Aku pernah beritahu tentang minat aku
dengan eco-tourism. Laut, hutan, gunung, kawasan hijau memang sesuai sangatlah
dengan jiwa tapi setakat ni bukit dan gunung setakat di kaki sajalah…tak pernah
naik walau sekerat dengan kaki sendiri. Gunung paling tinggi yang aku pernah
sampai ialah Gunung Mat Cinchang. Itupun naik cable car. Tahu di mana? Takkan
tak tahu kot? Peberet cik kiah mengabih an duit kek situ. Exercise pun malas
takde maknanya nak naik gunung.
Selain gunung yang terkenal Malaysia bumi
bertuah ni ada banyak world class island. Di Terengganu saja yang aku tahu ada
enam; Pulau Redang, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian Besar, Pulau
Tenggol, Pulau Bidong dan Pulau Kapas. Aku percaya ada lagi yang lain…ni sebut
setakat yang popular di kalangan kita je lah. Tu tak termasuk Pulau Duyung,
Pulau Wan Man…hahahah…
Kami dibawa ke Pulau Redang dari jeti
Syahbandar di Kuala Terengganu. Untuk pilihan lain boleh naik di jeti Merang.
Jarak perjalanan sejauh 30km tak terasa sangat disebabkan keterujaan nak ke
Pulau Redang. Syukur….lama dah berangan. Tiket untuk seorang berharga rm100.
Aku dah pernah survey, harga untuk kita pergi sendiri dengan pakej lengkap lebih
kurang je melainkan ko sanggup makan yang kering dan segera bolehlah berjimat
sikit.
Mula-mula kami di bawa snorkelling di Pulau
Pinang berdekatan Pulau Redang. Di sini cuma ada chalet untuk jabatan tertentu
membuat research, mungkin tempat berkursus staf jabatan kerajaan juga kot. Masa
sampai tu ya rabbi….penuh kawasan tu dengan manusia. Mak aiii camano nak
beronang nih? Nasib baik selepas setengah jam pelancong-pelancong tu beredar.
Tak terjejas nampaknya pelancongan Terengganu dengan orang ‘tanah besar’
ittewww. Kawan aku kata, cuba tengok…pergi
pantai pun melawa
:D . Dah duit diorang banyak, tu yang sanggup beratur panjang kat butik
LV di London nun.
Jangan jadikan 'tak tahu berenang' sebagai alasan tak mahu ke pulau...ada je yang sanggup tarik korang nanti
Kalau
berenang di taman laut mana-mana pulau jangan melebihi tanda yang telah
ditetapkan. Jangan asyik sangat snorkelling sampai terlajak keluar, boleh putus
kepala kalau dilanggar bot. Aku ni memula yo yo oooo tak nak pakai life jacket
sebab kununnya tahu berenang sikit sikit tapi bila life
guard kata ada tempat yang sedalam 4-6 meter hohohoooo tak berani acik. Aku ni
tak boleh terapung setempat, tak pandai lagi scalling.
Banyaknya ikan berenang dengan kita…..rasa nak bawak balik. Sayangnya aku takde Go Pro ataupun underwater camera yang lain. Aku berenang
sekali dengan Faris, Joyce, Xuan, Ivan dan seorang lagi tu…siapa ek?
Berkali-kali diorang diorang suruh aku buka life jacket. Oiii ingat aku reti
berenang macam korang ke? Snorkelling set yang kat mulut aku ni pun asyik masuk
air je. Yang kelakarnya masa nak naik atas platform. Gigih budak berdua tu tarik aku naik hahah….kalau kena buasir jangan
salahkan aku ye.
Lepas sejam mandi-manda di sini kami dibawa
ke Laguna Redang Beach Resort untuk menikmati makan tengahari. Cantiknya tempat
ni….. ada orang kata pakej resort ni mahal tapi sebenarnya mereka menawarkan
complete package dengan beberapa kali makan.
Dah bagi gambar begini pun takmo pi Pulau Redang lagi ka?
Kami mandi-manda lagi di sini sampai lebam,
airnya masyallah cantik, jernih dan bersih. Pantai memutih bersih alahai…kena pergi sendiri
baru puas hati. Sementara tu tengoklah dulu gambar-gambar yang aku ambil ni.
2 Comments
jenjalan singgah sini..
ReplyDeletecantiknya air di redang tu..
tak pernah lagi sampai ke redang
Pergilah antara Mac-Oktober memang berbaloi!
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.