Berlawan Bantal di Homestay Sungai Chenaam



Bercuti di homestay seronok juga kalau ada banyak aktiviti yang menarik dan diluar kebiasaan. Kali ni kami dibawa ke inap desa Kampung Sungai Chenaam yang diusahakan oleh Koperasi Homestay Sungai Chenaam Nibong Tebal Berhad. Eh, kampung kawan sekelas aku dulu nih...  nak call tapi tetiba teringat dia pernah kata, "dah takde orang kat kampung, mak ayah aku ada kat belakang masjid". Sungguh la ko berkias kan Syem.

Kampung ini mendapat nama selepas seorang anak nelayan yang masih kecil mengadu kat paknya, "pak, chek nak am (pak, saya nak makan)". Si ayah ni pun dek tak sampai hati membiarkan perut anaknya kosong turunlah ke laut dalam hujan tengkujuh tu.... hikssss. Kawasan perkampungan ni lebih kurang macam felda juga tapi rumahnya agak besar dan nampak kukuh daripada rumah asal felda. Harus kubilang rumah asal sebab kalau hang pi felda la ni huiiii payah amek nak jumpo rumah kayu, banglo batu semuo! Kawan yang dari luar negara bagi komen, katanya kat negara dia ada juga program homestay tapi rumah mereka taklah seteratur dan sebesar yang di sini seperti yang dibuat koperasi kita di sini. Dulu kerajaan Pulau Pinang telah memberikan para peserta kampung ni seorang 8000 kaki tanah untuk dibuat penempatan perggghhh untunglah.... Sekarang rumah generasi kedua aje dah mencecah 70 buah. Tu belum lagi ditambah dengan 100 buah rumah pprt. Memang besar sungguhlah kampung ni.

Kami berenam menjadi anak angkat pakcik Said dan makcik Jamiah. Duduk banglo 5 bilik yang dengan 2 daripadanya siap air-cond. Buat kali ketiganya aku seperaduan dengan Emily, si amoi cantik. Punyalah besar rumah, jenuh cat walk nak sampai ke dapur.




 Bilik hat ni ada bilik ayaq sekali


Kami dibawa ke paya bakau yang ditanam oleh volunteers. Alamak! rasa rendah diri pulak tak menyumbang apa-apa kepada negaraku yang tercinta ini. Ramai betul orang yang terlibat dengan kerja sukarela and i think i should start from now tapi kena difikirkan yang mana satu sesuai dengan jiwa. Macam mana nak tahu ye? err... google.

Sebenarnya ada 50 spesis bakau yang ditanam untuk mengelakkan hakisan tanah/laut. Selain itu ia juga berfungsi sebagai tempat pembiakan hasil laut seperti ikan, kerang, udang dan lain-lain disebabkan oleh plankton yang banyak di situ. Hasil laut tu pulak akan menjadi makanan kita atau hidupan laut yang lain. Selain itu daun tu semua akan menghasilkan oksigen yang sangaaaatttt kita perlukan.



Untuk ekosistem yang baik lebih kurang 10-12 jenis pokok bakau ditanam di sini untuk mengukuhkan tanah. Pokok api-api sahaja ada empat jenis. Korang tahu tak yang buah api-api boleh menggantikan kacang? haaa...chek pun baru ja tau.

Batang pokok api-api selain dijadikan kayu api boleh juga diproses untuk menghasilkan kertas berkualiti tinggi. Kayu yang berusia melebihi 30 tahun pula dieksport untuk dijadikan ubat untuk kecantikan. Negara manalah yang mengimport tu ek? Entah entah kita eksport kayu ke sana, depa proses dan pengusaha kosmetik kat Malaysia ni beli bahan tu semula. Macam cerita air mentah yang dijual ke Singapura tu lah.

Yang bagusnya juga bila ada banyak buah api-api ia kan menjadi makanan monyet so takdelah depa kacau tanaman di kampung because food are aplenty. Diantara fungsi lain hasilan bakau ni ialah buah berus yang boleh dibuah bubur caca manakala daunnya boleh mengubati kulit yang terbakar.

Pokok bakau bebuta beracun tetapi akarnya yang telah ditumbuk boleh dibuat ubat untuk menyembuhkan sakit sendi atau gusi. Buah pokok jeruju pula dapat meningkatkan blood circulation dan menyembuhkan bisul.


Disebelah malamnya ada acara perasmian. Yang paling seronok dah tentulah budak-budak ni...mak bagi keluar malam you, mestilah seronok!

Paling best acara berlawan bantal dokek tengair ni hah. Sayangnya tak ramai yang join sebab tak pandai berenang. Boleh tahan dalam untuk orang yang tingginya 152cm hahahhh... tak berani den. Nampak macam senang tapi bila kaki tak mencecah tanah, tak boleh nak support badan susah jugak ooiii. Lebih lebih lagi bila bantal dah basah, dengan beratnya lenguh tangan nak melibas musuh.

Betapa cantiknya pemandangan



amekkawwww !!

Kemudian diadakan acara menangkap itik hahahaha...lintang pukang itik tu berenang. Handal betullah diorang ni.

Uolls kalau datang dalam group yang melebihi 15 orang bolehlah request untuk program macam ni. Best wehhhh ...

Post a Comment

0 Comments