Cerita Terengganu bersambung lagi.
Kami dibawa menyusuri sungai dan melawat
sangkar ikan di Gong Batu, Setiu. Acara macam ni yang aku suka nih…kena naik
bot. Sebenarnya sangkar ikan dan oyster tu dekat je dengan jeti tapi kami
dibawa makan angin dulu menikmati keindahan alam. Kawasan ini ada banyak beting
pasir yang menimbulkan masalah kepada nelayan terutama yang menggunakan bot
besar. Dengarnya dulu pihak berwajib ada melakukan sesuatu but the problems
reoccur…proses natural kan so susahlah nak selesai.
Ikan yang biasa diternak di sini adalah
dari jenis kerapu dan siakap. Menurut seorang pengusaha ikan-ikan ni tak berbau
lumpur sebab diternak di air yang mengalir. Saiz sangkar pulak biasanya 10x16
kaki. Ikan akan mula dijual bila beratnya 500 gram, paling besar seberat 12kg.
Selain untuk pasaran tempatan ikan-ikan ini juga dihantar ke restoran di negeri
lain. Dalam setahun mereka mampu menjual sebanyak 15 tan ikan.
Ikan akan diasingkan mengikut umur, kalau
tak mati la deh kono mamam dengan bapak ikan. Jumlah ikan di dalam sangkar pula
mengikut keluasan sangkar. Ada yang 400 hingga 700 ekor, ada juga yang
meletakkan sehingga 1000 ekor ikan. Tempoh matangnya 6-8 bulan. Ikan yang
berumur 3 tahun biasanya mempunyai berat antara 5-6 kg. Ikan diberi makan
kepala ikan yang dah diproses sebab harga palet sangat mahal. Dua kilogram
palet sekarang berharga RM95. Kalau depa bagi palet jugak harga ikan-ikan ni
pasti melambung tinggi. Kalau nasib tak baik tak boleh dijual lansung.
Hari makin meninggi perut pun mula
berbunyi. Panas dik nonnnn tekak pun haus. Kami dibawa ke Terrapuri Heritage
Village di Pantai Kuala Baru untuk makan tengahari. Sebelum tu kami diberi
peluang melepaskan anak tuntung (terrapin). Seorang diberi seekor untuk
dilepaskan ke habitat asalnya tapi ada budak jantan ni takmo pegang, geli kot
padahal macam anak penyu je, jadi dapatlah aku melepaskan beberapa ekor. Puas
hati mokcik.
Nak makaaaannnnn....! Hidangan seafood
memang mewah, lokan lala udang… fuhhh! Di disini jugalah buat pertama kalinya
aku makan tiram. Yang buat aku tak nak mencuba selama ni sebab tengok sitcom Mr
Bean. Ko ingat tak scene yang dia makan banyak di hotel tu? Hahaa…tu lah
puncanya, macam tak sedap jerrr. Di dalam filem-filem yang lain pun aku tengok
orang tak kunyah pun terus telan. Yang ini pun macam tak sedap jerrr. Thanks a
lot kepada tour guide kami Nor yang bersungguh-sungguh memujuk aku mencuba.
Laaaa…rugilah aku selama ni. Macam lala je rasanya cuma saiznya besar. Kena
pulak sosnya yang sedap pergghhhhh… Tu lahkan bila otak kita ni bila diset
dengan pemikiran yang negative sendiri jugak yang rugi.
Dengan delegasi yang seramai lebih kurang
250 orang dan ketamakan sesetengah manusia mengambil makanan terlalu banyak
tapi DIBUANG begitu sahaja jadi adalah yang tak dapat lauk yang sedap-sedap.
Orang yang suka membazir makanan ni elok dihantar ke Sudan je baru dia tahu
nilai sebutir nasi. Ambil punyalah banyak macamkan nak kenyang sampai esok pagi
tapi makannya ciput (sesi lepas geram!).
Semasa makan ini juga diadakan demontrasi
permainan gasing terbang. Permainan tradisional yang sangat menarik yang
biasanya dimainkan oleh nelayan diwaktu senggang mereka. Sesungguhnya umat
melayu ini sangat berseni… gasing hand made ini boleh berpusing hingga 2 jam!
Kalau ia boleh berpusing sebegitu lama maknanya proses pembuatannya sangatlah
teliti dan mengambil kira semua aspek seperti panjang, tinggi, ketebalan, jenis
kayu….totally different dengan gasing made in china yang anak kita beli kat
kedai runcit tu. Paling terrer dalam show ni adalah orang yang menyambut gasing
tu.
Selepas makan ada pulak demontrasi Pukat
Tarik di tepi pantai tapi aku tak sempat tengok sebab pi solat jap. Surau takde
so kami dibenarkan naik mana-mana ‘rumah’ yang kosong. Terrapuri Heritage
Village berkonsepkan rumah lama tapi bilik airnya moden dan tingkap terbuka
luas. Tak jadi I nak tinggalkan kenangan di sini, jenuh pulak nak menutup
tingkap hahah...cuak akak.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.