Bird watching at Kuala Kubu Baru, Selangor




Tahun 2014 ni dimulakan dengan yag manis manis belaka... alhamdulillah. Walaupun ada wish list seperti yang tertera kat sebelah tapi ada juga lain-lain tempat dan aktiviti yang teringin dibuat at least once in a life time. Sesetengah pengalaman hidup perlu dicipta dan bukan datang dengan sendiri. Mudah-mudahan aku menjadi manusia yang kaya pengalaman biarpun sekolah tak tinggi mana.

Pernah memburung?

Selalu aku tengok gambar beburung uploaded  by photographers yang dikenali, tak sangka pulak diberikanNya rezeki untuk merasai sendiri pengalaman yang berharga tu. Kali ini kami ke Kuala Kubu Baru di Hulu Selangor untuk aktiviti yang menarik ini. Ada juga tempat lain yang banyak beburung tapi KKB yang paling dekat dengan Kuala Lumpur, hanya sejam perjalanan.

Memula kami dibawa sekitar rumah rehat MDHS. Kawasan ni dikelilingi pokok besar tetapi sayangnya musim panas, ada juga kawasan yang terbakar. Kami diberikan binocular dan buku bergambar pelbagai jenis burung yang ada di Malaysia (teringat kamus bergambar anak sendiri :-)) . Puan Azlina, Pegawai Perancang Bandar, memperkenalkan kami beberapa jenis pokok seperti ara dan tembusu yang ada di sini. Katanya, kalau nak cari burung tengok kat pokok yang berbuah. Alahhh.. buah yang kocik kocik tu bukan bosar buah diyan.



Pandai mat saleh dulu design kawasan ni. Kawasannya terancang dengan pokok-pokok besar yang dah matang. Hijau rimbun dan mendamaikan cuma tak berapa bersih di sesetengah kawasan. Takdo sesapo ko yang molo gak eh?

Dah tema pun birding, kepala pun mendongak je lah. Burung banyak di waktu pagi dan petang. Waktu kami ke sini dalam pukul 3 setengah so tak banyak sangatlah burung. Burung pun pi kerja macam kita kot, petang sat gi baru balik rumah. Orang pun kena macam tu lah time senja duduk dalam rumah, lepas subuh bertebaranlah kamu mencari rezeki.

Sebagai peringatan, kalau setakat ada compact camera atau kit lens jangan mimpi nak shoot gambar burung. Paling kurang lens 300mm, bawak tripod sekali. Kalau lens 200mm setakat gambar macam yang aku shoot ni je lah hasilnya melainkan burung tu menyerah diri pose depan ko. Tapiiiii burung memang banyak!

 Tapi cantik gak gambar sillouette kan??




Cuba cari yang tersembunyi

Pekan Kuala Kubu agak besar jugak. Bangunan kedai lama di sini mengundang minat pembikin iklan dan drama untuk shoot di sini. Selalu je production house buat rakaman drama di sini.

Petang tu kami dibawa melihat beburung di Taman Milenia. Kat mana? Kat KKB jugak, bersebelahan dengan Institut Kemahiran Belia Negara, MRSM KKB dan Darul Quran. Sangat luas kawasannya dengan tasik bekas lombong yang awesome! Ya Allah tak sangka kami minum petang di sini. Sangat best okay!


Oleh sebab petang semalam tak dapat ambil gambar burung yang cantik so awal pagi esokya kami ke Taman Milenia sekali lagi. 

Ini jalan ke sana. Kawasan yang kering akibat kemarau menghasilkan satu pemandangan yang cantik. Kalau buat outdoor photoshoot memang cantik sangatlah kat sini habaq hang. Terutama masa golden hours ni.

Datang awal pagi dapatlah melihat burung yang berwarna-warni seperti punai tapi nak mengambil gambarnya memang susah untuk amatur macam kami ni. Nak shoot dari jauh lens tak sesuai, kita pi dekat dia terbang pulak. Sabar je lah. Dah lah kena mendongak jer.

Meh aku cerita sikit about birds demography. Jenis burung ni terbahagi kepada 4 peringkat tanah/ketinggian mukabumi. Yang pertama kawasan mangrove then peat swamp seperti hutan simpan. Kat kawasan peat swamp ni banyak kingfisher dan hornbill. Rupanya banyak hornbill kat semenanjung ni...kita je tak tahu sebab di Sarawak lebih terkenal sebagai ikon negerinya. Di garden dan low land forest, hill forest dan montane forest lain pulak burungnya.

Gigih tau kitorang ....
Ni aku shoot dari tingkat paling atas menara tinjau. Kalu guna lens macam Puan Azlina tu untuk shoot burung best lah. Bidang fotografi ni luas, ada landscape, weddings, event, potraiture, nature, war etc. Pada pendapat akulah kan, 'membidik' burung ni sesuai untuk kaki pancing jugak. Osah sobar ea...

Eh korang yang rumahnya berhampiran KKB, weekends bawaklah famili picnic kat sini pasti tak menyesal. Yang rajin boleh jogging, yang tak gayat boleh panjat menara tinjau. Hari kedua kami breakfast di sini, dengan pemandangan yang cantik dan angin yang kuat, tak terkata seronoknya makan makan di sini. Bawak basikal anak dan kamera sekali. Percayalah cakap aku.

Gambar di atas ni kalau guna wide angle lens laaaagiiii mengancam!

MDHS akan mengadakan Selangor Bird Race dengan tujuan:
1) to educate children to appreaciate mother nature
2) to promote birding activities in KKB
3) as a kick start to birder

Dalam program ni nanti akan ada seminar, workshop, nature talk dan lain-lain lagi. Check point adalah di Goh Tong Jaya. Tempat ni bagus sebab ada banyak spesis burung dan cuma dibuka jika ada birding activities bersama MDHS sahaja. So jangan lepaskan peluang keemasan ni!



Kepada yang berminat untuk menyertai Selangor Bird Race pada 25-27 April ini bolehlah berurusan dengan Majlis Daerah Hulu Selangor ya. Akak tak join doh...tak dayo acik.

Post a Comment

3 Comments

  1. hihi!
    I'm Emily ^^
    wow so fast you written about the trip ^^
    then I can't wait for your PD trip later :)
    one thing same between you and I is that I can't shoot any bird also.LOL
    MY-Emily

    ReplyDelete
  2. wah ! lawa lah gambar dari menara tinjau tu.. eh! menara tinjau ke? rugi tak terpikir nak naik pun kat situ....

    ReplyDelete
  3. Emily Tang,
    i have to bcoz the're a few more queueing


    Potia,
    meme rugi. Kami 2 kali naik atas tu. Yang ada muka kami ni laaagii lawa hahaa..

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.