Lawatan ke Tasik Kenyir adalah satu bonus super best! Dah
lama sangat nak ke sini tapi ada-ada saja halangan. Al maklum akak bukan
driver…. Jadi susah la sikit nak buat keputusan. Kalau yang naik kapatobang
sonanglah, suruh dia amik cuti je….yang lain-lain dari booking hotel, flight
tickets, kain baju, itinerary dan segala mak nenek aku yang uruskan. Gila kuasa
gituh.
Kami naik bot di Jeti Utama Pengkalan Gawi. Oppsss
sebelum tu singgah sebentar di pejabat Ketengah menjengah ikan di akuarium.
Pejabat utama Ketengah pulak keseluruhannya diperbuat daripada kayu. Syok la
kerja kat sini, atas bukit udara pun bersih.
Sebenarnya sangat banyak tempat yang menarik di Malaysia
ni, salah satunya Tasik Kenyir iaitu tasik buatan manusia seluas 38 ekar yang
terbesar di Asia Tenggara. Menaiki bot ke pulau-pulau dan resort di sini suatu
pengalaman yang akan diingati sampai bila-bila. Orang asli pun ada kat sini
tapi semua dah berbaju…tak eksotik dah hihihiii.... Selain tinggal resort, kita juga boleh
menyewa boat house di sini.
Tasik kenyir dinamakan sempena Sungai Kenyir iaitu salah satu daripada banyak sungai di Terengganu yang menampung air bila Jenagor Dam dibuka. Kawasan hutan dara berbukit yang terdapat di Tasik Kenyir dikatakan berusia berjuta tahun. Dengan siapnya Sultan Mahmud Hydro-electric power station pada tahun 1985 paras air meningkat menyebabkan gunung dan bukit tenggelam menjadi pulau-pulau kecil. Pernah tengok tak ada satu rancangan tv yang menemuramah bekas orang kampung di situ? Mereka semua dipindahkan ke sebuah kampung tersusun.
Tasik Kenyir adalah syurga bagi pencinta alam yang ingin melihat hidupan air tawar, meredah hutan, mendaki gunung, peminat burung, mengkaji tumbuh-tumbuhan atau sesiapa sahaja yang memerlukan rehat di hujung minggu. Namanya gah dengan air terjun seperti Air Terjun Lasir, Saok dan Tembat, gua misteri, himpunan pulau dan sebagainya.
Kami dibawa ke beberapa buah pulau khas untuk penanaman
sesuatu jenis tumbuhan. Ada 340 pulau di sini tetapi bukan semuanya pokok yang
ditanam dan berpenghuni. Ada banyak batang pokok yang tercacak di tengah tasik
tapi sebenarnya suatu pemandangan yang mengasyikkan. Yang hairannya tu macamana
jurumudi bot boleh ingat laluan tu walau di waktu malam.. Kita ni atas jalan
raya yag ada signboard pun boleh terlajak. Naik bot memang syiok okay…. Lebih
syok bila shoot video letak kamera hampir dengan permukaan air. Bila tengok
balik video tu ermm macam best jerrr….macam cun jerrr…
Taman Tropika
Taman ini letaknya 11km daripaga jeti Pengkalan Gawi. Ia dijadikan tempat untuk eko-pelancongan, kajian dan pembangunan berbagai buahan tropika, buahan liar dan buahan eksotik dan spesis buah-buahan yang hampir pupus.
Sesampai je kat sini kami dijamu dengan Jus Ceri Terengganu. Haaa...kena mai Tganu baru dapat merasa. Ada lagi satu yang special, buah magic. Pegawai tu kata lepas kita makan buah ni makanan masam yang masuk dalam mulut kita akan menjadi manis. Aku try sebijik, tak manis pung! Muka aku je yang manis ahakss!
Taman Herba
Terletak di Pulau Sah Kecil yang cuma 10 minit
boat ride dari jeti PG menghimpunkan lebih daripada 200 jenis herba
tradisional termasuk Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Mas Cotek
dan lain-lain yang mempunyai nilai perubatan. Sayangnya Amerika dah
patenkan Tongkat Ali. Kenapakah kita tak buat dulu?
Taman Orkid
Pokok-pokok orkid ditanam di tiga pulau:
a)
Pulau Belit untuk orkid hybrid
b)
Pulau Hilir Selimbar untuk orkid dari tujuh negara diantaranya Thailand, Laos dan Kemboja
c)
Pulau Hulu Selimbar untuk spesis dari Malaysia
Keseluruhannya terdapat 30,000 jenis tumbuhan di
ketiga-tiga pulau ini. Macam mana diorang kira tu ek?
Nah, untuk peminat orkid.
Lunch kami disediakan oleh Petang Island Resort. Tonggek
pungkok nak sampai atas. Bila dah sampai atas barulah aku nampak ada buggy yang
menjemput kat jeti. Cisssss……!
Harus aku datang sini semula. Eh korang, Festival Kenyir
dari 29 April sampai 29 Mei 2014 nanti. Moh poie !
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.