PNB Ilham Resort, Port Dickson...Sun Sea Serenity



Lebih kurang 12 tahun dulu aku pernah menginap di PNB Ilham Resort, Port Dickson. Perasaan masa tu sangat sukerrrrr..... Kini setelah berbelas tahun perasaannya masih sama ditambah pulak dengan aktiviti yang membuatkan poluh mencieh-cieh.

Terdapat dua resort lain dibawah uruselia PNB iaitu PNB Darby Park dan PNB Perdana Kota Bharu. Dibuka semenjak 1995 ia adalah milik penuh PNB. Ia sangat sesuai untuk honeymoon dan berkursus. Fishing trip pun bisa diatur..... Terletak bersebelahan dengan Tanjung Tuan Light House dan Tanjung Tuan forest reserved merupakan kelebihan kepada tempat beristirehat ini berbanding hotel lain di sekitar daerah tersebut.

PNB Ilham Resort terletak di penghujung Tanjung Tuan mengadap Selat Melaka dan kira-kira 18km dari bandar Port Dickson. Resort ni sebenarnya di dalam mukim Alor Gajah tetapi alamatnya adalah Port Dickson maybe atas sebab komersil. Kira penghujung PD lah ni. Dengan compound yang luas dan private beach serta servis yang tip top sudah pasti inilah diantara penyebab occupancy rate tinggi. Kepada sesiapa yang tak biasa bercuti di PD, please make early reservations because PD famously known as a weekend gateaway due to its closeness to Kuala Lumpur. Lagipun pantai di PD lebih cantik daripada kawan sekampung dia.


The lobby... yang menyerlahkan seni ukiran Melayu

Terdapat 65 akomodasi di sini yang hampir keseluruhannya adalah apartment yang lengkap dengan ruang rehat, ruang memasak dan makan, kemudahan bilik air di setiap bilik, mini bar, televisyen dan telefon. Tak share bilik air dengan ramai orang tu dah terlebih bagus. Bilik-bilik tersebut adalah:

2 / 3 / 3 (groundfloor) / 3 and a half / 4 bedroom /  superior and standard room. Superior pun dah bagus. Harga promosi masih berlansung sehingga 31 Disember 2014. But if you book through agent you can get cheaper. Kalau sewa yang 4 bilik tu sangat berbaloi if pergi ramai-ramai. Manalah tahu kan ada kenduri-kendara di area Alor Gajah ke.... PD ke.... share lah beramai-ramai. Kenduri pukul 12, pagi tu kita berendamlah dulu dalam swimming pool.





Serambi Coffee House letaknya hanya bersebelahan lobi dan dan ia didekorasikan untuk merefleksi kekayaan  kesenian Melaka dan Negeri Sembilan. Manakala The Gazebo dibuka dari senja hingga larut malam pada hujung minggu untuk mereka yang ingin bersantai dan berkaraoke. Resort ini telah dianugerahkan sijil "Patuh Syariah" oleh SIRIM.

Untuk wedding packages it starts from RM35 per pax with a minimum of 200 pax. Resident chef di sini ialah Chef Zam Zam yang pernah mencuba nasib di Masterchef dulu. Bermula dari tahun 2014 ini pihak resort memfokuskan kepada penyediaan makanan tradisional. Maknanya kalau kita booking untuk kursus ke seminar ke boleh request nak makanan tradisional asli. Ko kena cuba ikan tenggiri masak asam dan rendang itik hasil air tangan chef ni..... memang sedaplah! Two thumbs up! Bersusun lauk wehhh sampai tak tahu mana satu yang nak dimakan. Kali ni aku tak ambil ayam lansung dok bedal ikan sesaja. Menurut chef juga, mereka tak pre cooked makanan/sos (kan biasa food outlet/hotel buat macam tu). Kesemuanya disediakan selepas menerima tempahan. Takdo main celur lepas tu curah kuah yang dah siap dibuat terlebih dahulu.

Menjelmakan konsep kesultanan Melayu Melaka. Kat rumah uwan aku ada tangga macam ni.

Feng shui
 Bubu tok moh ni .... patutlah MH370 belum dijumpai lagi.. ada orang kebas bubu dia


Teambuilding can be tailored to requirement. Kalau ada 20 orang dah boleh book untuk teambuilding activities.
Siapalah si kurus yang pakai safety jacket sebelum aku ni .... tak boleh nak klip haaa....
Ni mokcik tengah bersiap nak buat repelling. Dah berani you sebab baru 3 hari sebelum tu mencuba di Kalumpang Resort and Training Centre. Tapi taklah kusangka dari setinggi tingkat 3 di Kalumpang terus kena turun dari tingkat 9! Comeh acik. Tapi masih mampu tersenyum manis depan video camera okeh! Kamera siapalah tuu....


Tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar PD ialah Cape Rachado Light House (Tg Tuan), shopping at Dataran Kemang, Royal Army  Museum, Fort Kempas Historical Site, Fishing at Tg Agas Jetty, Tg Tuan Reserve Forest, PD Saturday night market, Ostrich Farm, Fort Lukut Historical Site and X-treme Park. Ada lagi satu... Baden Baden Bundle berdekatan tapak pasar malam huahuahuaaaa.... besar giler bundle tu!


Dari highway Seremban-Port Dickson tu, bila dah sampai hujung (round about) ambil kiri dan terus lagi dalam 7km kot. Senang aje nak ke sini sebab ada banyak signboard. Bila jumpa kem tentera, masuk kanan.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan:

PNB Ilham Resort
Batu 10, Tanjung Biru
71050 Si Rusa
Port Dickson, NS.

Tel : (606) 6626800
Faks(606) 6625646
Emel: reservation@ilhamresort.com
Website : www.ilhamresort.com

Suka hati korang laaa.... aku nak makan

Post a Comment

2 Comments

  1. Kebetulan minggu lepas hadiri acara Hari Keluarga di Port Dickson.

    ReplyDelete
  2. gambar cantik!
    kenapa i tak nampak ada monyet ni?
    comel betul monyet dua tu!
    MY-Emily

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.