Labu sayong



 Assalamualaikum.

Hari tu kan masa kami di Kuala Kangsar sempatlah singgah sekejap di tempat pembuatan labu sayong. Aku memang pernah melihat proses pembuatan pasu Sarawak tapi the rest of us terutamanya yang berasal dari luar negara tu mungkin tak pernah. Kami singgah di sebuah rumah yang bertentangan dengan Homestay Mr Os.

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal Tuk Kaluk,- ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.  

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung. (sumber: google)

Antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar adalah di Padang Rengas.
Kebanyakkan lokasi perusahaan ini turut menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai cara-cara pembuatan yang mempunyai tiga teknik. Namun sekarang ramai yang menggunakan teknik acuan kerana is lebih pantas dan tidak memerlukan ramai pekerja.


Nak tahu proses pembuatan sesebuah labu sayong?

Mula-mula tanah yang sesuai iaitu tanah biasa,tanah pasir dan tanah liat perlu diambil. I bet sekarang ni some of these producers beli je kat kedai. Kemudian tanah ini dijemur di bawah terik matahari selama dua ke tiga hari untuk mengeringkannya. Bila dah kering kena tumbuk pula sebelum diayak untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak hancur. Bila dah diayak, bahan tanah liat ni akan menjadi halus macam tepung. Alaaa.... macam buat kek jugak, kena ayak dulu. Kalau nak kek lagi halus dan gebu ayak dua tiga kali.

Lepas tu barulah kita mulakan proses membancuh yang mana tanah dan air dicampur. Sukatannya kena betul, kalau tak karang melepek tak boleh dibentuk. Takpun jadi keras sangat. Kemudian diuli untuk membuang angin. Sama je macam buat donat. eh tetiba ....


Kemudian labu-labu ini dibentuk. Proses ini adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Skil yang hebat diperlukan di sini untuk menghasilkan labu yang unik. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas mesin yang berpusing. Lingkaran tanah dipicit untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.


 Penggunaan acuan untuk untuk mempercepatka proses dan standardize bentuk dan saiznya.



Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar.



Proses membakar ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan. (sumber)

Siap untul dijual!
Labu sayong yang dijual di sini lebih murah sebab ia belum sampai kepada orang tengah lagi.

Begitulah prosesnya ......... macam susah yo kan? Apa kata kita beli aje? kikikikii....



Post a Comment

4 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.