Selama ni aku hanya tahu Kuala Gandah je ada gajah,
rupa-rupanya Terengganu pun takmo kalah. Gajah yang ada dalam hutan tu lainlah... Sebagai negeri yang banyak bergantung
kepada pelancongan selain hasil minyak dan gas, kerajaan negeri sentiasa memikirkan
produk baru yang berkaitan dengan eco-tourism.
Pelancongan alam ni lebih panjang hayatnya selagi dijaga
dan dipromosi dengan baik. Tengok
sajalah Sabah dan Sarawak. Mana ada shopping mall yang terlajak besar (eh?).
Mereka tak ada bangunan tertinggi pun….takde akuarium terbesar dan sebagainya tetapi pelancong luar
menggelarkan Sabah sebagai The World’s Theme Park. Tak bangga gitu?
Sebenarnya Kenyir Elephant Village ni belum dibuka kepada umum pada waktu kami melawat. Ini adalah projek kerajaan negeri Terengganu yang dimulakan pada tahun 2012 diatas tanah seluas 256 hektar untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri bertuah ni. Dengarnya
kamilah orang yang pertama dilihat gajah selain daripada jurulatihnya sebelum dibuka kepada umum pada 9hb Mei 2014. Tu yang
anak gajah newborn macam jakun sikit, menonong je langgar orang
hehehh…kelam kabut aku lari takut kena sondol. Sekarang ni ada 7 ekor gajah dan bila siap sepenuhnya nanti akan ada 30 ekor. wuiii banyak tu! Tak payahlah tunggu sampai dah ada 30 ekor baru nak pi sana, sekaranglah time cuti sekolah ni.
Aku rasa chief coach yang train
the biggest mammal on earth ni orang Thailand, anak-anak buah dia orang kita sebab
Thailand ada banyak pengalaman perihal gajah ni. Aku rasa ini satu rahmat sebab
masa di Kanchanaburi hari tu frust jugaklah tak dapat ke tempat pertunjukan
gajah…aku gi solo jek, tempat tu pulak jauh. Nak berani pun biarlah berpada ye
tak?
Group tv dari Chile ni
memang dah biasa dengan binatang. Si Alfredo kata dia ada bela macam-macam
binatang kat rumah dia. Takde sesiapa pun yang argue kemenangan diorang untuk video
terbaik hari tu, hasil kerja professional. Cuba cari
Terengganu International Squid Jingging/mencandat sotong
Terengganu/vmy2014/sjttg di youtube.
Kalau boleh aku tak nak tengok gajah-gajah ni dirantai. Ko
pernah terfikir tak kenapa gajah yang besar di sarkas
atau zoo tak lari walaupun rantai di kaki mereka kecik aje? Sebabnya adalah
kerana fikiran mereka telah dirantai sejak sekian lama. Dari kecik kakinya di
rantai so dia ingat sampai besar bahawa dia tak boleh lari padahal sekali rentap pun boleh putus rantai besi tu.
Macam tulah jugak kita. Jangan biarkan fikiran
‘dirantai’. Nak buat apa-apa pun takut.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.