Malaysia Tourism and Information Centre, Kuala Lumpur (MATIC)



Selalunya aku bercerita tentang tempat-tempat pelancongan aje kan but this time around nak story morry tentang tempat untuk mendapat informasi yang tepat regarding Malaysia tourism. Sudah semestinyalah Tourism Malaysia yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

How to get there?
Sonang amek. Kalau naik kereta dari arah Ampang kena lalu Jalan Ampang lah melepasi KLCC. Bila nampak Saloma Bistro maknanya dah sampailah tu. Boleh parking di Cocoa Boutique di sebelahnya. Di depan MATIC ni letaknya Renaissance and Maya Hotel.

Kalau naik LRT boleh turun di stesen Dang Wangi. Keluar dari situ jalan ke kiri sampai jumpa monorel Bukit Nenas, melintas jalan dan berjalan ke kiri lagi dalam 5 minit. In total ko kena exercise kaki dalam 10 minit sahaja. Alternatif lain, boleh turun di stesen KLCC tapi aku rasa Dang Wangi lebih dekat.


Di sini kita boleh mendapat berbagai informasi mengenai pelancongan di Malaysia. Selain daripada tu terdapat juga mini amphiteathre, auditorium, kedai menjual cenderamata, money changer, travel agent, ATM dan kafe.

Di depan premis ini juga adalah salah satu tempat untuk menaiki bas Hop On Hop Off.

Gambar di atas ni aku shoot dengan kamera kompak Samsung DV150 jek. Sekarang dah malas nak mengusung dslr ke sana sini kalau tak berapa perlu. Yang lebih penting adalah orang di belakang kamera tu betul tak? Guna kamera murah pun keluar gak gambar ni dalam MHI (kepoh betul hihihiii .... jakun jap). Selain faktor keselamatan, beratnya dan kekadang susah gak time berurusan di toilet. Kalau yang moden dan bersih berkilat macam toilet Matic ni takpe juga.

Selain toilet di Matic, toilet lain yang bersih yang aku pernah tinggalkan kenangan ialah di pejabat Tourism Malaysia Sabah di Kota Kinabalu, siap ada orkid dua kuntum lagi atas tangki airnya. Kelas gittewww!


Inilah cocoa boutique. Masa aku sampai tu penuh dengan tourist dari Chennai/Tiruchapalli/sewaktu dengannya. Aktiviti wajib kot kalau kita ambil pakej dari local travel agents. Maybe requirement dari pihak kerajaan. Begitulah juga kalau kita ambil pakej pelancongan di luar negara...wajib singgah di kedai-kedai gomen dan kedai ekslusif. Pakej aku je tak buat macam tu unless ada yang request. Tak koser mokcik.

Saloma Bistro ni best. Selain lokasinya yang sangat strategik, nilai nostalgianya tak boleh diketepikan. Bangunan asal MATIC dan yang ini dibina pada tahun 1935 masih utuh sehingga ke hari ini. Banyak gambar seniman dan seniwati diabadikan di dinding bangunan ini sampaikan terpacul dari mulut fuiiyooo... seksinya dia masa muda! Ruang terbuka yang berangin membuatkan ko tak sedar dah duduk berejam kat situ padahal minum kopi secawan je.

Moh la jalan-jalan mencari informasi di sini. Aku pun akan membawa Gang Bas Sekolah tak lama lagi sambil menyusur menyinggah ke beberapa tempat di sepanjang jalan tu.

Post a Comment

0 Comments