah contohnya Mukah berbahasa Melanau, Sibu bahasa Iban, Kuching Melanau/Bidayuh. Di kampung wireless disebut willies, jadilah asalkan faham. Macam warga emas kek kampung den lah tu important disebut motan, yang motan buek dulu.... hahahaa... Public telephone di sini menggunakan solar power.

Kalau kita perhatikan, tiang di rumah Nyuka ini berbentuk persegi bermakna ia telah dibina setelah kedatangan pedagang Cina. Rumah yang dibina lebih awal bertiang bulat. Di rumah panjang lain tengkorak seperti dalam gambar dah tak ada, dah dikuburkan tapi penghuni di sini masih meneruskan tradisi tu sebagai kenangan dan ingatan kepada kekuatan dan kegagahan leluhur mereka. Ada juga tukang pancung yang masih hidup tapi di rumah panjang daerah lain.




Bangan hiasan di dalam salah sebuah rumah. Anyaman tu hasil seni tangan sendiri.

Hanya sekolah rendah terdapat di kawasan ini. Bila anak-anak mereka naik sekolah menengah terpaksalah di hantar ke bandar dan tinggal di asrama. Mesti rindu kan? Macam aku lah. That's why sistem merit tidak boleh digunakan sepenuhnya, tak adil. Ada rakyat yang mendapat semua kemudahan tetapi ada pula yang ketinggalan dalam banyak hal TAPI... sampai ke universiti anak deme nih. Teruslah anak aku kena ceramah balik tu hahaha... Yang aku fikirkan, mengapa sesetengah sekolah yang kurang murid kat semenanjung ni tak buat macam tu? Kekadang dalam 1 sekolah ada 2 orang murid dan 3 cikgu, tak ke mambazir? Penduduk di pedalaman dan orang asli boleh je berkorban. Sebab politikkah?

Orang kampung kebanyakannya mengusahakan lada hitam tetapi ada juga yang menanam getah. Kerajaan negeri tak memaksa mereka fokus kepada satu jenis tanaman saja sebab getah hasilnya boleh dapat setiap hari walaupun harganya berubah tapi lada hitam yang bernilai tinggi ini hanya dituai setahun sekali. Korang nak tahu satu tan lada hitam berharga rm22,500, lada putih rm32,000 dan creamy rm40,000 phewww... duduk dalam hutan pun boleh beli Storm. Lada putih lebih mahal kerana prosesnya lebih lama. Merendam aje dan ambil masa 2 minggu kemudian dicuci dan dan dibuang kulit. Daun lada boleh digunakan untuk memberhentikan pendarahan. Duduk kampung semua original tak payah pergi farmasi.

Di sini ada juga program homestay yang telah dimulakan semenjak tahun 2010. Semua urusan booking homestay rumah panjang di Sarawak adalah melalui Sarawak Tourism Board atau melalui anak menantu mereka di bandar. Try lah duduk sini pulak kan, inap desa di tempat kita is too mainstream. Aktiviti di homestay seperti jungle trekking, mandi air terjun, persembahan tarian ngajat dan ikut mak pak angkat ke ladang! Tu yang rare. Untuk yang muslim kena bawa bahan mentah sendiri dan ada tempat memasak khas di sebelah rumah panjang ni yang biasa digunakan oleh jabatan kerajaan seperti KEMAS. Janganlah risau sangat bab tu.

Korset tembaga yang berat. Sangat halus buatannya. Gerenti kurus kalau pakai ni sebab ia tak memeri so kalau ko makan banyak harusss semput dan mesti rasa sakit. Lagi satu secara psikologinya kalau tak nak rasa terseksa dengan korset ni lebih baik cepat cepat kuruskan badan.

Di kampung pendalaman sebegini kebiasaanya mereka menggunakan parabola. Apa barang piring astro, parabola ni boleh tengok sampai tv Macau.

Sempat jugalah aku turun ke sungai di depan rumah panjang ni. Damai je berada di kampung, air sungai pun mengalir tenang. Di Sibu ikan yang paling mahal dan sedap ialah ikan emparau yang banyak terdapat di bahagian ulu sungai Batang Balai, Raja dan Pelagus. Harganya? RM900 sekilo!


Baliklah nak ooiii... mak rindu ni...

Aku balik dari trip Sibu ni dah pandai cakap Kenyah, akek telok ikok maknanya .................................... i love you hahhaha.... itupun jenuh menghafal, tak melokek di ingatan.

Post a Comment

2 Comments

  1. Pernah bertugas di Sarawak. Agak terkilan tidak berpeluang untuk melawat rumah panjang disana.

    ReplyDelete
  2. kena pg in group baru best. kalu sensorang takut mati kutu

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.