Railway Tourism ... pesta makanan di Lenggong



Malam yang pertama kami tidur macam kayu mati. Apa taknya pukul 4 tidur pukul 6.30 dah nak bangun tapi kami tetappppp antara yang terawal berkumpul di balairaya Bukit Gantang. Hari kedua kami bergerak ke Pesta Makanan di Medan Selera Lenggong yang akan dirasmikan oleh Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serentak dengan pelancaran buku Alam dan Budaya- Warisan Masakan Lenggong terbitan Jabatan Warisan Negara. Di lokasi yang sama juga diadakan pasar tani pada setiap Khamis jam 4-10 malam.

 Di kerusi depan ni semua pelajar universiti dari Indonesia, Somalia dan Nigeria. Di homestay lain ada juga pelancong, media dan pelajar dari Iran, Thailand, Singapura dan lain-lain. Aku ingatkan yang Somalia tu tak tahu cakap Melayu chehhh!

Kami berhenti agak lama juga di stesen komuter Kuala Kangsar menunggu bas yang lain. Stesen baru dan cantik senibinanya, masih belum beroperasi. Rasanya belum keluar kat mana mana media lagi.... so aku kasi rasmilah ngeh ngeh.

Bila naik bas aku suka duduk sendiri sendiri melayan perasaan atau baca buku ke... atau pandang ke luar menikmati alam ciptaan tuhan. Paling bosan kalau sepanjang jalan hanya kelihatan pokok kelapa sawit. Kalau duduk dengan geng pulak takleh fokus kepada pemandangan, nanti mulut aku nak menceceh aje. Bukannya selalu dapat berjumpa ye dok?

Lenggong ni kawasan lembah, mengingatkan aku kepada Guilin yang dikelilingi bukit-bukau batu kapur yang menakjubkan. Ya Allah cantik tempat ni dengan bukit yang dilitupi awan.
 Ko tengok gambar ni, kalau aku tak mention Lenggong harus orang ingat kat oversea. Lokasinya di Tasik Raban. Subhanallah... sangat cantik! Mujur naik bas kalau naik kereta takkan nampak punya sebab dihalang tembok. Eh, kengkawan aku orang Perak takde ke yang membeli rumah kat sini? Boleh gak la kami buat muka tak malu tumpang breakfast time balik kampung nanti...asik asik lepak RnR Sg Perak.

Menteri Pelancongan kita sedang mencuba menumbuk kebebe, makanan asli negeri Perak. Rupanya macam sambal belacan juga cuma bahan-bahannya lebih banyak. Resipi pun ada boleh dicuba sat lagi. Nampak tangan tu tak? hehehh... boleh jadi isu tu padahal si photographer mintak akak tu tak halang pemandangan dia. Sure lengan akak tu muncul dalan lense dia kuikuii...
 Yang ini pulak ikan pindang. Untuk menyediakannya macam senang je sebab semua barang tu ada di dapur kita tapiiiii....nak kena masak sampai 8 jam. umangaiii habih gas den.

 Yang ini nasi daun lerek iaitu nasi yang dimasak di dalam buluh. Punyalah besor buluhnya macam meriam.

 Famili by road to Malaysia pun ada.... sempatlah aku tumpang semangkuk interview Puan Sofinee Harun. Nantilah aku buat entry lain. Ceritanya very inspiring, sabar dan tabah menghadapi ujian 5 bulan dalam motorhome merentasi 26 negara balik ke Malaysia. Kalau naik kapal terbang senang je kan setakat lalu imigresen cop passport, rupanya kalau kita bawa kereta berpendaftaran luar negara di China banyak colek angek ea selain kena hire tour guide 24/7 sepanjang berada di dalam wilayah China.Tu belum deposit 500 x harga kereta di Iran.

Rasulullah berhijrah. Kita pun kena berhijrahlah jugak, tak dapat jauh keluar dari Kuala Pilah tu pun jadilah biar luas pemandangan dan keluar dari kepompong.

 Macam sedappppp jerrrr sebab tu aku beli. Setakat hari ni belum dirasa lagi. Di gerai ni jugak akak tu menjual biskut raya yang sangat sedap. Namanya Rapiah Hassan dari Kampung Banggol Belimbing, Lenggong. Ketiga-tiga biskut yang aku test sedap belaka.

haaaaa.... yang ini new invention, kopek durian dengan sudu

Meja makan kami penuh dengan lauk pauk yang sedap. Sumpah sedap. Dengan sambal kelapanya, ulam-ulaman, rendang daging, rendang tok, ikan bakar, gulai udang dan lain-lain. Sambal pun sampai 3 jenis, dengan buahan dan kuih manis sebagai pencuci mulut. Kerusi tak penuh tapi nasi kena refill camana tu? hahaah.... Layanan memang 1st class!  Terima kasih akak akak semua di atas layanan baik tu.


Post a Comment

4 Comments

  1. Bestnyer akak dpt tgk mcm2 masa kat pesta makanan lenggong tu... hari tu saya pulak tak sihat... makan pun tak... tp nsb baik ptg tu dah ok... dpt la menikmati keindahan alam kat Kg. Beng...

    ReplyDelete
  2. ler takziah.

    Demam/sakit perut masa bercuti mmg tak best. Kg Beng tu mcm best jerrr

    ReplyDelete
  3. laparuddin weh. rindu pula bila imbas balik

    ReplyDelete
  4. tu lah kan Khai, sedap sangat lauknya

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.