Moh berehat sat di Hotel Casuarina @ Meru



Den ado kampung dokek, chek ada kampung jauh juga. Kampung chek di utara nun kalau drive dari Seremban ni ambil masa 7 jam termasuk dua kali break. Kalau malam driver je lah yang berehat sebab kami semua dok ternganga zzZZZZzzzzZZZZz hahahh....

Ada masanya kami terpaksa balik di siang hari contohnya hari raya. Bila time beraya kek kampung den hari raya kedua kami pun bergerak pulak pulang ke Kedah pada pagi hari raya kedua. Drive di siang hari ko paham paham je lah kan kalau bawak budak. Driver yang cool all year round pun tangannnya boleh merayau ke belakang nak mencubit hahahha.... kenangan manis tu bila kami dah tua nanti.... but for the time being memang stress menghadapinya.

Hari tu aku berpeluang merehatkan badan di Casuarina Hotel @ Meru. Alaaa hotel yang boleh nampak dari tepi highway tu.... bussiness hotel yang terbaru dengan 150 buah bilik dan suites. Bulan Julai nanti akan ada tujuh jenis bilik haa cemuih nak pilih. Jangan confuse dengan Hotel Impiana, itu hotel lama kat bandar nun. Casuarina@Meru ni hotel baru milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.



Lokasinya sangat strategik sampaikan kita boleh nampak highway dah clear ke belum sebelum berangkat, pasaraya Mydin Meru Jaya dan McD pun dekat. Untuk yang tak boleh berjauhan dengan teh tarik mamak pun boleh berjalan kaki aje. Andaikata ingin mengubah haluan Terminal Bas Amanjaya pun dekat juga. Meru Jaya ni kawasan baru definitely in 5 years time akan BOOM sampaikan harga properties di sini melambung tinggi. Maklumlah tepi highway.

Sesampai je kita kat sini depa bagi welcome drink "Ipoh white coffee". Hotel lain tak buat kan?

Dengan mengadaptasi konsep kontemporari, kesemua bilik agak luas dan dilengkapkan dengan peralatan moden. Aku suka warna permaidaninya, terang dan bersemangat. Dengan reputasi warm hospitality, anda pasti berpuas hati berehat di hotel ini.

 Ini bilik kami.... tambah 1 extra mattress pun masih selesa untuk anak kecik berlari

 Suite yang ada balkoni


Breakfast pulak ada wide varieties. Don't miss Ipoh Famous Curry Mee and Mee Kicap. Buffet lunch berubah setiap hari dengan tema tertentu seperti Taj Mahal (makanan India Utara) untuk hari Isnin, Great Wall of China (makanan China) untuk Selasa, Banana Leaf (curry house cuisine) pada hari Rabu, Selera Kampung pada hari Khamis, Pisa Ala Mamia (Italian Cuisine) untuk Jumaat, Saturday speciality- sizzling, bbq & steamboat and Around The World on Sunday. Gah betul bunyinya kan? tapi harganya sangat berpatutan cuma RM25 for lunch and RM30 for dinner. Buffet 'tunch' (tea+lunch) pun ada pada setiap Sabtu, Ahad dan cuti umum.


Para chef dengan air tangan mereka

Untuk business discussion boleh dibuat di Patiseries sambil minum teh tarik dan mengunyah the famous Cucur Udang.

Kepada yang suka 'lepakking' boleh naik ke Executive Club di tingkat 2. WOWWWW.... best kat sini weh ada ruang terbuka. Dibuka bermula dari 8.30 hingga 12 tengah malam dengan persembahan 2 pieces live band tanpa hidangan minuman beralkohol di sini. Hari Ahad je tutup club ni. Haaa kat sini boleh buat product launching or gathering. Kalau nak buat small wedding ceremony pun boleh kot. Buat macam omputeh tu...jemput 25 orang je... bukan macam kita sampai 2500 orang! fuhhh berpeluh mencari duit.



Yang syoknya sekarang ada promosi untuk day use, 4 hours RM99. Elok sangatlah tu kalau ada kenduri kahwin biar pengantin make-up kat sini, takde siapa nak kacau. Ada juga pit stop room promotion yang dicaj mengikut jam penggunaan. Untuk promosi lain hang pi check website depa la no.

Tapi hat ni nak bagi tau jugaklah, promosi ramadhan 2 berbuka + 2 sahur hanya RM250 sahaja! phewww.... Untuk buffet ramadhan yang terbesar dan dikatakan terbaik di Ipoh siap dengan roasted lamb harganya cume RM49 sekepala. Bolehlah belanja mak ayah sekali sekala berbuka puasa di hotel.

Casuarina@Meru juga ada dewan yang terbesar di Perak yang boleh memuatkan sehingga 1800 orang dalam satu satu masa. Wedding package pula bermula dari RM55 sekepala


For further information you may contact Sales & Markeing Department:

Nor Shuhaila - Senior Sales & Marketing Manager 019-5511668
Yvonne Phoo - Marketing & Communication Manager 012-5069990

Website : www.casuarinahotels.com.my
E-mail : info@casuarinahotels.com.my
Telephone : 05-529 9999






 

Post a Comment

0 Comments