Railway Tourism ... homestay Bukit Gantang, Perak



Para peserta rombongan dengan 4 buah bas dibahagikan kepada 3 homestay- Homestay Bukit Gantang, Kg Beng dan Gopeng. Actually i'm hoping to be placed at homestay Gopeng sebab nak menziarah kawan lama tapi takde rezeki..... memang bukan rezeki aku untuk mengalami kerosakan bas di hari kedua. Semuanya dah ditentukan Allah kan? Rabbi yassir wala tuassir ya Allah kau permudahkanlah. Nak buat macam mana? sabar jelah kepada yang terkena tu. Yang di kampung Beng lagi best, kena naik bot pukul 3 pagi. WOWWW.... ada yang suka...adventure sikit. Depa siap picnic makan durian di sungai lagi keesokkannya. Mengikut kata mak angkat kitorang, Kg Beng tu lah tempat shooting iklan Petronas yang anak dia bawa lembu naik sampan sebab maknya nak buat rendang raya. Ingat tak?? mak! hati, limpa... semua ada! Really missed almarhum Yasmin Ahmad's creativity.

Setelah kowtim dengan tok penghulu semalam kami dapat keluarga angkat yang telah dikenali oleh Zatie semenjak 2010 lagi. Special request gittewwww... Lembut je suara makcik tu... pandai masak pulak tu. Malangnya kami cuma dapat merasa kuih koci dan nasi goreng sebab jadual kami penuh 2 hari tu. Kuih koci tu terbaik beb, inti kelapanya ermmm nyum nyum ... sampai malam pun elok lagi.

Rumahnya agak ke dalam sedikit di Kg Cheh tapi boleh je berjalan kaki dari jalan besar tu. Ada bas yang servis kawasan ni tapi tak tau pulak jadualnya. Dekat dekat sini pun ada rumah anak yatim so sesiapa yang berhajat nak berbakti kepada anak yatim boleh berurusan dengan Encik Manap 019-4025842. Usap kepala anak yatim pun dapat pahala inikan pulak kalau hantar beras barang sekampit.

 Kami pilih untuk tinggal di rumah juara memasak heheh.... kok ghumah den dah bedoghai dah semuo barang nih

For breakfast kuih koci yang enakkkkk bangat! Jagung tu depa tanam sendiri tau

 Menurut kata makcik Siti Hajar, pelancong Jepun takmo tidur di bilik ni... mereka nak tidur di rumah papan yang asal kat tingkat atas.

Konsep homestay yang sebenar adalah para pelancong tinggal bersekali dengan tuan rumah. Mereka akan makan minum dan melakukan aktiviti yang disediakan di kampung tersebut. Malangnya, ramai pengusaha homestay tidak berdaftar telah secara sengaja ataupun tidak  hanya menyerahkan kunci rumah kepada para penyewa (pelancong) tersebut. Itu dah macam sewa chalet/hotel.

 Kalau dah nampak rumah kecil ni maknanya tak salah rumahlah tu. Selain menyewakan homestay, mereka melakukan kerja kampung seperti mengusahakan tanaman jagung sebagai mata pencarian. Lima ekar ladang jagung dia dik nonnnn..

Makcik ni nama je orang kampung tapi disebabkan aktif dalam perniagaan homestay dia pernah mengikuti lawatan sambil belajar ke homestay tempatan dan luar negara antaranya Afrika Selatan dan Australia. Untunglah makcik..... ai baru sampai Bukit Gantang jer.

Mengusahakan perniagaan homestay semenjak 2004 lagi, makcik Siti hajar mengharapkan lebih ramai pelancong menyewa rumahnya untuk menambah pendapatan. Paling dia suka, peluang untuk bersilaturrahim dengan orang-orang dari negara lain. Haaa....nabi kata kalau nak panjang umur jalinkan silaturrahim, jangan nak bergaduh aje. Menurutnya lagi setakat ini semua berpuas hati. Yelah kot, ada yang hantar poskad dari luar negara kepada dia.

Kalau nak merasa tinggal di rumahnya boleh contact Encik Abdullah Muhammad/Siti Hajar Samad di 019-4925033. Harga untuk seorang cuma RM50 termasuk makan dan minum. Kolahnya besar dengan air bukit yang sejuk dan jernih. Aku takde masalah mandi air sejuk ni.... hari tu kan aku dah test power masa di Gunung Bromo. Encik Manap pun ada homestay dan pakej tinggal di dusun, mungkin sebulan dua lagi start lah tu. Ada juga pengusaha yang memiliki ladang rusa so kalau nasib ko baik dapatlah makan daging, limpa, hatinya. eh?

 Kalau tak tau ke mana nak pi boleh mandi air panas di Kolam Air Panas Perubatan di Batu 9, Jalan Trong. Kami merempit dengan dua buah motor. Punyalah best bawak motor tak pakai helmet macam minah rempit. Yang di atas ni bilik mandi persendirian so harganya pun lainlah.

 Hok ni pulak spa/jakuzi. Kena booking at least sejam lebih awal so that tuannya sempat cuci dan penuhkan dengan air panas.


Kami tak mandi pun.... celup kaki aje ....testing testing arghhh...paneh!

Sebagai tuan rumah yang menyanjung adat budaya Melayu kami diraikan dengan makan malam yang enak dan upacara persandingan olok-olok. Pengantin lelakinya dari Indonesia, pengantin perempuan dari Iran, pengapitnya pula dari Indonesia dan Somalia. Yang dari Indonesia mungkin tak terasa berlainan sangat tapi orang Somalia sure tak pernah tengok. Seronok depa semua...daripada gambar-gambar pun dah tahu.

 Satu yang aku salute dengan warga Indonesia ni mereka sangat menghargai batik keluaran mereka. Kiranya kalau dalam mana-mana majlis dah boleh agak orang yang berbaju batik kayak gini dari negara mana. Bukan yang lelaki aje, yang perempuan pun sama siap pakai cardigan batik dengan jubah.Mereka tak perlu diperingatkan untuk mengekalkan identiti bangsa Indonesia sedangkan kita masih bangsa m, bangsa c, bangsa i.

 kelepak kelepak kelepak kelepunggggg.... berlakon je pun dah meriah macam kenduri sebenar. Ni kira Che Ta dengan Zain lah n. ehh...tetiba kami dapat sponsorship baju kurung dan baju melayu.


 Ikhwal Hafiz yang energetic! Album keempat dia dah keluar


 Selain kompang dan silat, band Kg Trong mengiringi nyanyian seorang penyanyi wanita. Not bad suara cik kak tu tapi pujian sebenar harusss diberikan kepada pakciks musician tu. Orang Changkat Jering kalau nak panggil band tu buat persembahan mungkin boleh contact coordinator for Bukit Gantang Homestay, Tuan Haji Ghasali Haji Mohd Yunus di nombor 012-4842742 atau emel ghasaliyunus@yahoo.com. Kalau datang dengan kumpulan yang besar pun kena melalui dia.

Kami bergembira di sini sampai permit berkumpul tamat (pukui doblas lah tuuuuu...).


Post a Comment

6 Comments

  1. Wahhh akak pegi jugak ye. Macam best je tgk gambar masing2. Rugi tak dapat ikut sbb ada kenduri masa tu.. huhu

    ReplyDelete
  2. best best! takpe next time ada lagi inshaallah

    ReplyDelete
  3. Bestnya kak! Kalau tau bertolak pukul 6 mungkin saya boleh mintak blk awal kt bos, terus gerak ke KL Sentral.

    Tapi trauma la tgk Iqwal sebab kena joget dulu. Haha

    ReplyDelete
  4. best gak homestay bukit gantang... meriah giler... kitorang kat kg beng takda xtvt kebudayaan... tp nsb baik kg tu sendiri yg unik... hehehe...

    ReplyDelete
  5. Careno,
    Kg Beng mesti best kan? i don't mind dihantar ke sana. Teringat masa ke Danau Toba dan Pulau Weh, Aceh dulu naik bot sampai depan resort

    ReplyDelete
  6. Khai,
    bila dia start nyani kami buat2 tambah nasi hahahah...tak baik makan sambil menyanyi heheh

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.