Dolphin in Penang?



Percaya tak? Wajib ko percaya kat aku ndak ndak lagi time cuti sekolah ni. Pulau Pinang bukan hanya ada Lim Guan Eng you know?

Sebelum ni pernah juga dengar ikan lumba lumba terdapat di Rompin, Pahang dan Sarawak. Rupa-rupanya di Pulau Pinang pun ada...sejak 2012 lagi orang dah nampak, aku je yang ketinggalan keretapi (tutup muka-malu). Memula dulu orang nampak berhampiran jambatan kedua tapi mamalia ni bukannya berenang setempat aje... kat kawasan Pulau Aman/Pulau Gedung pun ada.

Salah satu spesis yang ada di Malaysia ialah Long Snouted Spinner Dolphin atau nama sainsnya Stenella Longirostra. Sifat-sifat mamalia ni berdarah panas dan melahirkan anak. Ikan besar ini akan menjaga anaknya dengan berenang berdekatan sehingga mampu berdikari. Mamalia ini juga sangat cergas dan istimewa sampaikan pakaian renang diciptakan seiras kulit ikan lumba lumba kerana geseran dengan air sangat minimum. Owh itu mestilah yang harganya ratusan kalau tak ribu riban. Canggihnya teknologi sehinggakan full suit swimming attire yang dilarang penggunaannya dalam tournament sekarang ni adalah disebabkan keupayaannya membantu perenang untuk berenang macam ikan. Atlet Australia kot yang pakai dulu tu. Sistem sonarnya pulak digunakan di dalam penciptaan kapal selam.

Hah! Tak perlu ke Bali lagi dah nak tengok dolphin, dokek kampung sendiri pun ado. Tetapi, tentulah di setiap tempat ada keistimewaannya yang tertentu.



So sorry, takde gambar yang lebih molek daripada ini sebab tak tahu nak predict mereka akan muncul di  mana. Semua gambar yang aku ambil cuma memperlihatkan bahagian badan dan ekor tang muncung tak dapek.

Dolphin ni selalu berjemaah, main berkumpulan. Tu yang kalau tersangkut dalam jala sekali beberapa ekor. Ikan lumba lumba ni bernafas di permukaan air, kalau dia sentiasa tenggelam contohnya dalam jala, ia akan menemui malaikat maut. Makanan mereka ialah ikan kecil dan sotong.

Kebiasaannya mereka berhijrah disebabkan perubahan suhu air dan sumber makanan. Memang sesuai la ko ke sini ikan, orang kat Malaysia ni sampai kena kencing manis dek banyaknya makanan. Mereka boleh berenang sehingga 70km sejam, biasa muncul sewaktu air pasang, panjangnya 2-4 meter dan boleh melonjakkan badan di permukaan air setinggi 1-2 meter. Hebat kan?

Macam mana nak tengok dolphin ni kak? (ko nak tanya khennn...?)

Pulau Pinang dikelilingi pulau-pulau kecil seperti yang terkenal tu...Pulau Jerejak. Kalau nak ke Pulau Aman boleh naik bot di Jeti Batu Musang. Dari highway PLUS susur keluar ke Bukit Tambun, Pulau Pinang. Dari Stadium Batu Kawan di Seberang Perai ko ikut je signboard arah ke Jeti Batu Musang/Batu Kawan.

Tambang bot ke Pulau Aman cuma RM6 seorang tapi kalau nak meronda keliling pulau Aman dan Pulau Gedung kena sewa bot untuk 12 orang tu dengan kadar RM150 sebot. Speciality Pulau Aman ialah mee udang sedap dan belacan Pulau Aman yang famous tu. Rugi tak cuba.

Jom cuti cuti Malaysia!!







Post a Comment

1 Comments

  1. Baru nampak semalam, itu yang Google dan sampai ke blog ni.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.