Selepas enjoy di Transformer Expo hari tu, kami singgah ke ladang konsep Genting Strawberry Leisure Farm. Pengusaha ladang ini menawarkan pengalaman melawat dan makan free buah strawberry. Kalaulah manis macam ciku haishhhh -iyolah..den orang kampung ..
Semasa kami sampai tu buah strawberry tu taklah banyak di setiap pokok
mungkin dah dipetik. Kami sampai pun dah petang tapi dibenarkan
petik sendiri yang mana berkenan tu yang bagusnya. Kalau nak rasa yang agak
manis kenalah pilih yang masak ranum, merah terang warnanya. Buah ni
boleh dicampurkan ke dalam hidangan salad, dibuat jus, ais krim, jem
atau dikeringkan. Yang kering tu memang sedap, rasanya masam manis.
|
|
|
Strawberry bukan sahaja sedap tapi berkhasiat. Strawberries
tinggi khasiat vitamin C selain bertindak sebagai anti oksida yang
dikatakan boleh mencegah kanser. Selain daripada tu ia juga kaya dengan
vitamin k, potassium dan lain-lain.
Yang ini versi Valentine's Day. Nasiblah korang yang nak celebrate sangat tu, harga bunga ros dan strawberry akan naik berganda daripada harga kangkung.
Selain
daripada tu terdapat juga ladang lavender di sini. Sayangnya kawasan
bunga dipagar... kalau tak, bolehlah aku ber-selfie di sini sambil propa
makan angin di Holland hahah...
ishhh...geram !
Kalau lebah menghisap madu sahaja kenapa pulak kita tak boleh makan lebah? cer jawab..
Selepas
puas melawat kawasan ladang ibarat pegawai FAMA kami pun mengisi perut
di kafe. Hampir kesemuanya makanan dan minumannya berkaitan dengan
stroberi. Sedap juga air stroberi tu... fresh dan pekat macam yang
dijual di Indonesia. Selain daripada tu ada juga disediakan servis berfoto dengan ular sawa dan burung kakak tua. Berani bergambar sambil dililit ular? I? kirim salam yolah. Kalau diupah pun tak hingin.
Selain
itu ada juga sayuran yang ditanam di sini seperti kobis dan cendawan.
Mestilah ada yang kita beli dan bawak balik kannnn.... takkan tak
membeli lansung.
Semasa
kita nak keluar dari ladang ni kita akan melalui kawasan membeli-belah
sayuran dan souvenir. Ada yang jual baju, getah rambut, fridge magnet, lukisan potret, jeruk dan sebagainya. Harga souvenir pastilah lebih rendah dari yang di resort kat
atas nun. Ofkoslah kan?
Di mana lokasinya?
1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, Genting Highlands. |
| |
| |
|
5 Comments
These are really great ideas in concerning blogging. You have touched some good points here.
ReplyDeleteAny way keep up wrinting.
Here is my web page :: windows 8 product key
genting pun ada strawberry ke? tak tau pulak... btw, semalam terbaca article ni, rupanya ada straberry putih which is called pineberry, sini ada tak?
ReplyDeleteLily Riani,
ReplyDeletepineberry tu tak nampak pulak. Company yg ini pun rasanya ada ladang di cameron
cntik2 pic mom...hehehe
ReplyDeletePojie... ehem!
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.