Anak lelaki, anak perempuan



Aku jarang bercerita tentang anak-anak di sini sebab ini blog mengenai travel (which includes photography). Sometimes ku sumbatkan jugak tentang properties yang ku minat juga. Bukan ada banyak pun tapi minat. Nak cerita pasal omeh kang den tak boli omeh. Yang ado tu pun tak berpakai.

Aku ada ramai anak yang mana 90% adalah lelaki. Rezeki terhebat Allah bagi .... bukan semua orang mendapat ye tak? Alhamdulillah. Kekadang aku hairan bila orang mengeluh dapat bila dikurniakan ramai anak lelaki. Bila kita ramai anak lelaki ada pulak yang berkata...antaranya, kesian ko, jenuh la buat kerja sensorang.

Pada akulah kan, sama je lelakis ke fomfuens ke... kalau tak diajar memasak atau buat kerja rumah dua dua tak tahu. Budak fomfuens yang peloso pun ghamai yo. Kalau anak lelaki ko layan macam raja, macam rajalah jadi ea... goreng tolo pun tak ghoti. Tu yang ada pandang kiri kanan takut orang nampak bila sidai kain kuikuikuiiiii.... janganlah dia baca blog aku nih.

Aku ni cuba mengajar survival kepada anak-anak aku. Dah ramai lelaki kenalah ajar jugak takkan nak biarkan kakak dia buat semua kerja, itu tidak adil! Aku memang menyampah kalau budak perempuan disuruh buat macam macam tapi budak lelaki dibiarkan ke sana ke mari dengan alasan biarlah, dia lelaki. eiiii... menyampah sungguh!. Aku sangat anti treatment sebegini. Prof Diraja Ungku Aziz pernah komen tentang ramainya students perempuan di universiti, antaranya sebab budak perempuan dilatih membuat kerja rumah semenjak kecil jadi mereka menggunakan kedua-dua belah otak. So, sebagai ikhtiar untuk mengelakkan statistik pelajar lelaki di universiti semakin merudum, lelakis di rumah aku mestilah buat kerja jugak.

During school holidays ada duty roster untuk dipatuhi. Yang tak bagusnya ya rabbi...berkira betul kalau bukan kerja diorang sampaikan sebatang sudu  pun takmo tolong basuh, ko basuh pinggan hari ni kan? katanya menuding jari kat orang lain. Sobar jo lah den. Satu hal yang takde giliran adalah menjaga adik kecik diorang. Itu tanggungjawab. Pernah dulu kulihat  jiran sekampung yang kesemua enam orang anaknya lelaki, diajar survival ni. Lepas SPM anak sulungnya akan datang ke rumah nenek setiap pagi membawa adik yang berumur 3 tahun untuk memasak. Kagum aku dengan didikan emaknya.

Anak lelaki aku setakat ni alhamdulillah darjah empat dah boleh masak nasi goreng. Itu lebih baik daripada makan instant noodles. Kalau aku demam sampai tak larat bangun ada harapan makan sedap sikit taklah macam kawan aku tu, time demam dijamu mi maggi dek lakinya. Kalau tak diajar berpenat lelah buat semua kerja tu sok sok tau memerintah je dia. Perempuan pun kerja deyyy... ada masa stress dengan kerja kat opis nun. Kita pun nak rehat juga.

Sesiapa tak basuh pinggan, aku pun tak nak basuhkan biar sampai esok lusa. Isteri, ibu patut dihormati bukan diambil kesempatan. Toksah nak bagi ceramah kat aku la basuh pun dapat pahala bla bla... sebab nak banyak pahalalah aku beranak ramai. Itu alasan lelaki malas. Sekarang dah senang sikit sebab yang bersekolah menengah gosok baju dan basuh kasut sendiri.

Oleh kerana cuti sekolah ni tak ke mana-mana so mereka kena menghadiri kursus memasak. Saja tak nak berjalan sebab si ujang yang seorang tu duduk asrama so biarlah dia berehat saja seminggu tu. InsyaAllah kalau ada rezeki kita berjalan merentas 3 negeri di cuti akan datang. Itu plan akulah, kalau drebar refuse tak menjadilah nampaknya. Plan aku ke oversea selalu berjaya tapi kalau local ni ..... dah aku bukan driver belum pasti lagi.

Cara-cara menumbuk cili dengan selamat-pakai full face helmet
 Adiknya mesti ingat abang dia nak bawak naik motor kihkihkihh...

Program cuti persekolahan - berjemaah menyiang ikan

Sampai ke ekor dibolah ea...

Aku beli ikan sekali banyak sebab dah takde lori ikan yang lalu depan rumah lagi. Mengikut nasihat chef, untuk mengekalkan kemanisan isi ikan, seeloknya ikan terus disimpan dalam freezer tanpa disiang. Untuk kemudahan aku pulak, kalau boleh nak masak semua dan frozenkan aje :))))

Jadi dengan aku jangan bagi alasan memasak tu kerja perempuan. Hotels chef pun ramai lelaki. Pernah anak aku cakap gitu dan aku balas lelaki zaman batu aje tak tahu buat kerja rumah! Osah menyampah ea den kalau lelaki tak ghoti menolong. Sekarang 2 orang ujang den pandai menjaga dan rajin melayan adik kecik, yang sorang selalu membuat cubaan mengelat, yang seorang lagi belum boleh diharap lagi.... belum mumaiyiz. Biasalah tu.... jari pun tak sama panjang kan?

Oleh kerana aku mengajar anak lelaki memasak dan membuat kerja rumah, sudah pastilah bakal menantu lelaki aku nanti akan ku tanya, lauk apa ko pandai masak? haaaa....belajar memasak yang simple dulu ye sebelum datang merisik. Sok anak aku tunggang langgang kat dapur memasak selepas penat bekerja tapi ko terkangkang baca surat khabar sambil hisap rokok sakit pulak mata aku ni.

Mereka suka menolong kalau aku buat kek, biskut dan roti. Part yang paling depa suka adalah membentuk donut dan biskut. Aku pun dulu suka memasak yang ini aje.... masak lauk lepas kahwin baru belajar sikit-sikit. Don't worry lah, orang perempuan kalau dah kahwin sure dia akan belajar memasak. Larat ke nak makan lauk dari kedai siang malam? Banyak mak aji woooo... kena buat appointment dengan Yun Nam nanti. Empat bulan pertama kahwin dulu pun my husband yang masak. Dah aku sampai rumah pukul 10 malam bila nak memasaknya? Letih lagi berulang ke Shah Alam nun.
 
Yang kelakarnya masa flight delay 2 jam dari Langkawi tahun lepas, bila perut memasing dah lapar (maggi kari habis kat airport tu) bangteh yang berumur 5 tahun boleh cakap,

kak, sardin yang ko masak tu sedaplah
eh diamlah, buat malu je lah ko ni (hahahhaha...)

Sardin goreng yang kakak masak memang sedap tambahan pulak bila campur pucuk ubi. Meletopsss!

Post a Comment

2 Comments

  1. We're a group of volunteers and opening a brand new scheme in our community.
    Your website offered us with useful information to
    work on. You have done a formidable task and our whole group might be thankful to you.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.