Bertemu madu di Homestay Mengkuang Titi



Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 banyak pihak yang mahu bersama-sama mengembeleng tenaga untuk mempromosi Malaysia di mata dunia. Dengan kejayaan kempen Visit Malaysia yang dijalankan sebelum ini VMY2014 diperhebatkan lagi untuk mencapai sasaran pendapatan daripada industri pelancongan sebanyak RM168 bilion menjelang tahun 2020.

Program Jom Jelajah Koperasi yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah membawa kami kepada 6 buah koperasi di Pulau Pinang yang mempunyai keunikan tersendiri. Setakat Disember 2013 sebanyak 53 koperasi terlibat secara lansung dalam aktiviti pelancongan dan nilai perolehan kontrak sektor pelancongan koperasi secara kasarnya mampu mencapai RM30.4 bilion pada tahun 2020 jika diuruskan secara professional.

Tujuan utama program ini dah tentulah bertujuan untuk memperkenalkan produk eko dan agro pelancongan serta mempromosikan industri kecil dan sederhana yang terdapat di homestay. Ni chek nak bagaitau hangpa, konsep homestay ni sebenaqnya kita tinggai bersama dengan tuan rumah dan kita buat aktiviti yang ada di kampung seperti menoreh getah ka.... mengangkap ikan ka... dengan bayaran tertentu. Kebanyakan yang diiklankan sekarang ni adalah rumah sewa a.k.a chalet, kita sewa rumah kosong ja. Yang itu dah tentu tak dapat lesen homestay daripada pejabat pelancongan negeri masing-masing.

Tempat pertama yang kami tujui adalah Koperasi Pandai Besi Pekan Darat. Bangunan asal perusahaan besi ini telah digunakan semenjak tahun 1841 lagi maknanya dah berusia 173 tahun. Osah lamo eh dah tu. Produk seperti pisau dan parang ini diteruskan dengan bantuan kerajaan untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Walaupun mesin digunakan tetapi cara pembuatan tradisional masih dipertahankan.

Bahan-bahan untuk membuat hasilan besi seperti pisau, keris, gergaji didapati daripada pembekal tempatan. Kat sini barulah aku tau cara pembuatan pisau...ingatkan sekeping besi digodam, rupa-rupanya untuk mata pisau digunakan besi spring. Pernah tak dengar orang kata kalau pisau dah digunakan untuk memotong bawang matanya akan tumpul? Kenapa? Aku dapat jawapan dahhhh....asid dalam bawang boleh melembutkan besi. Hebat ko bawang.

Produk yang belum siap ini akan dibakar menggunakan blower. Api pula kena stabil supaya besi tak terlalu cepat lembut. Keris biasanya dibentuk menjadi 3, 5, 7, 11, 13, 15 atau 17 luk mengikut tempahan pelanggan. Hang tau dak luk tu apa?...aku pun baru tau jaaa.... yang bengkok beralun tu. Keris 3 luk dipanggil keris pembunuh. Sebab nombor ganjil dipilih? Dah resipinya begitu. Jika penggodam digunakan hanya 60 bilah dapat dihasilkan sehari tapi kalau guna forger hasilnya naik sekali ganda.



 Besi perlu diketuk dengan pantas secara bergilir-gilir

Selain daripada itu, SMK Permatang Tok Jaya juga ada mengeluarkan produknya sendiri iaitu sangkar burung yang dihasilkan olek para pelajar pendidikan khas. Dengan menggunakan pisau raut yang diperbuat daripada gergaji, proses membentuk rotan sahaja mengambil masa tiga minggu. Itulah kemampuan para pelajar pendidikan khas. Anak-anak kelainan upaya ni kemampuan berfikir dan bertindak mereka agak lambat.


Untuk melihat usaha anak-anak ini bolehlah cari di youtube : proses pembuatan bird cage. Kejayaan mereka ni di atas usaha gigih pengetua lama yang mahukan anak-anak ini mempunyai kemahiran supaya mereka mampu berdikari suatu masa nanti.

Next, we were brought to Homestay Mengkuang Titi. Meriah kami disambut orang kampung uolllsss


Selepas acara sambutan dan penyerahan anak/keluarga angkat kami bersukaneka pulak


Di sebelah malamnya ada persembahan boria Pulau Pinang, gendang tradisi dan tarian. Part menari yang paling kelakar hadoiiii... yang menari macam kuak dada, freestyle pun ado hahahahhaa.... Mat saleh tu anak beranak dari Australia sangat sporting. Depa ni dah stay di pulau 6 hari kemudian saja nak try duduk homestay untuk belajar budaya masyarakat kita sebelum sambung melancong ke KL pulak. Gigih makan dengan tangan sambil bersila.

Di Pulau Pinang sahaja ada 10 kampung yang menjalankan program homestay di bawah pemantauan SKM, tujuh buah di tanah besar dan tiga di pulau. Di Mengkuang Titi sahaja ada 29 buah rumah yang terlibat dan berlesen. Kalau berlesen tu maknanya pengusaha homestay ni telah menjalani kursus tertentu dan syarat kelayakannya pula diantaranya rumah tersebut akan dinilai kebersihan bilik tidur, tandas dan persekitaran selain hubungan kekeluargaan pegusaha tersebut.

Selesa betullah stay kat rumah Pakcik Zakaria dan Makcik Kamariah ni...bilik kami ni walaupun tak berapa besar tapi ada air cond, bilik airnya siap mesin basuh.

Buat masa ini SKM sedang berkoloborasi dengan Uitm Pulau Pinang untuk menggredkan inap desa ini mengikut bintang **. Kalau berminat nak menginap di homestay Mengkuang Titi, Seberang Perai Tengah boleh berhubung dengan Encik Rohaizat Osman 019-4127095.

Kami juga ditunjukkan proses membuat bedak sejuk. Aku takdelah membeli sebab tak rajin memakai tapi kalau mak mertua chek ni mesti suka punya. Di kampung ni juga ada perusahaan membuat dodol dan maruku. Packaging cantik, dijual di pasaraya kot.

Inilah maduku huhuhuuu.... madu kelulut. Ini baru fresh dari ladang

Lebah yang menghasilkan madu kelulut ni biasanya aktif dalam pukul 11 pagi tapi kalau hujan dia malas sikit. Kita pun kalau hujan mulalah nak tarik selimut semula kan? Time hujanlah sedap tidur. Rasa madu bergantung kepada apa bunga yang dihisap dan lebah ni banyak madunya kalau satu satu pokok tu berbunga lebat.

Batang kayu yang dipilih untuk projek ini sememangnya dah ada laluan lebah macam gambar di atas. Kayu tu ada tiga lapisan iaitu madu-anak-perkampungan. Yang kembang berkulit keras tu dipanggil propolis yang banyak digunakan dalam penghasilan kosmetik dan sabun. Pollen pula adalah makanan permaisuri lebah dan dijadikan supplement. Sedap madu fresh yang ini, kalau 'madu' fresh yang itu belum tentu lagi rasanya.

Semasa musim bunga atau buah cuma seminggu diperlukan untuk menuai madu tapi kalau musim kemarau sebulan pun belum tentu penuh lagi. Proses menyedut menggunakan mesin hanya memerlukan 5 minit untuk satu sarang. Korang buatkah program homestay kat sini, syok weh hisap madu terus dari sarangnya.

Sekilogram madu berharga sekitar RM120. Banyak pendapatan koperasi banyaklah juga pendapatan penduduk.



Kemudian kami ke Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad untuk melawat pasar karat Rope Walk.
Mangga pintu antik. Ada cara nak membukanya, kalau tak tahu maka akan terkurunglah ko dalam rumah

Tongkat ali... wallaweh bapak besau!


Aku memang suka melihat barangan vintage nih terutama kamera tapi tak beli apa-apa pun kat sini. Elok datang pepagi sebab pukul 3 nak tutup dah.

Selepas ni kami ke tempat lain pulak. Nanti chek ceghita noooo

Post a Comment

0 Comments