Railway Tourism...a dream come true



Sejak keenakan Kluang Coffee tersebar seantero Malaya aku dah berangan-angan nak bawa famili bercuti dengan menggunakan keretapi. Last aku menggunakan keretapi (selain KTM komuter) adalah pada tahun 1990, giler lama kan? Begitu jugak dengan keinginan tinggal di homestay. Walaupun saudara sendiri terlibat dengan Homestay Lonek di Batu Kikir tidak pula kami pernah bermalam di rumah dia. Naik keretapi murah aje tiketnya, boleh jenjalan pulak tu... takdelah kejang kaki macam naik kereta atau kapal terbang.

Setelah menerima jemputan daripada Railway Tourism Association of Malaysia melalui Santai Travel, apa lagi nak dipikior yoep? Setuju je lah kannnn....syukur, impian menjadi nyata. Sekarang orang muda belia kebanyakannya takdenya nak beli sokkabar... kami lebih selesa godek godek di internet nak tahu sesuatu info lepas tu compile aje kesemuanya sebelum travel ke mana-mana. Mudah dan murah! Bila dah jumpa blog pelancongan yang bagus kita bagi pulak link tu kat kengkawan melalui other media like facebook, twitter dan lain-lain. Kempen dari mulut ke mulut biasanya lebih berkesan. Blog post aku tentang Percutian hebat di Cherating dulu sampai 1000++ hits beb. Hebat le tuuuu aku bukannya fofuler pun. Mungkin atas sebab tu ramai phojournalist dan blogger dijemput selain media cetak, pelajar dan pelancong dalam dan luar negara.

Majlis pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 10 Januari 2014 di stesen KL Sentral. Pakej ini termasuk "Day Trip by Rail", "North and East-Bound Homestay by Rail dan "Resplendence Resort by Rail". Please check here for other details.

Kalau kita naik train siang macam macam pemandangan kita boleh nampak. Cantik beb! Cubalah, pasti tak menyesal. Percayalah cakap aku ni.... aku mana ada tipu orang. Selain ruang kaki yang lebih luas, kita taklah penat duduk saja. If bateri gajet ko dah low haaa...caj aje, point-nye kat dinding setiap seat. Kalau lapar boleh lepaking di kantin sambil ushar pramugari yang lalu lalang.

Ini kantinnya. Masa ni ada show di salah satu koc (Dato' menteri pun ikut sekali ke Ipoh) dan kami dah tak dapat masuk. Yang dah amik gambar tu punnnnn bawak bawaklah keluar kalau dah dapat 3 4 shots, kami pun nak buat bahan berita jugak hmmm...

 Kami tak makan di kantin sebab di hari pelancaran ni semuanya dan disediakan. Jimat masa dan boleh get to know other media representatives.

Special case, kami dibawa melawat kokpit. Macam senang jerrr... macam senang jerrr... drive keretapi. Disebelah kiri pilot ada semacam gear untuk kawal kelajuan. ETS ni paling laju boleh gi 140km.

Sesampainya di Ipoh, Dato' Menteri buat press conference lagi. Letih worrr jadi menteri asik bercakap aje. Untunglah orang yang tinggi....memula aku dapat tengok belakang orang je sehinggalah nampak sesuatu.... bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung dipanjat kerusi manakan dapat gambarnya.


Persembahan silat dan kompang pun ada. Kita memanglah dah biasa tapi ini sesuatu yang baru bagi pelancong asing.

 Aksi sengal heheh...ini yang senonoh sket. Baru berkenalan je tu... kalau dah lama cemanalah gambarnya pulak? kuikui

 Stesen keretapi Ipoh. Stesen ini juga digelar sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya juga merupakan mercu tanda bagi Bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya... Buildings kat Ipoh ni cantik cantik belaka aku rasa. Sayangnya hari hujan time balik pun hujan :-(

 Dewan Bandaran Ipoh

 Selepas majlis perasmian oleh Menteri Pelancongan ada persembahan kebudayaan dan nyanyian dari Roni Hyperact, Najwa Latiff, Mus May, ada 1 group tatau nama dan Syida Dangdut (masa ni akak pi amik gambar dalam hujan renyai siap pinjam payung orang). Tak koso den doh nengok dio. Yang paling den tak koso nak tengok hosnya si AA. Boleh pulak orang mulut celupar gitu jadi hos lagi, dah lah dulu dengarnya blog dia kena block dengan SKMM pasai dok menghanjingkan orang. Dia panggil penonton menyanyi dan beraksi dengan dia siap janji nak bagi hadiah, lepas nyanyi dia kata kalau nak hadiah nanti jumpa dia kat belakang sebelum tamat persembahan. Bengang je mamat tu, macam mintak sedekah pulak okey!

 The sweet Najwa Latif

Roni Hyperact. Inilah kali pertama aku dapat menonton secara live, selalu dengar kat radio je.

Kami tiba di Homestay Bukit Gantang sekitar jam 1.15 pagi. Hujan dah le lebat, mata 'mak pak' kitorang pun dah kelat menunggu pembahagian anak-anak ni sampai pukul 2 pagi. Borak sat dengan mak angkat minum segala, borak lagi dengan kenalan baru dalam bilik, around 4am baru tidur. Tak mandi pun, giler sejuk air bukit.

Post a Comment

2 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.