Kiriiiii kiri kanan kiriiiiii..... Kiriiiii kiri kanan kiriiiiii.....
Begitulah bunyinya bebudak berlatih kawad di sekolah. Kali ni aku sempatlah menonton sekejap graduate latihan ketenteraan di Bandar Tentera Darat, Port Dickson tapi takde pulak dengar macam tu. Sayup-sayup aje suara orang menjerit memberi arahan.
Seramai 2,415 Perajurit Muda (2,249 Lelaki dan 166 Wanita) berjaya menamatkan Latihan Asas Perajurit Muda setelah 6 bulan mengharungi cabaran latihan yang bermula pada 2 September 2013 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Aku pernah solat maghrib di masjid kem ni kira-kira 2 tahun lepas. Kebetulan masa tu perajurit wanita pun ada. Muka diorang..... mak aiiii punyalah coklat! Yang bertudung tu bulattttt aje bentuknya kat muka hehehheh.... tapi cuba ko tengok beberapa bulan selepas tamat latihan, terserlah wajah Kak Ton mereka. Bab rambut tu tak dapeklah nak ditolong dah nama pun askar.
6 bulan latihan hmmm... ko rasa lama tak? Teringat perbualan aku dengan polis yang meronda ke bank tempat aku bekerja dulu.
Askar dan bekas askar ni punyalah bangga dengan uniform dio sampaikan seluar tu dah bekapang dek tesimpan lamo pun tak maun de doh bawak motong, tapi kita ni yang tak tahu hujung pangkal sejarahnya suka suki je buat t-shirt ketatlah, seluar pendek lah dan kain belah sampai punggunglah hmmmm.... Aku belum pernah jumpa baju kurung celoreng je lagi.
Muzium tentera darat juga terletak di sekitar kawasan ini. Aku belum pernah masuk lagi tapi anak-anak kalau dia nak ikut rombongan sekolah kami setuju aje. Biarlah mereka tengok sejarah dan rutin hidup tentera ni di sana, aku dah menghadapinya real life. Best tau duduk kat kem dulu. Askar kita ni jauh lebih baik kehidupannya daripada yang di Cambodia tu. Tentera macam satu kerajaan yang lain di dalam sesebuah negara. Mereka ada sekolah, hospital, klinik, kedai, pinjaman perumahan, pencen, universiti dan lain-lain.
Kalau nak ke Muzium Tentera, ko jangan lajak drive sampai ke roundabout tu pulak. Ada simpang ke kanan sebelum tu. Jaraknya dari Seremban cuma 25 minit pemanduan dengan kadar tol RM3.20 sekali lalu. Dari muzium ni nak ke pantai atau pasar malam hari Sabtu tak jauh mana. Kiranya kalau di luar negara aku akan berjalan kaki sahajalah tetapi disebabkan i'm blessed with a car di tanah tumpah darahku, jadi aku drive-lah.
Dulu kan, ada pakej bermalam di berek dan mengikuti aktiviti kem tapi sekarang dah dihentikan. Ada pihak lain ambil alih kununnya nak diperbaiki dan ditambah niliai tapi entah bilalah hendak dibuat kemunculan semula. Aku rasa ia satu program yang sangat bagus, bukan semua orang dibenarkan masuk ke dalam kem dan tak semua yang sangat berkeinginan menjadi askar diberi peluang. Agaknya kalau kena bangun pukul 4 pagi dan buat semua latihan macam pelatih perajurit buat tu mau pukul 8 malam dah pengsan aku ni. Takdo dah nak update blog pukul 1 pagi.
Sekiranya ada banyak persoalan tentang tentera ni contohnya macam mana kelayakan nak jadi pegawai tentera.... atau macamana pemilihan pegawai kadet ke UPNM ke .... boleh refer http://army.mod.gov.my/ .
Kalau berminatkan abang sojar ekau poi yo lah kek PD tu, hari-hari ado. Cari yang muda-mudalah, yang boroi mungkin laki orang :-)

Aku : Encik nampak muda lagi... baru kerja ke?
Polis : Ye kak
Aku : Berapa lama kena berkursus nak jadi polis ni?
Polis : 6 bulan kak
Aku : Owhhh kejap je la ek?
Polis : Kejap kak? Saya rasa macam 6 tahun!
Memang patut pun rasa macam 6 tahun sebab pukul 4 pagi dah bangun.
Askar dan bekas askar ni punyalah bangga dengan uniform dio sampaikan seluar tu dah bekapang dek tesimpan lamo pun tak maun de doh bawak motong, tapi kita ni yang tak tahu hujung pangkal sejarahnya suka suki je buat t-shirt ketatlah, seluar pendek lah dan kain belah sampai punggunglah hmmmm.... Aku belum pernah jumpa baju kurung celoreng je lagi.
Muzium tentera darat juga terletak di sekitar kawasan ini. Aku belum pernah masuk lagi tapi anak-anak kalau dia nak ikut rombongan sekolah kami setuju aje. Biarlah mereka tengok sejarah dan rutin hidup tentera ni di sana, aku dah menghadapinya real life. Best tau duduk kat kem dulu. Askar kita ni jauh lebih baik kehidupannya daripada yang di Cambodia tu. Tentera macam satu kerajaan yang lain di dalam sesebuah negara. Mereka ada sekolah, hospital, klinik, kedai, pinjaman perumahan, pencen, universiti dan lain-lain.
Kalau nak ke Muzium Tentera, ko jangan lajak drive sampai ke roundabout tu pulak. Ada simpang ke kanan sebelum tu. Jaraknya dari Seremban cuma 25 minit pemanduan dengan kadar tol RM3.20 sekali lalu. Dari muzium ni nak ke pantai atau pasar malam hari Sabtu tak jauh mana. Kiranya kalau di luar negara aku akan berjalan kaki sahajalah tetapi disebabkan i'm blessed with a car di tanah tumpah darahku, jadi aku drive-lah.
Dulu kan, ada pakej bermalam di berek dan mengikuti aktiviti kem tapi sekarang dah dihentikan. Ada pihak lain ambil alih kununnya nak diperbaiki dan ditambah niliai tapi entah bilalah hendak dibuat kemunculan semula. Aku rasa ia satu program yang sangat bagus, bukan semua orang dibenarkan masuk ke dalam kem dan tak semua yang sangat berkeinginan menjadi askar diberi peluang. Agaknya kalau kena bangun pukul 4 pagi dan buat semua latihan macam pelatih perajurit buat tu mau pukul 8 malam dah pengsan aku ni. Takdo dah nak update blog pukul 1 pagi.
Sekiranya ada banyak persoalan tentang tentera ni contohnya macam mana kelayakan nak jadi pegawai tentera.... atau macamana pemilihan pegawai kadet ke UPNM ke .... boleh refer http://army.mod.gov.my/ .
Kalau berminatkan abang sojar ekau poi yo lah kek PD tu, hari-hari ado. Cari yang muda-mudalah, yang boroi mungkin laki orang :-)
3 Comments
adik ada sorang kat sini
ReplyDeleteI believe this is among the most vital info for
ReplyDeleteme. And i'm happy studying your article.
However should statement on some general things, The web site style
is wonderful, the articles is in reality excellent : D. Excellent task, cheers
Feel free to visit my web page :: Renique skin creme
Selalulah Khai ke PD ye? Ada orang yang nak dijenguk
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.