Kasut kasut kasut di Malaysia International Shoe Festival



Banyak usaha yang gomen dan pihak swasta buat untuk menarik pelancong ke Malaysia antaranya dengan mengadakan jualan murah dan pelbagai festival. Berjaya jugaklah usaha depa tu kan sampai Malaysia menjadi negara keempat yang terbaik untuk shopping.

Aku ingat lagi masa Dr Ng Yen Yen merasmikan salah satu Malaysian Shoe Festival, tergedik-gedik sangat nak pergi menyibuk sekali. Tapi bila memikirkan lautan manusia tak pernah aku menjengah festival tu atau yang sewaktu dengannya.... dok kat rumah lagi baik. Tapi kali ni kena pulak timing-nya time aku menghantar anak balik ke asrama, so apalagi? sambil menyelam minum airlah kita.

Masa aku sampai tu sekitar 10.30 pagi masih awal, lengang aje. Aku ingatkan melautlah luasnya macam pesta buku...nan hado. Nawaitu memang nak membeli sama ada Hush Puppies atau Lewre tapi takdo lah pulak kak..... Aku memang suka HP sebab selesa dan tahan lama. Pernah dulu time muda remaja aku dengan kawan pergi jualan gudang kat Subang Jaya. Ramainya manusia..... Jangan haraplah nak beratur memasingkan? Berasak-asak sebab nak kasut murah dan berkualiti. Itulah jualan murah kasut yang paling best aku pernah pergi. So aku gambarkan sebegitulah keadaannya.

  Twin tower of selipar


Yang di bawah ni konsep out of the box. Memang kreatif tapi sumpah aku takkan pakai, sesuai untuk Lady Gaga nampak gayanya ni. Sorry designer, aku lupa nak shoot nama korang. Most of it designed by students.


 Paling aku berkenan kasut Nelissa Hilman. Semua kasut dia aku berkenan selain Tiamo.

Yang paling gah being displayed tak lain tak bukan our Jimmy Choo. Dipamer dalam kotak kaca siap dengan chandelier lagi. Ingat lagi masa kat London dulu, ada satu charity shop tu jual second hand item yang kebanyakannya designer stuff. Sepasang kasut Jimmy Choo dijual dengan harga 100gbp which is rm600 masa tu. Jauh murah berbanding yang baru tapi ............. bukan standard acik tu doh. Mokcik standard jualan murah kat Jusco jek.


Bling bling by Zang Toi. Menggunakan swarovski crystal, jangan ko heran dengan harganya. Dah berzaman tak pakai high heels wehhhh masih mampukan tumit tinggi itu menampung berat aku?Sekarang ni aku pakai yang senang dibawa berlari aje.
Aku tapau 2 pasang leather shoes, jadi ler.... dah lama kasut tak berganti

To be frank, aku rasa belum sesuai je dinamakan festival. Sport shoes maker macam Adidas, Nike, Reebok takde (kecewa). Dah namanya festival sepatutnya berjalan sampai nak pengsan, sampai mengeluh huiii tak laratlah! Tak gittewww? Aku 2 jam je dah selesai di sini. Tahun depan kena ada lebih banyak booth and brands supaya lebih terasa kemeriahannya tapi booth tempat aku beli kasut ni memang meriah sungguh!


Post a Comment

0 Comments