Raptor Watch at PNB Ilham Resort, Port Dickson



Setiap tahun PNB Ilham Resort akan mengadakan program Raptor Watch yang berjaya menarik para peminat beburung dan pencinta alam dari seluruh dunia ke sini. Untuk tahun ini tarikh yang ditetapkan adalah pada 8 & 9 Mac tapi burung tu bukannya tengok kalendar punnnnn..... kami pi 12hb pun dok ada lagi.

Selain PNB Ilham Resort, hotel-hotel lain pun biasanya akan membuat promosi sewaktu program ini untuk menarik perhatian bakal pelanggan. Oleh kerana resort yang ini bersebelahan dengan forest reserve dan Tg Tuan Light House (dulunya Cape Rachado) mostly para peminatnya akan menginap di sini sebab sonang nak manjek ko rumah api tu.


Beburung dari hemisfera utara ni akan berhijrah ke beberapa negara dan singgah di Malaysia dalam perjalanan pulang mereka. Kenapa ek? Mereka ni berpindah disebabkan musim sejuk dan mula pulang ke tempat mereka sejauh India, China dan Mongolia bermula April untuk membiak dan kembali semula ke selatan di penghujung tahun apabila bermulanya kembali musim sejuk. Sebelum ke Malaysia mereka singgah somewhere in Indonesia dulu. Tanjung Tuan adalah persinggahan terakhir mereka. Bertuahlah kita..... sebab tu tolonglah kekalkan kehijauan hutan kita. Bukan sahaja untuk kita menghirup oksigen percuma tetapi untuk kesinambungan hidup makhluk yang lain.


Kali ni burung datang menyerah diri tak macam di Kuala Kubu Baru hari tu. Lotih dek mengojar. Beburung ni macam kita jugak kot suka travel tapi kita kalau boleh nak pi tempat sejuk sebab kat sini paneh paneh panehhhh.... Bosan la kan dok setempat jek.


Jerebu kuat, API 137 pada hari kejadian di Port Dickson.

Antara burung pemangsa yag biasa dilihat adalah Peregrine Falcon, Black-tighrd Falconet, Changeable Hawk-eagle, Barred Eagle Owl dan Oriental Honey-buzzard.

Oriental Honey Buzzard (Photo Credit: KF Chan)   Grey Faced Buzzard (Photo Credit: Dave Bakewell)  Japanese Sparrowhawk (Photo Credit: John Steed)
photos credit to http://mnsraptorwatch.wordpress.com/

Kalau nak memburung silalah bawa sekurang-kurangnya lens 300mm baru puas hati. Lagi panjang macam senapang lagi bagus. Jangan risau, kalau takde teropong Malaysia Nature Society sediakan.
Ehh korang.... kalau nasib baik boleh meneropong bersama dengan Maya Karin tau! Dia kan duta alam sekitar.
 
Ada berbagai acara seperti mini carnival diadakan sempena dengan program Raptor Watch ini. Masa yang terbaik untuk melihat beburung adalah di antara 11 pagi hingga 3 petang. Next time datang bawa keluarga, cipta momen manis begini bersama anak-anak. Ajar mereka tentang alam.

Setiap kedatangan burung akan dikira dan untuk tahun ini tarikh rasmi pengiraan adalah bermula dari 18 Feb hingga 30 Mac walaupun beburung telah sampai lebih awal.

For this year total migratory raptors counted are 43,471 raptors!
(kindly go here for more details) phewwww..... bertuahnya kita

Post a Comment

0 Comments