Berjumpa lagi!
Naik tangga, meniti titi, melalui denai dan batuan baru sampai. Biasalah tu kan, barang baik memang mencabar nak dapatkannya.
Butterfly di sini sangat visitor friendly. Banyak dan
cantik! Rasa bertuahnya dan bersyukur sangat
diberi nikmat melihat alam yang
indah ni.
Kalau korang dah sampai Tasik Kenyir tapi tak ke sini amatlah rugi. Kepuasan maksima apabila dapat berenang bersama dengan ikan dan menangkapnya tanpa jala. Belungguk dopan mato...osah banyak ea. Paling tidak pun rendam kaki dalam air dan biarkan ikan tu menggigit gigit manja. Alaa...ikan tu takde gigi pun.
Masa dapat itinerary tu kan tak sangka pulak ada kawasan ikan kelah yang banyak di Terengganu ni...ingatkan ka Sabah aje ada. Hohohooo…. Ada kenangan pahit manis di sini. Kelakar pun iye. Hanya orang yang mengalami dan menonton je akan faham hahahhaha…. Nanti chek ceghita nooo
Santuari Kelah ini dibuka dari bulan Mac hingga Oktober setiap tahun dan terletak kira-kira 45 minit perjalanan bot dari jeti Pengkalan Gawi. Kenapa dibuka time tu aje ek? Kena angin monsun jugak ke? Kawasan ini telah digazetkan sebagai kawasan perlindungan dan pembiakan ikan kelah supaya is tidak pupus. Aktiviti memancing apalagi mengebom ikan adalah dilarang keras untuk mengekalkan populasi dan habitat asalnya.
Agak mencabar juga nak sampai ke Sungai Petang yang banyak ikan kelah tu. Actually bukan ikan kelah saja yang ada ikan lain juga ada yang namanya wa pu che tau. Ada dua tempat berkumpulnya ikan-ikan ni tapi malangnya aku cuma ke satu tempat je sebab orang yang mengiring kami tu kata sama je dengan yang di sana, kat sini boleh mandi. Dan aku hingga kini penuh penyesalan percaya cakap orang. Selalunya aku tak mau percaya, aku mesti nak pergi jugak. Motif aku mudah percaya kali ni? Isk…
Agak mencabar juga nak sampai ke Sungai Petang yang banyak ikan kelah tu. Actually bukan ikan kelah saja yang ada ikan lain juga ada yang namanya wa pu che tau. Ada dua tempat berkumpulnya ikan-ikan ni tapi malangnya aku cuma ke satu tempat je sebab orang yang mengiring kami tu kata sama je dengan yang di sana, kat sini boleh mandi. Dan aku hingga kini penuh penyesalan percaya cakap orang. Selalunya aku tak mau percaya, aku mesti nak pergi jugak. Motif aku mudah percaya kali ni? Isk…
Naik tangga, meniti titi, melalui denai dan batuan baru sampai. Biasalah tu kan, barang baik memang mencabar nak dapatkannya.
Nak sampai ke tempat pertama ni pun aku dah terjatuh
sekali. Mujur lutut tak terkena bucu batu, dah sipi sipi dah. Haishh… kalau tak
naya la orang yang kena memapah aku. Aku rasa tak sesuai kalau nak bawa anak
kecil yang berumur 2 atau 3 tahun kecuali ko sanggup nak dukung sepanjang masa. Yang berumur 5 tahun pun
belum tentu nak berjalan sampai tempat ikan tu tapi apa yang akan dilihat
sangatlah berbaloi dengan penat lelah kita tu. Mana-mana resort yang ada di
Tasik Kenyir ni ada menyediakan pakej melihat dan mandi manda dengan ikan
kelah. Air kat sini arghhh….. best giler!!
Kalau korang dah sampai Tasik Kenyir tapi tak ke sini amatlah rugi. Kepuasan maksima apabila dapat berenang bersama dengan ikan dan menangkapnya tanpa jala. Belungguk dopan mato...osah banyak ea. Paling tidak pun rendam kaki dalam air dan biarkan ikan tu menggigit gigit manja. Alaa...ikan tu takde gigi pun.
Pokok karang
wohooooo!!!
Agak mencabar nak ke sini dengan naik tongkangnya…haa ni
yang nak bagi tau tu. Masa balik kami ni pi naik beramai-ramai, tak perasan
overload. Kesian tau bangla tu kena tarik kitorang tapi ko mungkin tak
merasalah naik tongkang special ni sebab lepas ni kena naik jambatan gantung (nampak tak yang sebelah atas which is still under constructions).
Bila sampai di tengah sungai tongkang mula senget sebelah sebab tak balance.
Kami pun comeh la wehhh…gilo kau… dalam air tu. Tapi masa memula aku tak perasan
walaupun rasa kaki basah sebab dok melangut ke atas amik gambar. Kemudian ada yang
menjerit lets move over there! Kami pun pi lah sebelah sana pulak, apalagi?
Sengetlah pulak sebelah situ. Semua orang panik. Sepatutnya sebahagian jelah yang
beralihkan? Berkali-kali kitorang beralih. Aku ni yang tak nak mandi dengan
ikan tadi pun terendam sampai pinggang. Basah spender kitorang weh. Dalam pada
senget tu sebelah tangan memasing angkat ke langit nak selamatkan kamera
hahahh…. Gamaknya memasing fikir biar tuan mati jangan kamera yang mati
kikikiii…. Tapi bangla tu relax je...kelakar kot tengok ada yang menangis hahah...
Peserta yang sedang menunggu giliran di belakang
terpempanlah tak boleh nak buat apa-apa. Nak tolong tak tahu macamana. Terlopong
memasing. Dalam tongkang kami tu ada seorang lifeguard, yang dua lagi dah naik
bersama peserta sebelumnya tapi bila kami menjerit yang berdua tu pun kelam
kabut berpatah balik. Ada juga seorang peserta yang berenang kearah kami. Tapi
lama kelamaan yang masih menunggu giliran kat belakang tu boleh gelak jahat
pulak….hampeh tol! Disebabkan terperanjat punya pasal takde seorang pun yang
rakam video. Hukaloh rugi betul.
Bila time yang lain pulak naik, tongkang tu lengang je
dan orang di dalamnya keras kejang hahaha….baca doa kot kuikuikuiiii… Kita yang
nak tenggelam dia pulak yang takut.
Terengganu.. Negeri Cantik, Budaya Menarik. Banyak lagi yang belum diterokai.
Terengganu.. Negeri Cantik, Budaya Menarik. Banyak lagi yang belum diterokai.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.