Terengganu International Squid Jigging Festival 2014



 Assalamualaikum uollsss…


Sorry la lambat update fasal mencandat sotong nih… 3 weeks stretch takde kat rumah. Masa drafting ni pun dalam flight ke Sibu… mata tak mau lelap dah walaupun tidur 2 jam je semalam. Aku ni old fashion sket selalunya kena tunggu balik rumah baru boleh update  blog sebab norkiah 3310 aku tak boleh support. Bila semua dah siap blog aku pulak expired without notice...macam macam hal...sakit jiwo den.
Kami sampai pukul 7 pagi di Kuala Terengganu tapi hari Jumaat Terengganu cuti, tak banyak kedai yang buka so sementara menunggu petang dok mengadap tv je kerja aku. Something that I don’t do often. Aku dan beberapa delegasi lain ditempatkan di Felda Residence. Bertuahnya kali ni dapat duduk seorang sebilik… dapat pulak executive suite siap wifi sampai bilik, terbaik dow… Petang tu sempatlah meronda sekejap keluar masuk kedai jual tudung dan shoot kat Chinatown. Masih banyak tingkap dan pintu yang mengekalkan elemen asalnya. Terdapat juga sebuah tokong cina di sini. Dah namo ea kampong cino mestilah ado yo tak? Kalau kat Semarang lagilah pulak setiap hujung jalan ada tokong di chinatown disana.


Trip kali ni memang sangat istimewa, packed schedule siang malam, berhantar berjemput, escorted dan terjaga makan minum. Sampaikan tak sempat lansung nak buat air dalam bilik. Kira percutian (sambil bekerja) mak datin gituh. Banyak tempat yang kami lawati seperti Tasik Kenyir, Pulau Redang, pusat penternakan ikan, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan lain-lain. Selain daripada itu aku dapat berkenalan dengan tv host/producer, online/offline magazine editors, journalists, photographers, videographers, other bloggers.... the best in their industries. Such an awesome trip!
Tapikan.. aku rasa macam aku ni kecikkkkk sangat bila berhadapan dengan orang-orang hebat tu.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Tourism Terengganu dan Gaya Travel. Next time panggil lagi ye!
Musim bunga di seluruh Malaysia masa ni. Mana-mana kawasan yang banyak ditanam pokok ni yang entahapakenamanya... pasti menghasilkan pemandangan yang cantik seperti di luar negara.

 Sunset di belakang pekan Cina. Memalam lampu bergemerlapan di pokok-pokok tu

Melalui coastal road sangat mendamaikan. Orang-orang kampung sini kalau dipindahkan ke KL mesti stress kan? Nampak bangunan jer

Pemandangan di perkampungan nelayan di Gong Batu, Setiu


Takde sebab tak nak solat ya. Gambar ini diambil di Jeti Riyaz Heritage Marina Resort & Spa. Masa gambar ni diambil ada dua orang lagi nelayang yang solat di atas bumbung bot. Semoga Allah merahmatinya dan diberikan rezeki halal yang melimpah ruah.


Beburung yang gigih mencari rezeki. Asyik sungguh melihat burung ni menjunam turun menangkap ikan.


Bersemangat kitorang uollssss macam nak pergi perang....ada yang pertama kali nak mencandat. Masa bot bergerak takde masalah tapi bila bot dimatikan enjin time teroleng-oleng tu haaa....baru tau ko kuat ke tidak. First time mencandat aku okay lagi, kena yang kedua 5 kali teruwek uwekkk. Ada yang sangat teruk sea sickness sampai terpaksa diselamatkan dengan bot polis. Untunglah korang dapat naik bot canggih tu... 


Kami mencandat sotong di dua tempat. Yang pertama di sekitar Pulau Chepu, Setiu dan yang kedua di sekitar Pulau Kapas, Marang. The second one sangat mencabar okeh! Kita semua digalakkan mencandat sebab selepas sotong-sotong ni bertelur mereka akan mati. Daripada sotong tu mati sia-sia adalah lebih molek dia mati dalam kuali kita. Korang share sewa bot kat sana, bulan 3 4 5 tengah banyak tu. Aku sempatlah berkempen mencandat kepada tetamu yang stay di Felda Residence dan dia memang kaki pancing. Katanya dia akan mencandat lepas kursus nanti sebab ada 3 hari free. Hah! Tak sia-sia kan jemput aku? Terus kempen dalam lif.


Kami  dilepaskan dari Jeti Fikri, Setiu. Seramai lima peserta diletakkan di dalam sesebuah bot bersama seorang marshall, tekong dan 2 orang awak-awak. Marshall akan merekodkan jenis sotong yang kita dapat sama ada sotong jarum/katak/ketupat, berapa ekor, masa sotong pertama dinaikkan, siapa yang pertama kali mabuk laut hahahaaa… tak sangka ada hadiah untuk ini…. Sotong akan dimasukkan ke dalam plastik yang berasingan untuk pengiraan dan ditimbang bila sampai di jeti nanti. Dalam banyak-banyak bot ada sebuah yang besar. Yang itu VIP yang naik. Haaaa….bot tu milik bapa kepada seorang pemain bola. Tak dapek amik gambar dengan footballer tu bergambar dengan bot bapak dia pun jadilah.


Dalam bot aku ni awal-awal lagi sorang dah rebah. Sepanjang perjalanan dia baring je. Patutlah masa ajak amik gambar moyok je muka dia. Hey masa tu kami belum bergerak lagi tau. Masa kat tengah laut tu tekong bot kabor ke dia, “malu ke oghe tino” kikikiii…


Bila sampai ke tempat mencandat, kedalaman laut sekitar 17 meter, kita kena turunkan kail hingga ke dasar laut kemudian ditarik lepas tarik lepas. Kalau rasa bergetar baru tarik tali sampai habis. Aku takde sekalipun merasa getaran tu. Hampa. Sambil mencandat aku bertanya kat marshall, “ni kalu nak kecing beghok guane ni bang?” Dia boleh gelak je adoiiii…suspen tau! Perkara inilah yang paling aku risaukan sebab bot yang kami naik ni takde toilet. Dahlah aku sorang je pompuan dalam bot ni. Pada hari mencandat memang aku control food intake as a precautionary measure. Risau beb.


Sebelum naik bot bukan main bersemangat lagi aku sebab hadiah utamanya sangat lumayan. Selain tu ada jugak hadiah untuk video terbaik untuk program ni sampaikan beriya-iya bagi tau tekong kami nak menang 10 ribu! Yo yo ooooo jolah kan? Kena setengah jam teroleng-oleng di laut terus mengaku kalah. Kalau dapat seekor pun jadilah…. dah gitu pulak. Gambar hasil mencandat kengkawan pun takde sebab dok melayan diri sendiri yang pening.


Di awal perlayaran aku aktif berjalan ke depan ke belakang, makan, bersembang, lepas tu duduk kat tepi bot then ke tempat driver, lepas turun bawah duduk.. berlunjur… akhirnya tersandar. Tak dayo acik. Lemah badan oooiiiii… mencandat sambil tersandar aje, sat jaga sat lelap. Tak boleh memandang ke bot weh pening! Akhirnya masa bot berpusing balik termuntah jua hukhuk… kalah akhirnya.


Selepas kira-kira dua jam mencandat (kali pertama) kami dibawa makan malam di pantai peranginan Rhu 10, Setiu., diiringi persembahan kebudayaan dikir barat, muzik tradisional dan “Sound of Setiu”. Beriya-iya mat dan mek saleh menari koooo. Aku tak menari cuma selfie bersama MB.

Majlis makan malam selepas aktiviti mencandat yang kedua diadakan di Riyaz Heritage Marina Resort & Spa, a five star resort tempat peserta Monsoon Cup menginap. Makanan di sini lagi super sedap termasuklah sotong yang baru dinaikkan, manis rasanya. Sotong ni masa hidup badannya transparent, bila dah tinggal nyawa nyawa sotong dalam tangan kita bintik-bintik merah tu baru muncul. Haiyoooo korang kena experince sendirilah. Sungguh ajaib ciptaan tuhan.

Bila MB round dari meja ke meja aku tetap mengambil kesempatan untuk ber-selfie bersama MB wakakaa....takdo kojo lain. Gambar berdua tak boleh tunjuk, nanti jadi bahan fitnah pilihanraya pulak almaklum zaman ni jari lebih laju dari otak. Pelan pelan kayuh, memula bergambar dengan MB lepas tu baru Obama.


Kalau tak silap waktu yang paling sesuai untuk mencandat ialah pada 13 hingga 18 bulan hijrah setiap bulan bermula Mac hingga Julai. Masa ni lah pihak-pihak yang terlibat dengan pelancongan termasuk orang kampung mendapat rezeki lebih melalui penyewaan bilik, homesay, resort, bot, penyediaan makanan dan sebagainya.Pasar Payang pun penuh time ni.

Kali ini program mencandat sotong ni dilakukan dengan agresif dengan penyertaan lebih daripada 20 negara termasuk Malaysia. Usaha gigih ini membantu memudahkan pemancing luar yang ingin merasai tarikan sotong di Terengganu selain mempromosi produk pelancongan lain yang BANYAK di Terengganu. Syabas Tourism Terengganu!

Post a Comment

2 Comments

  1. kak nak tip supaya tidak mabuk laut dan muntah

    ReplyDelete
  2. Orang kata kita jangan duduk setempat, keep moving. But don't worry the organizer will supply pil tahan muntah nanti.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.