Sekejapnya berada di Homestay Bukit Gantang ni.... belum sempat bermesra-mesraan dah kena check-out uhuk uhukkk....
Tiga dari kanan tu mak angkat kita Puan Siti Hajar, yang baju biru suaminya Encik Abdullah dan disebelahnya anak mereka. Contact number aku dah bagi kan?
Gaya disqualified dari AF secara berjemaah
Kami yang terawal... kena tunggu orang ittewww jugak, mencik! Lain kali bawak bomlah bagi senang bangun tidur
Sementara menunggu bas dari Homestay Gopeng dan Homestay Kg Beng kami
membuat lawatan tapak ke Stesen Komuter Kuala Kangsar. Stesen Changkat
Jering pun baru. Untunglah orang sini akan mendapat limpahan ekonomi.
Dengarnya di kawasan berdekatan akan dibangunkan medan selera.
Harapan aku ada sesuatu yang special supaya dapat menarik pelancong yang
datang semata-mata untuk makan seperti yang berlaku di Kuala Sepetang.
Kami meneruskan perjalanan ke Victoria Bridge di Kampung Seberang Karai sempena perasmian "Volunteerism Victoria Bridge Green Day 1 Malaysia Clean, 1 Malaysia Green Program". Selain persembahan dari kanak-kanak tadika, terdapat persembahan tarian, menyusur sungai, konvoi bermotor dan lain-lain lagi. Sayangnya menurut salah sorang tetamu di kampung tersebut tiada homestay. Produk yang menarik dah ada, kena diusahakan sesuatu oleh pihak Yang Berkhidmat dengan kita.
Victoria Bridge adalah antara landasan keretapi atas jambatan yang tertua di Malaysia (Tanah Melayu di ketika itu). Mula digunakan semenjak 1900 semasa perlombongan bijih timah giat dijalankan sehinggalah diberhentikan servisnya pada tahun 2002 untuk memberi laluan kepada keretapi yang lebih moden. Bagaimanapun senibinanya masih utuh hasil rekaan juruteranya W.Fryer, divisional Engineer and C.R. Hanson.
Orang yang berani saja akan berjalan di landasan lama ni sebab ada sungai Perak di bawahnya. Aku ni berani berani takut jah ... yang tak berani lansung boleh menggunakan laluan yang disediakan di sebelah luar. Shoot outdoor wedding atau family potraiture memang ngamlah! Cuma kalau ada budak kecik kena berhati-hati, kalau kaki kita yang besar ni terperosok celah kayu tu hmmmm.... bomba datang berlumba...lumba! menagesss
Pondok ni dinamakan Pondok Nazri bersempena dengan nama menteri yang merasmikan program. Pandai betul ambil hati no? Dato' Seri Nazri berucap dari pondok ini saja sambil gambarnya dipancarkan di skrin besar.
Persembahan tarian yang menggambarkan 1Malaysia
Salah satu persembahan yang menarik
Mesti sengsara tergantung lelama
'Home Guard' yang telah ditubuhkan oleh penjajah British semasa darurat pada tahun 1948 untuk mengekang perkembangan anasir komunis di Tanah Melayu. Kumpulan ini dibubarkan selepas itu tetapi diwujudkan semula semasa kekecohan pada tahun 1969 kemudian dibubarkan buat kesekian kalinya. Akhirnya pihak kerajaan berpendapat untuk menubuhkan satu kumpulan yang tetap yang dipanggil RELA sekarang ini.
Lauknya tak sebanyak yang di Pesta Makanan Lenggong tapi tetap mempunyai rasa yang enak. Tapai tu elok je masaknya. Ada sambal tempoyak, sambal belacan dan kebebe... rugi siapa yang tak makan. Pinggan pun yang stail lama macam uwan den punyo. Tipulah kalau tak tambah nasi. Layanan orang kampung, terbaikkkk!
Dalam perjalanan ke ETS Ipoh kami singgah sebentar di tempat pembuatan labu sayong di Kampung Sayong. Tempat yang kami berhenti tu bertentangan dengan chalet Mr Os. Ada ramai orang kampung yang mengusahakan pembuatan labu sayong tetapi kebanyakannya dah menggunakan acuan. Kalau buat manual macam dulu nak siapkan 5 biji sehari pun jenuh. Nak tempah untuk kenduri pun boleh di sini .... alaaa... bukan jauhpun dari KL.
Then we all singgah solat di Masjid Ubudiah, dikatakan masjid yang tercantik senibinanya di Malaysia. Dapat jugak solat kat sini....dah 17 tahun lalu lalang di Kuala Kangsar baru kali ni dapat singgah. Gambar pun tak banyak sebab memory full. Kedua-dua kamera pulak tu grrrrr.....
Ini je lah hasilnya sebab masa yang diberikan cuma setengam jam, mana nak solat lagi queue kat bilik air lagi.... nak berfoto lagi. Kat masjid ni lah baru kutahu geng Somalia tu boleh bercakap Melayu masa mereka mintak tolong ambil gambar. haiyolahaiiiii....
Lepas ni kami singgah sebentar, sebentar sangat 5 minit aje (cikgu besar dari Karangkraf dah warning) mengambil gambar Istana Chandan. Osah la...tekoja koja dek eh. Last, untuk memenuhi nafsu shopping memasing kami singgah di pekan Kuala Kangsar. Sepi je hari minggu tu tapi ada peristiwa besar yang kami lalui... angkat kereta! Kereta siapalah tu kan? Hidup ni kalau boleh janganlah sampai menyusahkan orang. Berapa ramai orang yang ko susahkan? Satu bas ada 45 orang x 4 bas, yang drive kereta lagi? bas lain? Kalau aku bawak treler beras ko ingat aku nak alihkan kereta tu? takdo makno eh doh.
Ok jugak shoot dengan handphone...ingat 3.2mp tak lawa
Hah kome, nak balik ke?? Meh sini angkat kereta !
Siapalah tuan empunya WUT 9360 ni? Videonya ada tapi rasanya kena buat something dulu kot baru boleh upload err...dah lupa pulak.
Tamatlah sudah aktiviti 3hari 2malam Percutian Menaiki Keretapi @ Railway Tourism. Walaupun ada yang tak sempurna di sana sini tapi overall best! ETS memang selesa dan efficient.
5 Comments
I am really іnspired together with your writing abilities and also ԝith the
ReplyDeleteformat to your blog. Is thisѕ a paіɗ subject matter or did
you modify it yourself? Either way stay upp
the nice high quality writing, it iѕ uncommon to look a
gгeat weblog like this one today..
Feel free to visit my blog pkst Swiss Luxury Watches Companies
Now I am ready to do my breakfast, after having my breakfast coming again to read other
ReplyDeletenews.
My weblog - Does Fat Burning Furnace Work
Hey there! Would you mind if I share your blog with my myspace group?
ReplyDeleteThere's a lot of folks that I think would really enjoy your content.
Please let me know. Thank you
My weblog; slimming world recipes
Ahaa, its good conversation concerning this paragraph here
ReplyDeleteat this blog, I have read all that, so now me also commenting at
this place.
my blog - clicker training for dogs
It’ѕ pгetty worth enough for mе.
ReplyDeleteFeel frese to νisit my site - slow cooker reviews
Feel free to leave your comment below. Thank you.