Pakej Istimewa Pelayaran Star Cruise ke Penang-Langkawi-Phuket bersama PAK NIL!



Pernah tak anda terfikir tentang percutian yang berlainan daripada biasa? Contohnya naik belon udara panas ke... belayar dengan kapal mewah ke ....  Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd akan mengadakan 1 extra sailing dengan Superstar Libra selama 4 hari 3 malam diantara Penang-Lagkawi-Phuket-Penang pada 6 April nanti. Excursion di Langkawi adalah tambahan untuk trip kali ini. Special gituh.

Berdasarkan kepada sambutan pakej pelayaran yang dibuat pada 10 November tahun lalu, kali ini MHTT telah menambah kuota untuk menyertai program bersama Datuk Aznil Hj Nawawi @ Pak Nil ini. Orang lain yang tak ambil pakej ni pun ada atas kapal... tapi sesiapa yang tak register untuk pakej isimewa ini tak bolehlah together gather dengan Pak Nil. Tak dapeklah nak senggol senggolan.

Istimewanya Pak Nil ni, beliau tidak hanya berada sejam dua je bersama kita macam pakej yang dianjurkan oleh pihak lain tu tapi almost sepanjang masa, sampai ke Subuh ko berborak tepi kolam.  Lagaknya macam kapal itu dia yang punya hahahha.... dah macam rancangan Macam Macam Aznil. Dia layan kita masa dinner, tolong cedokkan lauk... malah semasa trip yang dulu tu dia siap bawak homemade cake lagi! Paling best masa Gala Dinner & cocktail party.


Makanannya halal ke..? ko tanya.
Ek eleh... takkan aku nak makan yang haram kot- kata Pak Nil.

Janganlah risau yang bukan bukan. Ada halal kitchen di atas sana siap dapat halal certification daripada JAKIM. Kita akan diberi makan sebanyak 4 kali sehari dan pelbagai aktiviti akan diadakan. Pasti ko takkan kelaparan semasa belayar tapi kalau teringin nak mencuba makanan lain ada je restoran/kafe di atas kapal mewah tu.

Nak beghondam? Swimming pool pun ada.... ko bawak je 2 pieces ko kak.

 
 Siapa berani kata program Pak Nil tak meriah? Menyesal kalau tak ikut kak! Ni kira Macam Macam Aznil berskala besar. Tengok kat tv pun kita tahu dia happening sangat.

 

Harga pakejnya bermula serendah RM1,199. Yang penting kegembiraan dan kepuasan hati kita tu. Bercuti atas kapal ni senang, selepas mendaftar masuk takde dah nak kena tukar hotel atau bilik. Dengan tambahan RM200 seorang dah boleh duduk di deck 6.

Limited seats available so sila email kami di ruggedmom@gmail.com untuk tempahan. Kami tolong booking sahaja. Siapa cepat dia dapat!





Post a Comment

1 Comments

  1. salam... nak promo sikit. kami ada menawarkan pakej star cruise dengan harga yang murah. layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

    terima kasih tuan tanah ;)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.